hai assalammualaikum

Mesti Buat Sarapan Untuk Fariza Setiap Kali Pergi Sekolah - Dari Fariza mula sekolah, nad dah mula buat sarapan pagi untuk dia. Sebelum ni, dia tak sekolah, memang nad jarang buat sarapan..hahaa. Tapi sejak dia dah sekolah ni, tak tau kenapa, mesti buat sarapan untuk dia setiap kali dia nak ke sekolah. Walaupun haritu, nad dah pergi ke penerangan untuk Tabika ni, mengatakan setiap pagi dekat Tabika akan disediakan sarapan pagi, tapi sebab nad kenal anak nad sendiri, perut cepat lapar, jadi nad tetap buat sarapan untuk dia. Jadi, Fariza pun dah terbiasa dengan sarapan mommy dia.

Pernah, nad buat sarapan, kadang Fariza tak makan sebab dia terlalu mengantuk nak bangun. Ngantuk sebab tidur lewat. Bila dah siap pakai baju sekolah semua, dia akan baring tunggu daddy dia. Bila suruh makan dia taknak. Tapi esoknya tetap nad buat sarapan dan hari seterusnya sebab adang dia makan kadang tak.

Haritu, tiba-tiba nad terbangun lewat. Bangun dah pukul 7 pagi. Kelam kabut nad, denagn gosok baju dia semua. Jadi, tak sempat nak buat sarapan. Macam biasa lepas siapkan dia, nad panggil daddy dia, suruh hantar anak. Tiba-tiba Fariza nangis, dia cakap ' mommy, mommy tak buat makan Fariza ke '..nad pun cakap ' mommy bangunlambat, tak sempat buat..

Menangis-nangis dia. Melalak sampai jiran dengar, ingat dia taknak pergi sekolah..hahaha..

Pujuk la, cakap ' esok mommy buat ok. Kat sekolah kan ada sarapan, cikgu bagi '..Dia dengan nangisnya ' ala sikit je mommy, sikit je. Cepatla buat '..Mommy pun cakap ' kadang mommy buat Fariza tak amkan kan ..ok ayat dia ni buat mommy cair..dia tau dia salah ' cowy (sorry ) mommy..buatla..buatla '...Pulak tu masa tu dah lambat nak ke sekolah. Pujuk cakap esok mommy buat, esok mommy buat..meraung dia sampai masuk kereta..huhu..



Sejak tu,memang takkan skip buat sarapan. Mesti ye kena buat..tak kisahla masak apa pun. Hotdog ke, jemput-jemput je. Kalau rajin sikit buat nasi goreng ke..Buat spageti ke..Sejak tu juga, dia tak pernah tak makan, mestimakan dengan muka ceria..hehehehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Bagusnya bad. Salute.. Anak Saya pun ambik breakfast sebelum pergi Tadika,tapi dia Makan cornflakes campur Susu. Itulah breakfast dia pagi2.itu yg dia mintak. Alhamdulillah.nasib baik tak Minta mommy buatkan nasi lemak.hehe

    ReplyDelete