Haritu ada tengok dekat tv, dia masak ayam. orang tu namakan ayam kapitan. Tengok mudah je, tapi ada sesetengah bahan takda. Tapi, nak buat juga la sebab dah tak tau nak masak ape.

hai assalammualaikum

Resepi Ayam Kapitan - Haritu ada tengok dekat tv, dia masak ayam. orang tu namakan ayam kapitan. Tengok mudah je, tapi ada sesetengah bahan takda. Tapi, nak buat juga la sebab dah tak tau nak masak ape. Lauk ulang-ulang bosan juga..huhu..Walaupun bahan tak cukup, ala ada bahan yang kalau takda tu rasa dia boleh sama kot..hahaha..memandai je ko kan nad. Aslkan rupa tu ada ok la kan..hahaa..



Ni la dia ayam kapitan yang nad buat..Warna kuning, dengan kuah dia yang aummm...Nampak macam rendang tapi bukan..hehee..Ayam kapitan nad buat ni tak pedas, sebab nak bagi anak-anak makan juga. Jom tengok bahan dia dan cara buatnya..


Bahan-bahan
- Ayam, ikut berapa orang nak makan. Macam nad 4 orang, tapi anak-anak tak makan banyak pun.
- Bawang merah 1 biji
- Bawang putih seulas
- Halia
- Kunyit sikit
- Cili merah sebatang
- Serai sebatang
- Daun limau purut
- Garam
- Air

Cara membuatnya
- Blender kesemua bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili merah, serai dan daun limau. Sepatutny ada satu bahan lengkuas tak silap. Nad takda..so kita ambil je apa yang ada ok..hehee..
- Siap blender, tumiskan bahan tersebut sehingga naik bau..Fuh menusuk sungguh..hehehe..
- Bubuh air sedikit, masukkan garam dan gula.
- Masukkan ayam, gaul bagi bahan tadi emresap dalam ayam.
- Masukkan air sehingga ayam tenggelam sedikit.
- Biarkan sehingga ayam masak..siap..

P/s: rupanya ada letak serbuk kari dan santan..hahaha..Nad tak letak pun...tapi macam nad buat ni pun sedap juga ye..boleh dikira sebagai ayam kapitan ke..ahhaaa...




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. Teringin pula nak try sebab nampak mudah je resipinya kan. Rawlins tak suka memasak yang ada macam2 rempah bagai and yang nie nampak sangat senang

    ReplyDelete
  2. Waaa Nad dah try ek...Sis ada gak nampak kawan try, tak tau plak dia tengok kat TV atau di mana..nampak sedap, nanti nak buatlah...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya tak berapa gemar masak lemak. Nampak je warna kuning memang tak berapa suka tapi yang peliknya....anak suka pulak kalau kuah masak kuning ni.

    ReplyDelete
  4. Yum! Yum! Yum! 😋😋😋 tengok rupa Dia pun tahu dah rasa nyer sedap. You make me craving for it. Btw, thank you for sharing your recipe. Nanti boley saya juga cuba bikin nyer.

    ReplyDelete
  5. Thank you share resepi. Walaupon tak cukup bahan tapi nampak sedap. Tak pnah try lg masak ayam kapitan

    ReplyDelete
  6. YaAllah terliurla tengok gambar nad masak. Nanti nak kena cuba la nampak gayanya ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaa bahan dia macam senang je semua. Nanti nak cuba juga la

    ReplyDelete
  8. bolehlah cuba ni. macam boring pun ya jugak dengan resepi yang dok ulang2 sekarang ni

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnya dah lama kita tak memasak macam ni hurmmm tengok mudah giler nak masak ayam kapitan ni hehehe nak cuba lah mesti sedap nanti boleh lah masak untuk kita heheheh jemput datang open house ke opsss...

    ReplyDelete
  10. lama dulu ada pernah tengok nama resepj ni tapi tak pernah pulak cuba ...terima kasih nad share resepj ...hujubg minggu boleh cuba masak untuk anak2 balik asrama

    ReplyDelete
  11. saya dah cuba dah masakan ni, sedap! tapi selalu bila masak ni tak letak daun limau purut, tak kick kalau takde daun tu, tapi memang mudah je nak buat ni. Terliur pulak tengok ni, tengah lapa ni ahahahha

    ReplyDelete
  12. femes juga resepi ni. tapi saya tak pernah cuba. mungkin tak berapa gemar lauk kuning. hehe

    ReplyDelete
  13. oh resepi gini namanya ayam kapitan ghupanya... sis ni tau main buat je,. belajar 1 benda baru arini. tocey tocey =D

    ReplyDelete