hai assalammualaikum


Selamat Ulangtahun KBBA9 Ke 10 - Pejam celik pejam celik,  tak sangka dah 10 tahun KBBA ni. Nad mula masuk kelab ni 2014, dan sekarang dah tahun 2020.  Sebelum nad masuk dalam kelab ni, memang dah lama wujudnya KBBA ni. Nad baru 6 tahun dengan KBBA. Banyak sangat kenangan dalam kelab ni.


KBBA bermaksud Kelab Blogger Ben Ashaari. Founder semestinya abang sado Ben Ashaari. Orangnya nampak garang,  sekali dia cakap, macam tak boleh dibantah.. Hahaha.. Tapi,  sebenarnya dia happy go lucky. Nampak badan dia yang sado tu yang tatutttt kita.. Kahkahkah..









Kelab ni bukan sekadar kelab blogger,  tapi kelab yang lebih dari kawan blogger. Ibarat keluarga, tempat bila kau rasa nak luah,  luah je. Kelab ni juga banyak kongs ilmu berkenaan blog boleh dapat. Sekarang bukan setakat blog,  kadang diaorang share macam mana nak youtubers pulak.. Hahaha.

Macam nad, takde group ni,  hidup macam sunyi. Sebab group ni,  mesti ade je borak yang diceritanya.

Sempena Ulangtahun KBBA yang ke 10 ni, kitaorang buat gathering ahli KBBA. Tahun 2020, ni semoga KBBA9 terus maju dan maju. Walaupun ahli yang datang tak ramai,  tapi tetap meriah. Sepatutnya 40 orang tapi sekarang musim demam,  ada anak yang tak sihat,  jadi diaorang tak dapat datang.

Sepatutnya, ada acara lain,  tapi plan dah jadi lain. Tapi tetap teruskan,  sebab dah lama tak gathering macam ni ramai-ramai.


Alhamdulillah, KBBA dapat bertahan sehingga 10 tahun. Harap,  dapat bertahan lagi dan lagi. Semoga ukhuwah ikatan kita semua berpanjangan. Semoga Kelab Blogger Ben Ashaari terus maju ke hadapan.



Terima kasih juga kepada Khaisyadelite untuk kek pandan dan tart yang sedap ni.. Memang sedap.. Nad dah pernah beli beberapa kali dah. Memang taak pernah mengecewakan. Ni pun bawak balik sebab ade lebih kan.. Hehee.

Sesiapa nak order kek sedap ni,  boleh order di instagram khaisyadelite.


Terima kasih juga kepada MacDonalds Malaysia sebab sponsor makanan dan minuman untuk kami.



SHARE 3 comments

Add your comment

  1. bestnya jumpa kawan-kawan blogger semalam. dah 10 tahun usia kbba. semoga kbba terus success di masa akan datang

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2