Pembukaan Minnature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Tingkat 1. Tengok sendiri depan mata, pergh, speechless dengan hasil diaorang buat. Semuanya adalah sangat kecil tapi pembuatannya sangat halus dan kemas sehingga hampir sama dengan yang asal. Nad habiskan banyak masa juga tengok galeri miniatur ni, kagum sangat..hehee. Rasa nak bawak balik je semua model mini ni. Comel sangat.

hai assalammualaikum

Minnature Malaysia : Galeri Miniatur " Mini Stories Of Malaysia " Di JUMPA @ Sungei Wang Yang Menakjubkan Mesti Dikunjungi - Haritu, nad pergi ke pembukaan Minnature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Tingkat 1. Tengok sendiri depan mata, pergh, speechless dengan hasil diaorang buat. Semuanya adalah sangat kecil  tapi pembuatannya sangat halus dan kemas sehingga hampir sama dengan yang asal. Nad habiskan banyak masa juga tengok galeri miniatur ni, kagum sangat..hehee. Rasa nak bawak balik je semua model mini ni. Comel sangat..


Ok, nad tunjuk miniatur snacks ni, macam mana, teruja dan kagum tak bila tengok? Miniatur ni semua dalam box kaca. Ni pun nad zoom..nampak macam betul kan..Boleh jadi salah satu lokasi menarik untuk anak-anak tengok model mini ni. Mesti diaorang teruja sangat. Memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Minnature Malaysia: Mini Stories Of Malaysia Di JUMPA @ Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur

Syarikat galeri budaya dan warisan miniatur, Magnificent Miniatures Sdn Bhd, telah membuka galeri ini kepada orang ramai bermula 3 Mac 2020. Galeri ini yang dikenali sebagai MinNature Malaysia terletak di JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.


Pengarah projeknya, Wan Cheng Huat berkata, pembukaan rasmi MinNature Malaysia awal
tahun 2020 tepat pada masanya; sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. “Pengunjung akan mendapatkan gambaran keindahan dan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia” katanya.

Terletak di Tingkat 1, pengunjung akan dapat melihat lebih daripada 100 bangunan warisan
dan ikonik dan lebih daripada 10,000 miniatur yang telah dimasukkan ke dalam pameran
seluas 13,000 kaki persegi. Termasuk ada kawasan paparan bacaan.


Sebelum ini , lokasi pertama MinNature adalah di Summit USJ dengan keluasan melebihi 17,000 kaki persegi. Pembinaan MinNature mengambil masa 8 bulan dengan lebih 80 orang untuk siap. Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik untuk pengunjung-penunjung MinNature. Salah satu tarikan utama di MinNature adalah “centerpiece” Dataran Merdeka. Ia mempamerkan semua bangunan warisan yang mengelilingi tapak bersejarah ini. Bangunan-bangunan dan jalan-jalan telah dinyalakan, terdapat bunyi-bunyi dimainkan di latar belakang seolah-olah anda berada di bandar
sebenar, jalan kakinya dipenuhi dengan model-model manusia mini; ia seolah-olah anda menjadi Gulliver dan menyaksikan dunia orang Lilliputian.

Kini pemindahan MinNature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Plaza merupakan satu langkah yang strategik dan juga sinergi yang baik dengan inisiatif penjenamaan pusat membeli-belah ini. Perancangan MinNature Malaysia diilhamkan dari “centerpiece” Dataran Merdeka.


Pengunjung boleh datang dan tengok secara dekat setiap miniature yang dipamerkan. Cuma jangan gatal tangan amik masuk poket sudah….

