hai assalammulaikum

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai - Lama sangat tak makan tempoyak ni. Nad kalau dah mengidam, sebolehnya nak cari juga tempoyak ni. kebetulan, barang dapur pulak dah habis, pergi pasar, nampak tempoyak, terus beli satu bekas. Nad teringin sebab masa kat kampung, nad buat sambal tempoyak..hahaa..Tau-tau jela, kat kampung semua ada bahan..kihkih. Jadi, bila dapat tempoyak ni, aummm, rasa hati gembira..balik dengan senyuman..dalam kepala dah tau nak masak apa dengan tempoyak ni.



Jadi, denagn tempoyak ni, nad buat sambal tempoyak ikan bilis dan petai..aummm..


Bahan-bahanya
- 4 sudu besar tempoyak
- bawang merah
- cili padi, ikut korang nak pedas mana.
- kunyit hidup
- ikan bilis
- petai

Cara membuatnya
- Goreng ikan bilis sehingga ranggup, dan asingkan
- Tumbuk cili padi, kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian masukkan 4 sudu tempoyak dan tumbuk sekali.
- Tumis bawang yang dihiris, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan air sedikit dan gaul sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan petai
- Masukkan garam dan perasa
- Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
- Gaul bagi rata..
- Dah siap dihidangkan..

Sambal tempoyak ikan bilis dan petai ni sedapla dimakan denagn nasi..aduhh..tengah taip entry ni pun kecur liur..hahaa..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Sambal tempoyak ikan bilis petai ni makan dengan nasi panas panas memang sedap. Kalau Mimi makan, pwtai tak ambil.. Ketepikan.. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Fuhh sedap ni kak Nad, makan dengan nasi panas panas memang layan.

    ReplyDelete
  3. Ini memang favourite saya ni sis

    ReplyDelete