Sejak duduk dalam rumah, ramai yang share menu masakan. Tu yang best tu, tengok apa diaorang masak, boleh la tiru sikit. Kalau tak jenuh nak fikir masak apa. Haritu nad masak ikan tongkol masak kicap. Nak senang kan, taknak masak yang guna banyak bahan. Jadi kita masak kicap jela.

hai assalammualaikum

Ikan Tongkol Masak Kicap - Sejak duduk dalam rumah, ramai yang share menu masakan. Tu yang best tu, tengok apa diaorang masak, boleh la tiru sikit. Kalau tak jenuh nak fikir masak apa. Haritu nad masak ikan tongkol masak kicap. Nak senang kan, taknak masak yang guna banyak bahan. Jadi kita masak kicap jela.


Bila masak kicap, anak-anak pun sukala. Tapi suami pulak tak suka. Nak bagi dia suka macam amna, hah letakla benda pedas, macam cili besar dipotong atau letak cili blend atau cili kering..pepandai la..Tapi yang ni nad letak je cili besar dihiris sebagai hiasan tapi boleh dimakan.

Ok ni cara nad buatnya..

Bahan-bahan
- Ikan tongkol 3 ekor, bagi keluarga kecil macam nad. Keluarga besar banyakla ikannya kan.
- Bawang merah sebiji
- Bawang putih 2 ulas
- Lada hitam
- sedikit ketumbar
- Sebatang serai
- Garam
- Kicap
- Air

Cara membuatnya

- Goreng ikan tongkol sehingga masak dan ketepikan
- Blend atau tumbuk bawang merah, bawnag putih, lada hitam dan ketumbar.


- Tumis bahan yang diblend atau ditumbuk tu sehingga naik bau.
- Masukka serai yang ditumbuk hujung batang sahaja, bagi menaikkan bau.



- Kemudian masukkan kicap


- Masukkan ikan dan gaul. Nad suka buat macm ni biar kuah kicap meresap dalam ikan dulu


- Kemudian masukkan air. Tuang air sampai ikan tenggelam sedikit
- Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.
- Biarkan sampai kuah tinggal sedikit. Jangan langsung takde kuah.


- Last sekali, taburkan hirisan cili merah besar sebagai hiasan..

siapp...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. Resepi paling mudah. Fav family ruby masih kicap ayam. Ni petanv ni nak masak ikan kerisi taucu. hehehe. mavelesss

    ReplyDelete
  2. Ikan Tongkol, ikan kegemaran seorang Sis Lin hahahaha...kadang tu beli memang masak kicap, atau masak sambal, sedapnyaaa uiiii

    ReplyDelete
  3. ikan tongkol ni kalo org klate masak gulai kuning utk nasi berlauk..yummyyy

    ReplyDelete
  4. Ya Allah nad! Fav cx ni ikan tongkol. Kebiasaannya cx suka ikan tongkol masak kari. Pergh! Marvelous!

    Ikan tongkol masak kicap pon sodap! Pernah gak makan. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Buka blog semua cerita makan. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. thanks for the resepi. Nanti boleh try. Sesekali makan ikan kicap pun sedap, lagi pula kalau ada sambal belacan atau sambal - sambal pembuka selera, mesti lagi bertambah hehe

    ReplyDelete
  6. Ikan tongkol memang kalau masak kicap nasi sepinggan pun tak cukup. Confirm bertambah-tambah. Malam makan bertambah lagi. Adehhhh

    ReplyDelete
  7. Baguslah betul-betul jimat masak dua ketul ikan tongkol jer hehehehe kita suka makan ikan ni tapi kurang sikit masak kicap mungkin kalaua yam kita suka hehehe best nya nak cuba lah mudah sangat ni...

    ReplyDelete
  8. saya selalu gak beli ikan tongkol. tapi tak pernah tau boleh masak kicap. nanti bolehlah cuba, thanks sis

    ReplyDelete
  9. alahai sedapnya ikan tongkol masak kicap.. favorite arwah nenek iena ni..dia suka sangat masak ikan tongkol masak kicap..tetiba teringat Arwah..rindunyaa..Al-Fatihah buat arwah :)

    ReplyDelete
  10. aida x pernah masak ikan tongkol kat rumah. asben tak makan.
    tapi, bleh tukar dgn ikan lain, kan.
    masak kicap ni paling legend!
    dgn telur, ayam, kentang. couple kan dgn sambal goreng or sambal belacan :)

    ReplyDelete
  11. Wahhh nampak mudah je nak siapkan resepi nie ya. Nanti boleh cuba tapi kita nak tukar ikan lain. X berapa minat ikan tongkol

    ReplyDelete
  12. tengok pun dah nampak sedap! haha. masakan kicap selain ikan, ayam ke apa ke, memang fav kita. ok jom save resepi! :)

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tengok.. Tapi kita kalau buat lauk gini tak laku pulak. Ikan masak kicap ni.. Adeh.. 🤪
    Tengok orang lain makan siap bertambah lagi.

    ReplyDelete