hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Dengan Marrybrown Berbaloi Puasa, Jimat dan Berbaloi - Bulan puasa ni, sesekali kena gantung kuali, jadi, kita order makanan yang boleh delivery la. Senang, tunggu makanan sampai dekat rumah. Sesekali nak rehatkan badan kan..hehee. Lama dah tak makan fast food, nampak kawan-kawan post, Marrybrown ada buat promosi bulan Ramadan ni, terus nad tengok. Hah, memang murah-murah ye semua promosi Marrybrown Berbaloi Puasa ni, terus cakap dengan suami, " abang, kita order jela harini, penatla nak masak. Tengok Marrybrown ada buat promosi, murah je "..suami tengok dan terus cakap " hah orderla "..isteri tersenyum riang ye..hehee..

Tanpa banyak soal, terus nad order dengan grabfood ye. Dalam banyak-banyak promosi, nad pilih Marrybrown Berbaloi Puasa Family Meals. Nad pilih set B. Order awal, tapi boleh set time untuk dihantar pukul berapa. Macam nad, order dalam pukul 3 lebih, mintak hantar dalam pukul 6 petang macam tu.


Berbuka Puasa Dengan Marrybrown Berbaloi Puasa, Jimat dan Berbaloi

Nampak tak, banyak kan untuk Set B Family Meals Marrybrown Berbaloi Puasa ni. Set ni ada 5 ketul ayam, 12 ketul nugget, 2 nasi lemak, cheezy wedges, 2 kentang goreng dan 1 botol air coca cola. Harga untuk set ni hanya RM49.90. Tapi sebab order dengan grabfood, adala charges dia yang lain kan. Tapi masih murah ok. Dahla banyak, ni makan sampai ke sahur tau..hehehe.






Rindu dengan makanan Marrybrown, lagi ayam dia, nasi lemak dia, nah sekali boleh dapat dua-dua sekali..Buka puasa haritu memang jimat dan berbaloi. Perut pun kenyang..hehee.

Kalau korang nak tau Marrybrown Berbaloi Puasa ni ada tiga pilihan
- Marrybrown Berbaloi Puasa Family Meals (delivery dan takeaway )
- Marrybrown Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1 ( takeaway sahaja )
- Marrybrown Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan ( delivery sahaja )


 Marrybrown Berbaloi Puasa Family Meals 


Untuk Family Meals ada 3 set yang korang boleh pilih.
- Berbaloi A (2-3 pax) - Harga dari RM24.90
- Berbaloi B (5-6 pax) - Harga dari RM49.90
- Berbaloi C (8-10 pax) - Harga dari RM79.90




Promosi bermula dari 27 April 2020 sehingga 23 Mei 2020 dan promosi ini available hanya untuk delivery dan take away sahaja.

Diskaun sehingga 40%, pergh memang jimat dan berbaloi. Kalau berbuka puasa dengan keluarga yang ramai, memang elok ambil set Family Meals ni.

Boleh klik link untuk lihat promosi ini: https://www.facebook.com/watch/?v=677942462982215


Marrybrown Berbaloi Puasa Buy 1 Free 1

Untuk Buy 1 Free 1 promosi untuk makanan bestsellers di Marrybrown iaitu


- Bubur Ayam MB
- Cheesy Wedges
- 6 pieces Chicken Nuggets
- Chicken Sausage Burger
- Mushroom Soup

Namun begitu ianya terhad kepada 3 penebusan untuk satu transaksi. Hanya ditawarkan untuk pembelian secara "Takeaway" sahaja.

Promosi ini berlangsung dari 27 April sehingga 23 Mei 2020.

Boleh klik link untuk lihat promosi ni ; https://www.facebook.com/watch/?v=169698037627185


Marrybrown Berbaloi Puasa Istimewa Ramadan

 Untuk promosi ni, korang boleh dapat 2 MB combo dengan harga RM20 sahaja. Murah kan, jimat sangat.




Antara menunya ialah
- Nasi Lemak MB Combo x 2 @ RM20
- MB Hotouch Burger Combo x 2 @ RM20
- MB Lucky Plate Combo x 2 @ RM20

Dan promosi ini hanya untuk delivery sahaja, bermula dari 29 April 2020 sehingga 23 Mei 2020.