Permulaaan Minnature

Pada tahun 2008, pengasas MinNature, Wan Cheng Huat, mendapat satu idea untuk membina satu
dunia mini; satu tempat untuk melepaskan diri dari kehidupan reality, satu tempat di mana
imaginasinya tidak tahu batasnya. Perjalanan yang  mengambil lebih daripada 12 tahun untuk sampai ke tahap ini, dan perjalanan ini bukan satu perjalanan yang senang kerana satu cabaran yang agak besar sekali sebabbeliau tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang seni kraf diorama atau miniatur. Beliau mula berkongsi idea dengan kawan rapatnya, Nicholas Ong, dan mereka berdua mula mengembangkan idea tersebut serta cuba mencari dana untuk membiayai projek ini. Dari berdua, menjadi ramai yang terdiri daripada Chan Chee Wing, Loong Yik Hoe, Benjamin Wan dan Ong Kian Ming. Mereka mengambil lebih kurang 1 ½ tahun untuk belajar pemodelan 3D dan pencetakan 3D.


Menghadapi perbagai kesulitan dan masalah. Akan tetapi, tidak mengambil kekangan ini sebagai satu sebab untuk tidak memulakan projek ini. Dengan izinnya, “we do these not because they are easy but because they are hard”. Pepatah daripada John F Kennedy. Akhirnya, tengokla hasil Minnature Malaysia yang ditunjukkan. Memang menakjubkan

Konsep Minnature Malaysia Tumpu Pada Keindahan Budaya, Sejarah Dan Warisan Malaysia

Kita tau, Malaysia kaya dengan budaya, sejarah dan warisan. Jadi, miniatur ini dibina dalam reka bentuk bersaiz mini mengenai menariknya Malaysia. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk pengunjung supaya dapat mengenali lebih lanjut mengenai asal-usul negara tercinta kita, Malaysia ini. Pameran ini adalah satu-satu di Malaysia, dan pengalaman yang benar-benar unik dan menarik. Setiap model mini, mempunyai satu cerita pendek yang diselitkan bersama-sama.

Pembinaan fasa 1 dan 2 MinNature Malaysia mengambil masa 18 bulan. “Masterbuilder” Janice
Chin, Tan Hon Sen, Ng Jef Fre dan Brian Tan terlibat dalam pembinaan semua struktur di tapak
MinNature dan pemasangan model-model mini. Selain daripada “Masterbuilder” di atas, terdapat
lebih daripada 30 karyawan mini antarabangsa yang terlibat dengan projek ini; 6 dari Malaysia, 4
dari Indonesia, 1 dari Singapura, 2 dari Negara Thai dan 18 dari Negara Cina. Setiap karyawan
mempunyai kepakarannya tersendiri; daripada menghasilkan model-model manusia mini ke
penghasilan model keretapi ke pembuatan pokok-pokok miniatur. Karyawan-karyawan MinNature
Malaysia memberikan ketelitian terbaik

Sepanjang galeri, terdapat pelbagai miniatur yang berbeza untuk membawa kepada anda penekanan dan prespektif yang berbeza.








Bahagian pertama MinNature Malaysia baru ialah koleksi Rasa Malaysia. Di sini, kami akan
memaparkan makanan- makanan lazat Malaysia dalam bentuk miniatur.









Bahagian baru seterusnya adalah Mini Di Dalam Dinding Kaca. Konsep ini memberi pengunjung peluang untuk menyaksikan diorama-diorama di dalam akuarium. Diorama-diorama ini menggambarkan suasana-suasana berbeza; dari suasana kampung ke suasana bandar ke suasana gua.

Bahagian seterusnya adalah koleksi untuk mempamerkan semua rakyat Malaysia dalam pakaian
tradisi mereka yang dikenali sebagai “Rakyat Malaysia Dalam Pakaian Tradisi”.














Bahagian terakhir ialah bahagian Seni Bina dan Bangunan Warisan Malaysia. Di sini, pengunjung akan dapat menyaksikan kebanyakan bangunan warisan terkenal dan mercu tanda ikonik dari semua negeri- negeri Malaysia.

Tiada gambar atau video yang benar-benar dapat melafazkan perasaan dan pengalaman ketika berjalan melalui MinNature Malaysia; korang kena tengok dengan sendiri. Tengokla, banyak gamabr nad ambil dah share dalam ni. Kagum dan teruja..

