hai assalammualaikum

Wajib Pakai Sunblock, Tidak Kira Dalam Rumah Atau Luar Rumah - Haritu nad pergi buat rawatan muka di Klinik Dr Bazilah di Bangi. Masa cek muka, dia cakap nad ada jeragat sikit. Kemudian staff yang rawat nad tanya ' ada pakai sunblock tak '..nad jawab ' jarang pakai sebab muka berminyak '. Dia senyum dan cakap ' hah sepatutnya kita wajib pakai sunblock ni. Buka masa kita keluar rumah je, dalam rumah , dalam pejabat pun kena pakai sunblock. UV ni bukan sahaja dari sinaran matahari, lampu dari laptop, lampu, yang bercahaya tu juga boleh menyebabkan kulit kita rosak.



Selalunya orang pakai sunblock sebab taknak sunburn, hitam, gelap dan terbakar. Tu dulu la yang nad tau. lepas buat rawatan, rupanya kalau tak pakai sunblock, boleh sebabkan jeragat. Ku tak fikir pun selama ni sunblock ada kaitan dengan jeragat, naif betul. Sebab tu la kadang muka breakout sebab rutin penjagaan muka tak lengkap, tertinggal pakai sunblock.

Sebelum ni, nad jarang pakai sunblock sebab, kalau pakai je mesti kulit berminyak, tu yang malas nak pakai. Tapi kalau pilih produk yang betul, mesti muka ok punya.



Kulit kering:
- Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada formula melembapkan kulit wajah. Ada beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Selain itu, anda boleh juga check sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit.
- Ada tiga jenis sunclock yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk krim, minyak atau losyen.
- Ambil perhatian! losyen likatannya lebih pekat berbanding krim. Jadi jangan salah pilih.

Kulit yang mempunyai alahan/ berjerawat/breakout:
- Untuk part ni panjang lebar sikit admin kena jelaskan. Harap bersabar baca ye! Bagi anda yang ada masalah alahan pada kulit ni, elakkan je terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Tengok ja ada bahan yang tak okay terus ja reject!
- Bagi yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti. Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh jadi iritasi.
- Elakkan penggunaan produk dari jenis gel ye… Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.

Kulit yang mempunyai tona tak sekata/ kulit gelap:
- Mesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock. Jangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Make sure sapu dengan rata tau!

Pakai sunblock ni kene reapply every 3-4 jam. Pakai selepas moisturizer dan sebelum primer kalau nak pakai makeup.


Sekarang and pakai Althea punya sunblock. Kadang pakai juga sunblock yang diberi oleh klinik tempat nad buat rawatan tu.

Lepas tau sunblock ni penting, wajib pakai, memang nad pakai je setiap hari. Dah tak pernah tinggal dah..ehehe.

Sunblock untuk budak-budak pun ada sekarang. Nak cari untuk anak-anak juga.
SHARE 20 comments

Add your comment

  1. betul tu..sunblock memang must item kalau nk jaga kulit. dulu ida tak amik kisah pun..tp skrg benda ni wajib pakai kat luar atau dalam rumah

    ReplyDelete
  2. Kan. Sunblock ni dah macam benda asas juga untuk kulit

    ReplyDelete
  3. SAYA MENGHARGAI ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
    INI ADALAH CERITAKU

    Saya MURNI SANTI, wanita Aa, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang MANAJER ESTATE NYATA dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan baru-baru ini, tidak ada yang mau meminjam uang kepada kami untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dalam konstruksi beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan pinjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya merasa frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN HUTAN GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan menghubungi perusahaan, petugas pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya tidak khawatir bahwa perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua saya bisa memberi mereka persyaratan yang merupakan informasi pribadi, yang saya lakukan.

