Resepi Sup Ayam Yang Sedap Dan Mudah

hai assalammualaikum

Resepi Sup Ayam Yang Sedap Dan Mudah - Haritu Fariza demam waktu sesi persekolahan bermula. Tapi dia nak sekolah juga sebab dia suka sangat pergi sekolah. Masa pertama hari sekolah, selepas dia balik rumah, terus penat badan dia, dengan batuk dan selsema. Kesian tengok dia. Lepas tu, nad buatkan sup ayam untuk hangatkan badan dia tu. Sup ayam, ramai yang tau buat. Jadi ikut cara masing-masing la. Cara nad ni campak-campak dan nak tambah lagi sedap, letak lada hitam.



Ni la rupa sup ayam yang nad buat. Memang selalu tambah dengan kaki ayam sebab Fariza suka makan kaki ayam ni. Lagipun, kaki ayam ni bagus, katanya ada kolagen gitu.


Ni antara bahan untuk buat sup ayam
- Dua biji bawang merah
- Dua ulas bawang putih
- Seinci halia
- Ayam
- Dua kiub knorr ayam
- Bunga lawang
- kayu manis
- Daun sup
- Serbuk lada hitam
- Kentang
- Garam dan perasa
- Air


Cara membuatnya
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian tumiskan bersama bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, dan tumiskan sekali. Nad masukkan ayam dahulu sebab nak bagi bahan tumis resap dalam ayam.
- Masukkan air sehingga tenggelamkan ayam
- Masukkan dua kiub knorr ayam dan kacau
- Selepas itu, masukkan kentang dan biarkan lama sikit supaya ayam dan kentang masak.
- Masukkan lada hitam yang sudah ditunbuk menjadi serbuk. Nad suka guna lada hitam biji dan tumbuk. Kalau guna lada hitan yang dah siap jadi serbuk tu tak sedap.
- Kemudian masukkan garam dan perasa..
- Akhir seklai taburkan daun sup ..

Dah siap...sedap dimakan dengan cili kicap..aummm
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. sedapnya..suka makan kalau panas2.sedap...kaki ayam ni dh jadi feberet skrg...nak kolagen kan.hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyas nad. mkn gitu jer pun best daaa

    ReplyDelete
  3. Eh. Sama la resipi kita. Rawlins akan masak sup ayam sebegini time demam - guna multicooker je so senang dan mudah

    ReplyDelete
  4. Akak suka sangat sup ayam. Bahannya sangat mudah.....makan pula dengan nasi panas2. Ada juga last sebelum hidang tu letak makaroni. Sedap juga.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! anak saya pun memang suka makan sup ayam dengan nasi! Betul! Semua orang ada cara masing2, tapi untuk anak2 air tgn mak dia paling sedap! ;p

    ReplyDelete
  6. Sup ayam, menu yang simple je. Tapi rasa dia, sedap yang amat haha. Dpt pulak hirup sup dia

    ReplyDelete
  7. Sis pun suka buat sup ayam. Makan gan nasi pepanas n sambal belacan..fuhh sedap. Nanti nak buat sup ayam jugak lah..:)

    ReplyDelete
  8. Mkn sup mmg best..apatah nk buat pun mmg sangat mudah

    ReplyDelete
  9. simple kan, yet sedap and very nutritious sebenarnya sup ayam ni. sbb ada tulang2 ada bnyk khasiat

    ReplyDelete
  10. Sup ayam memang jadi favourite anak anak. Nanti try buat sup cara nad pulak. Sebab sup yang Mimi selalunya guna rempah sup dan kurma.

    ReplyDelete
  11. Kte baru je masak sup ayam semalam heheh mmg sup ayam ni paling favouritr time tak sihat

    ReplyDelete
  12. Lama dah tak masak sup ayam ni. Perut lapar dah ni. Share resepi cili kicap sekali bleh nad. Hehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya sup ayam dengan cili kicap kan... Amik mangkuk.. Letak nasik.. Lpas tu letak kuah sup byk2 n letal sambal kicap byk2.. Fuhhh sedapnyaa

    ReplyDelete
  14. kalau masak sup ayam ni budak2 pasti suka. hidang pulak dengan nasi panas, dan telur dadar

    ReplyDelete
  15. berselera betul makan kalau sup ayam ada wangian daun sup ni. Makan dengan sambal belacan fuhhhh boleh bertambah nasi

    ReplyDelete
  16. Ank ena pon suka sgt makan sup tpi die suka cecah roti. Hehe. Elok sgt ntk demam kan. Bagus fariza tak sihat pon nak sekolah ya.

    ReplyDelete
  17. You have a good site. It is really easy, and nice to navigate.I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow. 스포츠 생중계nba 생중계

    ReplyDelete
  18. boleh lah nak belajar masak sup ayam untuk tengah hari ni. heheh tak sabar nak guna resepi ni.

    ReplyDelete