Kisah nad pergi scan tahun lepas, nak tau serius ke tak tyroid nad ni. Kena ambil ubat atau macam mana. Tahun lepas juga dapat berita kawan blogger, abang Korie meninggal dunia.

hai assalammualaikum

Scan Tyroid, Tak Serius Tapi Kene Berjaga - Lupa pulak nak story berkenaan tyroid nad ni. Kisah nad pergi scan tahun lepas, nak tau serius ke tak tyroid nad ni. Kena ambil ubat atau macam mana. Tahun lepas juga dapat berita kawan blogger, abang Korie meninggal dunia. Sedih sangat sebab masa jumpa dia memang kurus, ingat kurus sebab dia diet ke apa, tak tau pulak dia ada sakit. Baru nad tau, yang banag Korie ada sakit tyroid yang serius. Sampai arwah pernah cakap dekat kawan blogger lain  ' tyroid dia boleh buat sesak nafas '. Nad pernah cerita simptom yang nad alami, tapi tak tau sebab sakit tyroid ni atau sebab stress.  Nad kalau orang sebut tyroid je mesti cuak. Yela, nad sendiri ada sakit tu, takut, memang sangat takut. Sebab tu, tahun lepas, pergi cek semua dan pergi scan.

Lepas je dapat surat pemeriksaan scan tyroid denagn tarikh dan waktu yang ditetapkan, memang terus pergi. Appoitment pun pukul pagi, jadi pagi-pagi dalam pukul 7 pagi dah keluar. Scan dekat Hospital Kuala Lumpur. Pertama kali pergi hospital sini, sebab tu keluar pagi sebab takut takda parking. Sampai hospital, Fariza yang temankan mommy, mr mafia dan adik pergi cari parking.

Tunjuk surat yang dibagi klinik kerajaan, lepas tu tunggu giliran. Masa tunggu tu memang jantung laju la. Takut semua ada. Hospital yang sejuk tu, nad rasa panas je..hahaha..Nad ni kalau dah takut sangat, semua tak kena haishh..

Sampai masa nombor dipanggil, terus masuk dalam bilik scan. Sebelum pergi hospital, nad memang dah google macam mana scan tyroid ni. Nasib bukan yang masuk dalam mulut. Pakai alat scan yang macam nak cek baby dalam perut je..hehee..

Masuk dalam, memang buka tudung jela, sebab nak scan bahagian leher tu.

Doktor pun scan la letak gel semua tu. Habis dia tekan-tekan dekat bahagain leher ni, nak tengok tyroid tu. Takde sakit pun. Memang nad baring jela, tak dapat tengok tyroid tu dekat screen. Ni bukan nak tengok baby ye..huhuhu..Jadi tunggula sampai doktor bagitau.

Dalam setengah jam juga la..yeke..lupa pulak..

Dah selesai tu, doktor cakap, tyroid nad takda serius sangat. Ada tyroid tu, tapi kecik. Kemudian, doktor cakap, kalau boleh follow up nak tengok macam mana..

Nad pulak macam blur masa tu. Tak tau nak cakap apa. Cuma cakap ' ooo'..Aiyokkk..apo ni nad..Patut tanya ' follow macam mana? ' ' kena makan ubat ke? '..ni blank..sedihhhh..

Keluar, doktor suruh tunggu depan kaunter. Lepas tu nama nad dipanggil, dan diberi gamabr scan tadi,

Add caption

Nah ni la dia, kalau korang perasan, bahagian kiri tu la tyroid yanga da dekat leher nad. Kecil, tapi nad tetap risau. Walaupun doktor cakap tak serius, tapi masih takut..Sekarang makan semua jaga..huhu..Tapi kadang teringin, makan juga..

Pastu balik kampung haritu, kakak cakap macam mana kes tyroid nad. Nad cakap sekian, sekian sekian. PAstu cakap pasl follow up. Kakak macam nak marah tak marah..hahaa..dia cakap ' kenaap ko tak cakap, apa daaa '..Pastu dia cakap, nanti tiga bulan lagi, ko pergi hospital lagi, cakap macam mana. Nak follow up ke apa '...

Nad pun, baiklaaaa..Nanti pergi..huhu.

Kakak nad nurse, diala yang perasan leher nad bengkak, dia juga suruh pergi cek..

Tunggu la nanti, nad pergi follow up lagi..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Waalaikumussalam. Allahu. Semoga takda apa yg memudaratkan. InshAllah aamiin

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam kak..semoga kak sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik ya..take care kak

    ReplyDelete
  3. Risau pula bila baca pasal tiroid ni. Sebab sy pun salah seorang darinya 😭😭

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh ye,jaga makan tau...teruskan checkup and followup semua jangan biar...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan.. aminn

    ReplyDelete
  6. Allahu..jaga kesihatan ya Nad, ikut nasihat doc. Semoga segalanya dipermudahkan dn tak serius

    ReplyDelete
  7. Jaga kesihatan ye Nad. Jaga makan. Sekarang ni kalau ada sakit memnag kena berjaga jaga walauoun doktor kata tak teruk sangat

    ReplyDelete