Miniatur- miniatur dibuat dengan gabungan kraftangan tradisional seperti penggunaan clay art, kerja kayu dan kerja logam, dengan penggunaan teknologi terkini seperti 3D printing dengan Laser Cutting.

Minnature Malaysia sangat sesuai untuk semua peringkat umur.


Harga Tiket Minnature Malaysia
Sekarang tengah ada promosi tiket bermula 29 February 2020 sehingga 13 March 2020
Adult: RM15
Child from 4-12 years old:
Child below 4 years old is free of charge.

Untuk Normal Price
Dewasa: RM25
Kanak2 Dari 4-12 tahun: RM20
Kanak untuk 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA

Address:
MinNature Malaysia
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
MUF-1, Level 1

Tel: 6011-1009 9374

Opening hours: Daily 10am to 10pm (last entry 8.30pm)

Website: http://minnature.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/MinNatureMalaysia/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. Waalaikumussalam. Bestnya, kalau dekat buleh pi dah. Haha

    ReplyDelete
  2. Dari dulu memang kagum tengok miniatur ni. Heyy salute sungguh pada orang yang buat. Eh Nad harga promosi untuk kanak kanak Nad lupa nak listkan ke?

    ReplyDelete
  3. Bestnya nad dapat pergi sini. First time cx tahu benda ni ada . Igatkan macam night in the muzium tu je . Rupa²nya real pon ada. Kena pergi ni

    ReplyDelete
  4. Wow bestnyaaaa..
    Dapat tengok benda comel comel gini.
    Rasa nak angkut bawak balik

    ReplyDelete
  5. Kreatifnyaaa mereka yg hasilkan hasil seni ni. Kagum giler. Kena pergi tgok ni. Hrp2 ade pluang nk g. Hrga pun berpatutan

    ReplyDelete
  6. Dania suka benda comel2 macam ni. Nanti nak pergi la ke sini. Kacang putih tu mengimbau memori zaman dulu la.

    ReplyDelete
  7. terbaik ni.
    sgt teliti satu2 tu dibuatnya. mirip dgn yg sebenar!
    bukan keje senang ni. kreatif nyer tahap maksima.

    ReplyDelete
  8. dua tiga empat kali kita baca tajuk tu..ingatkan typo keeee, rupanya JUMPA tu nama tempat 😂

    comel gilerrrr satay tu! nampak sedap walaopun hanya miniatur..ade sorang kenalan yang minat benda2 camni..dia selalu gak buat benda2 kecik ni dan upload kat IG dia..kagum lerrr orang gini..

    ReplyDelete
  9. alahai.. comel-comel semuanya.. teringat saya dengan trip saya ke wonderfood penang.. ada juga miniature mcm ni..

    ReplyDelete
  10. Suka dengan keunikkan senibina miniatur ni. Cantek2. Mmg kagum dengan pereka yg membina

    ReplyDelete
  11. Cuti sekolah minggu depan apa kata bawa anak-anak ke sini supaya mereka kenalo bangunan ikonik negara.

    ReplyDelete
  12. Wah sangat kagum dengan semua hasil pameran kat sini. Hebat kan hasil seni ni..nak bawa anak2 pergi sini,mesti diorang suka

    ReplyDelete
  13. Alahaiii comei2nya. Dulu gi masih lom siap sepenuhnya..la ni tgok cantik lak. Nak gi lagi sekali lah

    ReplyDelete
  14. Sg Wang Plaza ada tarikan baru. Boleh la pergi nanti. Bestnye tengok miniature cute cute kat sini.

    ReplyDelete
  15. Perghhh Sis duk bayangkan orang yang membuatnya nibegitu tekun ek, semua nampak real...

    ReplyDelete
  16. Comelnya. Semua nampak menarik. Nanti nak pi tengok. Hehehe

    ReplyDelete
  17. ni kalau dapat bawak budak kecik habis semuanya dimasukkan dalam poket ingat mainan ahahaha

    ReplyDelete
  18. Wow..menariknya lahai..comel la pulak tengok satay la..otak-otak la..hehe

    ReplyDelete