Dah biasa dengan air bubble tea dan air buah, haritu saja tukar angin minum minuman yogurt dekat Yomie's Rice X Yogurt,

hai assalammualaikum

Yomies Yogurt, Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba - Dah biasa dengan air bubble tea dan air buah, haritu saja tukar angin minum minuman yogurt dekat Yomie's Rice X Yogurt, the Garden Mall. Lain dari yang lain air ni, sebab dari purple rice. Biasalah, bial jumpa air baru ni, mestilah nak cuba juga kan. Air ni unik sebab dia ada purple rice tu. Masa nad tengok, ramai juga yang tengah beli.


Yomies Yogurt, Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba

Nad cuba rasa air signature dia, Yomie's Purple Rice Yogurt, dan lain, Straw To My Berry. Masa nak beli tu, mestilah tanya minuman apa orang selalu beli..hehee..Jadi pekerja situ cadangkan dua ni. Memandangkan anak perempuan kita suka pink, jadi ambil la strawberrry.




Mula macam takut je nak rasa..hahaa..Tapi ok je. Bila rasa memang takda rasa manis langsung. Yang strawberry ada rasa buah strawberry. Bukan perisa manis pewarna strawberry tu. Yang signature dia, memang takda rasa manis, rasa macam bubur hitam tau, tapi rasa kosong, tapi sedap..eh banyak pulak tapi nya..hehee..Boleh kenyang jugala minum air ni sebab ada purple rice tu.



Memang boleh cakap ni minuman sihat. Mana yang nak atau tengah amalkan minuman sihat , korang boleh minum air yogurt yang sihat dan lazat ni yang berasal dari Sydney, Australia.

Bagusnya air Yomie's ni, minuman yogurt yang dibuat setiap hari tanpa bahan pengawet dan pewarna dan yogurt ditapai setiap hari dan setiap kelompok hanya boleh disimpan sehingga 24 jam. Memang minuman yogurt yang segar di bandar dan menjadi pilihan untuk lebih sihat bagi mengimbangi pemakanan.



Korang kalau nak cuba Yomie's Rice x Yogurt, boleh cuba di cawangan baru mereka di Garden Mall, Mid Valley. Outlet mereka juga ada di SS15, Sri Petaling, Setapak dan Lot 10.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. nampak sedap la pulak yg kakak minum tu...bleh try ni kalau jumpa hhehe

    ReplyDelete
  2. Haritu dapat gak media invite Yomies ni di Johor tapi tak dapat nak pergi, sekali nengok semua up, kemain nampak sedap! Nak kena try gaklah nampak gayanya walaupun Sis orangnya tak gemar makan yogurt...

    ReplyDelete
  3. purple rice ni makin menjadi tarikan ye. Dekat chizu pun ada tapi tak berani nak try. Tak pernah nampak lagi Yomies ni. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Ketinggalannya emi rasa. Sebab emi tak pernah tahu kewujudan kedai ni, hahaha. Nak kena try ni.

    ReplyDelete
  5. Bella dah rasa dah haritu masa pergi The Gardens. Meriah ye ramai org beratuq. Tak paham cek rakyat Malaysia ni. Hahahaah. Dah cuba dgn rice tu tp Bella mcm tak gemar sangat.

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!!!! Best nyer Kalo dpt minum yogurt drink dlm cuaca panas nie. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. Bagus la bagi mrk yang suka yogurt tapi sis tak suka yogurt sbb rasa masamnya tu...

    ReplyDelete
  8. Ayie klu bab yogurt dan yg adik beradik yogurt ni, agak memilih sikit.. Coz tak banyak yg sesuai dgn selera, tapi no problem utk try dulu coz botol dia comel.. Hahaha.. Nanti nak try..

    ReplyDelete
  9. first time tau brand yogurt ni. bolehlah try nti. walaupun saya jarang jugak makan yogurt. 😊✌️

    ReplyDelete
  10. dah cuba haritu yang purple rice tu. memang terbaik. nnti kalau ke kl nak beli lagi.

    ReplyDelete
  11. Ooo dah ada brand baru pulak. Boleh la cuba sebab i memang suka makan yogurt

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam. wah macam menarik. kat mana lah ada kat kedah ni. huhu

    ReplyDelete