    Saya telah melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengkonfirmasi saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman dimasukkan ke dalam akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Kami perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya berterima kasih kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI KU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  4. sama lah kita, memang tak tahu langsung kena pakai bila dalam rumah. Time weekend memang suka hadap laptop tengok movie lah update blog lah, tak sangka dah terdedah dengan sinaran lampu dari laptop

    ReplyDelete
  5. Uitt Sis laa orangnyan yang kuat pakai sunblock, segala muka leher ku sapu, hahaha lagi kalau panas terik..sebab dah masuk 44thn ni takut jeragat naik je...so kenalah jaga..

    ReplyDelete
  6. Laa sis pun ingat guba sun block bila keluar runah je. Tak tau lak dalam tunah pun perlu sbb mampu lindungi kulit dari sinaran lap top bagai..

    ReplyDelete
  7. Saya sekarang ni nak keluar rumah pakai keluar je tak ada terfikir nak pakai sunblock ape semua. Semua sibuk nak setelkan anak anak baru nak fikir diri sendiri alahai

    ReplyDelete
  8. Oh. Kat rumah pun better pakai ek? Tak tau pula. Hahaha. Boleh la Rawlins habiskan stok Petal Velvet Sunawah hehe

    ReplyDelete
  9. Saya dulu tak suka pakai sunblock. Sebab saya rasa melekit dan muka jadi berminyak. Tapi tu la terpaksa pakai kalau buat aktiviti outdoor yang terkena cahaya matahari direct. Mujur la ada knowledge sekarang, tak ada la main bantai je sunblock apa pun pakai. hahaha. Bila jumpa yang okay baru la sanggup pakai kat rumah. Kalau tak, taknaklah.

    ReplyDelete
  10. Lepas buat rawatan estetik beberapa rahun lepas, baru tahu kn pakai sunblock. Sekarang dah jadi rutin hari2 pakai lepas cuci muka.

    ReplyDelete
  11. Thank you sharing. Lepas ni try pakai dlm rumah juga, sebab huda pun kalau keluar je baru pakai. Kat rumah kat office tak pakai sgt. So after this pakai sebab dah dpt new info, hehe

    ReplyDelete
  12. yes yes.
    bukan kata aida, anak2 dara aida pun dah start ajar diorang pakai krim yg ada skit sunblock setiap hari.
    ada la lapisan kat muka ni kan dari ditembus dek cahaya matahari secara direct.
    perlu.
    penting.
    walaupun hanya dok rumah, nad. biasa kan ber krim tu sekerap yg mungkin :)

    ReplyDelete
  13. haa saya percaya yang ni. memang kena pakai sunblock sentiasa. alhamdulillah memang saya amalkan ni

    ReplyDelete
  14. Dulu kalau keluar rumah tak pernah pakai sunblock tau. Sejak ada kesedaran memang wajib apply sunblock.

    ReplyDelete
  15. Oh info baru ni. terima kasih nad kongsi. selama ni kita pakai masa nak pergi pulau je. haha.

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang bagus n menarik.. selalu AM pakai sunblock masa nak keluar rumah n semasa lakukan aktiviti di bawah panas terik

    ReplyDelete
  17. Walaupun duduk rumah memang kena pakai sunblock tapi nipis jela kan Nad.

    ReplyDelete
  18. Yes betul kita pernah dengar satu program kata bahawa cahaya lampu tu pun ada UV dan juga kepanasan memasak didapur juga ada kesan kepada kulit cuma dalam rumah hanya pakai sekali sahaja sehari tak perlu berkali-kali seperti mana kita kalau keluar rumah...

    ReplyDelete
  19. saya baru tahu malam pon kene pakai. tq sgt kasi tau info berguna ni.
    air fresher
    minyak wangi
    minyak wangi lelaki
    pewangi kereta
    <a href= "https://dexandra.com/17-koleksi-minyak-wangi-lelaki-terbaik-update-2020/”>minyak wangi lelaki</a>

    ReplyDelete
  20. Dengan cuaca panas kat mesia ni, sunblock adalah benda wajib dalam beg tangan kita semua. Kan?

    Tips Mencari Brand Minyak Wangi Tahan Lama

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2