Kadang jemu makan nasi, penat nak masak banyak lauk. Lagi kalau hari minggu, rasanak rehat dan makan simple je. Jadi, Maggi la jadi pilihan untuk kami sekeluarga makan. Bukan selalu makan Maggi, kadang sebulan sekali, tak pun beberapa bulan baru makan..hahaah. Kadang datang mood tak berapa nak rajin, macam ni la.

hai assalammualaikum

Sesekali Makan Maggi, Setiap Sorang Lain Bahan - Kadang jemu makan nasi, penat nak masak banyak lauk. Lagi kalau hari minggu, rasanak rehat dan makan simple je. Jadi, Maggi la jadi pilihan untuk kami sekeluarga makan. Bukan selalu makan Maggi, kadang sebulan sekali, tak pun beberapa bulan baru makan..hahaah. Kadang datang mood tak berapa nak rajin, macam ni la.

Masak maggi senang je, panaskan kuali yang berisi air, campak je rempah dan maggi dalam tu. Tambahla apa yang ada dekat dapur, macam sayur ke, telur ke. Kalau macam mr mafia punya, mesti kene masak bawang merah dan bawang putih dulu. Tu cara dia makan maggi. Nad dengan anak-anak takda macam tu, campak je..ahhaa.. Malas nak tumis-tumis dulu. Cuma suami punya jela.


Entah haritu terlebih rajin, buat lain-lain bahan dalam Maggi.


Suami punya, sayur sawi, dan telur mata. Nak masak kene tumis bawang merah dan bawang putih. Lepas tu letak air dan masukkan maggi dan rempah. Paling penting ada cili api. Tak pedas tak sah suami kita ni.


Yang ni nad punya. Sayur kacang panjang dan telur mata. Sayur tu dah tinggal sikit, jadi nak habiskan, kita masukkan dalam maggi. Perempuan, biasalah, mana yang rasa tinggal sikit, masukkan je dalam apa makanan. Kita makan je kan, asalkan jangan dibiarkan dan masuk dalam tong sampah. Membazir, dahla beli guna duit..huhuhu..


Ni Fariza punya. Ada baby carrot. Haritu daddy dia beli baby carrot ni. Comel je. Dia memang suka carrot. Dia la yang suruh letak baby carrot dekat maggi ni. Ikutkan jela.


Adik punya pulak kosong..hehee..Ni maggi yang dibagi mommy, daddy dan kakak. Adik tak makan banyak, kang bagi satu bungkus tak habis.

Oh Fariza dengan mommy maggi Asam Laksa. Lama tak makan. Daddy pulak maggi kari.

Alhamdulillah, habis ye semua Maggi ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. tiba2 rasa nak makan maggie.sekarang suka letak sos korea adabi sikit dlm maggie. kuah asal dgn perencah tu jgn letak air lebih. hehe...

    ReplyDelete
  2. maggi kalau masak beria sangat nanti tak jadi maggi dah ahhahah

    ReplyDelete
  3. btul tu..sekali skala makan. asam laksa dh lama xmkn..kalau bljr dlu feberet la.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wr.wb




    Kami di Arab Credit Group telah luar biasa ketika datang untuk membantu orang-orang dalam masalah keuanganan mereka dengan utang yang tak terhitung jumlahnya untuk membayar, tugas kami adalah untuk membantu Anda dengan pinjaman untuk menyelesaikan semua masalah keuangan Anda, dan menjadi keuangan yang stabil lagi. platform pembayaran kami sederhana, kami menyediakan Anda dengan suku bunga terendah 2% pinjaman Anda dapat menemukan, Arab Credit Group adalah Perusahaan pinjaman yang dimiliki oleh Keluarga Arab kami, kami telah memutuskan untuk membantu saudara-saudari kami untuk menjadi kuat secara finansial seperti yang diperintahkan Tuhan. kami di sini untuk memberi Anda bantuan untuk sukses dalam hidup.

    Hubungi kami dengan.
    Perusahaan: Arab Credit Group
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com
    Pin BBM: {E39B5EE5}  

    ReplyDelete