Boleh klik link untuk lihat promosi ; https://www.facebook.com/watch/?v=1402141869988158

Nak order, boleh je order Family Meals dengan Istimewa Ramadan ke, Buy 1 Free 1 dengan Istimewa Raamdan ke, Family Meals dengan Buy 1 Free 1 ke, atau salah satu sahaja. Ikut berapa ramai korang berbuka puasa.

Untuk promosi ni ada yang boleh delivery, ada yang tak boleh delivery, hanya takeaway sahaja. macam Family Meals, boleh delivery dan takeaway. Untuk Buy 1 Free 1 , takeaway sahaja dan Istimewa ramadan hanya delivery sahaja. Ikut mana korang rasa senang. Kalau dekat, mungkin takda masalah, kalau jauh, kenala delivery kan.

- List of Foodpanda & GrabFood Outlets: https://bit.ly/39g6d2i
- NON-participating outlets for takeaway: http://bit.ly/2UcCQIR
- Can select from 5 different delivery options (depending on location): https://marrybrown.com/mb-delivery/


Bagi nad Marrybrown Berbaloi Puasa ni memang jimat habis untuk hidangan berbuka puasa korang. Korang kene grab sebab promosi ni sehingga 23 Mei 2020 sahaja.

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
Website; https://marrybrown.com/
Facebok: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram; https://www.instagram.com/marrybrownmy/
Delivery : https://marrybrown.com/mb-delivery/
SHARE 20 comments

Add your comment

  1. Marrybrown tak pernah rasa lagi... banyak juga utk set b tu...

    ReplyDelete
  2. omak aiii sangat la berbaloi tuuu kena beli la macam nii

    ReplyDelete
  3. lama tak makan MB..murah jugaklah set dia..sempat lagi ni nak order buka puasa

    ReplyDelete
  4. Gile tak jimat kalau dah banyak semua macamtu...biy 1 free 1 lagi, perghh makan sampai kenyang ni...nak gak le beli!!

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak makan Marrybrown sebab bila teringat atam selalu ke KfC tp nanti nak ubah selera pulak la sbb ayam goreng MB pun sedap.

    ReplyDelete
  6. lama tk mkn ayam marry brown...mcm2 pakej hidangan ada tu..bole la try nanti

    ReplyDelete
  7. suka nasi lemak marrybrown. memamg berbaloi2 menu yang di tawarkan tu

    ReplyDelete
  8. Sesekali teringin juga fast food ni. Berbaloi juga set yang ditawarkan oleh MarryBrown ni. Harga pun ok kan?

    ReplyDelete
  9. Sis baru je makan MB ni, beli ayam je sebab lama teringin, tengok ada promo berbaloi..terus grab..hehehe

    ReplyDelete
  10. jarang2 sangat makan marry brown, tapi nampak ni macam seap2 pula. bolehlah kami cuba

    ReplyDelete
  11. Uishh berbaloi sgt ni berbuka puasa dgn marrybrown.. Menu2 dia pun nampak menyelerakan.. Suka juga makan sini sbb sedap je mcm tmpt lain2..

    ReplyDelete
  12. Sedap dan.mmg jimat.kannn.. promo ramadhan mb mmg sangat.menarik

    ReplyDelete
  13. Best kan. Ruby dah cuba. Memang best. Hehehehe. Anak-anak pun suka. Nanti nak repeat order lagi.

    ReplyDelete
  14. Eh. Ni yang buat Rawlins pun nak gantung kuali arinie. Jap lagi nak tengok dia boleh delivery ke rumah tak. Nak order nasi lemak tu

    ReplyDelete
  15. memang sangat-sangat berbaloi
    Hans pun dah order set burger dia
    kenyang

    ReplyDelete
  16. Memang berbaloi dengan harga dan kuantitinya. Rasanya memang tak perlu cakap, confirm sedap macam ni

    ReplyDelete
  17. Set nampak berbaloi... sudah lama tak meenjamu MB

    ReplyDelete
  18. Wah. sedapnya berbuka puasa dgn Marrybrown tempat kak xde marrybrown klux maunya order

    ReplyDelete
  19. Wahh!!betul2 berbaloi la tawaran yang marrybrown buat nie.. Nak2 lagi buy 1 free 1.. Rugi klu tak beli..nak terjah marrybrown la untuk buka nanti..thanks nad, sharing this..

    ReplyDelete
  20. Memang berbaloi kak. Qiss pun dah terjebak beli set ni. Puas hati dapat makan banyak-banyak. Lengkap juga set dia. Semua best

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2