hai assalammualaikum


Buat Cermin Mata Baru, Murah Dan Cantik Di Kedai Viral Eye Pro Vision KL - Hah, ingat satu spek cermin mata cukup, rupanya kena ada banyak cermin mata ya untuk backup. Mana taknya, kadang lupa letak mana, takpun kejadian patah cermin mata, sedih. Jadi, untuk raya ni, nad buat lagi satu cermin mata baru untuk raya. Dahla murah, cantik pulak tu..ehhee..Mana lagi kalau bukan dekat kedai viral Eye Pro Vision Sunge Wang KL. Sebelum ni, untuk cermin mata pertama nad, nad buat dekat sini la. Sejak haritu, kedai Eye Pro Visionla kedai cermin mata kegemaran nad. Dahla murah, layanan pun bagus. Ramai kawan-kawan nad buat cermin mata dekat sini, memang semua puashati, lagi-lagi harga dia yang murah.

Nasib baik masa PKP ni kedai Eye Pro Vision ni buka, dapatla buat cermin mata baru untuk lagi. Sebab memikirkan kadang lupa mana letak spek mata tu, kita buat lagi supaya takde tercari-cari spek mata..kihkih. Sebelum pergi, ada contact William, cakap kedai buka tak. Dia kata buka.. Hehehe.. Peramah sangat William ni, sebab tu suka datang sini.


Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision Sungei Wang KL


Semalam juga nad pergi ke Sungei Wang. Nad naik grab je ke sini, senang. Nad naik grab je ke sini, senang. Nad naik grab je ke sini, senang. Nad naik grab je ke sini, senang. 
Sampai sana, memang ikut SOP, kene tulis nama dan cek suhu. Mask dan hand sanitizer jangan lupa ye. Lepas tu terus naik Ground Floor ke kedai cermin mata Eye Pro Vision.



Fuh, ingat takda orang, tapi ramai juga orang datang ye. Semua nak buat cermin mata. Orang keluar masuk dalam kedai. Walaupun ramai, tapi takda la sesak, masih ikut SOP. Sebelum masuk kedai, kene tulis nama dan diberi hand sanitizer. Bagus sangat kan. Pekerja pun masing-masing pakai mask, jaga jarak.






Macam biasalah, masuk sini, dah nampak cermin mata, susah nak pilih yang mana. Banyak sangat pilihan cermin mata yang ada. Macam-macam design, bentuk cermin mata ada. Dah satu-satu nad cuba.. Hahahha. Semua cantik-cantik belaka. Sampai tanya staff dekat situ la mana cantik.. Hahaha..

Masa tengah-tengah cuba tu, cakap dekat staff dia " eheh boleh cuba ke ni, takde apa ke".. Yela sekarang semua benda macam takut je nak pegang. Tapi Eye Pro Vision jaga setiap cermin mata yanga da. Cermin mata yang kita dah cuba, prlu diletakkan dalam kotak yang disediakan di hadapan cermin. Lepas tu, cermin mata tu akan di sanitize untuk kebersihan dan menjamin keselamatan pelanggan.


Dalam banyak cermin mata, ternampak cermin mata bingkai gold. Eheh, lawa pulak ye bingkai gold ni. Mungkin ni yang terbaru, sebab rasanya sebelum ni takda. Nad pun cubala semua cermin mata yang bingkai gold ni. Serius, memang cantik. Ngam pulak dengan muka kita. Sebelum ni nad beli bingkai hitam. So kali ni, nak nampak cun sikitla.. Hehehe.. Ambil bingkai gold. Untuk raya kan.. Mestila nak nampak cun.. Gitu.. Penting boleh masuk dengan semua warna tuudng kita.. Hahaha.. Perempuan kalau nak membeli, beginila ye.

Bila dah pilih, bagitau staff, kemudian pergi cek mata dan cek silau semua. Alamak, William cakap silau nad macam makin naik.. Huhu.. Mana taknya, PKP ni ngadap phone, ngadap laptop.. Dah kerja dengan phone, laptop semua.

Cermin Mata Siap dalam Masa 1 Jam

Habis cek, terus William proceed buat cermin mata tu. Yeszaa, dekat sini, spek mata korang boleh dapat haritu juga. Boleh siap dalam 30 minit hingga 1 jam. Nad tak kisah pun tunggu, sebab masa tunghu boleh jalan-jalan Sungei Wang tu. Ada juga la kedai baju, kasut buka. Jadi, kita tengok sambil tunggu cermin mata siap.



Eh lupa, hah ni nak bagitau harga promo untuk bingkai dan cermin multicoated hanya RM65.. Murah kan!!.. Tapi macam nad tambah alpha blue 420, cuma tambah RM60 je guys.. Baru RM125 untuk spek mata baru. Masih murah kan. Tapi kalau korang ade rabun, tu tambah lain la. Tapi harga masih berpatutan, jangan risau.


Video ni masa nad buat spek mata pertama dekat sini. Nak tunjukkan kelebihan alpha blue 420 tu.

Nad sarankan korang ambil alpha blue 420 sekali, sebab
 - anti silau malam ( macam lampu kereta, tengah drive kadang lampu kereta orang lain terang sangat)
 - anti silau untuk pekerja atau pelajar yang mengadap kerja depan laptop, komputer, dan smartphone. Hah!!, ni nad la, kerja 24 jam dengan semua ni.
 - 100% block sinar uv dan ultra ungu ( UV420 ).
 - Tahan lasak, diketuk banyak kali pun tak pecah, tak calar.
 - Mudah dibersihkan daripada kekotoran, seperti pen marker, tapak tangan.


Dah siap cermin mata nad. Cantik kan. Hehehe.. Nanti raya nad pakai ok..



Ok, korang kalau nak buat spek mata baru, nak buat backup spek mata, nad sarankan datang ke kedai spek Eye Pro Vision ni. Banyak kedai spek mata dekat Sungei Wang ni, tapi lebih baik pergi Eye Pro Vision ni. Ramai dah buat dekat sini dan berpuas hati. Layanan bagus dan harganya yang murah. Ok..

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza

Contact : 016-3771304

Boleh contact kalau nak tanya apa-apa berkenaan cermin mata.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

16 comments so far,Add yours

  1. ni kedai siap 1 jam ni.. adik spupu dok ajak p tapi bercinta nyee rasa
    nak redah jem nak pi sana. tapi tengok design dia n cepat siap tu yang best..

    ReplyDelete
  2. Cantik cermin mata yang Nad pilih tu. Bekenan pulak Sis dengan design tu.

    ReplyDelete
  3. Wah nama kedai pun kedai viral. Nampak banyak pilihan bingkai tu. Lagi confuse ye nak pilih yang mana. Harga RM65 tu agak murah la.

    ReplyDelete
  4. siap dlm mata sejam tu bgs..tkde la tgu lama2 kn..spek mata baru la raya ni

    ReplyDelete
  5. sungai wang ni banyak betul kedau murah2. kalau dekat dah pi dah. haha. tapi ni memang betul2 murah dah la siap 1 jam je

    ReplyDelete
  6. Yeah, I heard of Eye Pro before. People said dia ikut konsep kedai apek Di Beijing.

    ReplyDelete
  7. Wow..design baru ni. Leh k.sal tambah koleksi. Memang nak pi buat .. dari dulu kedai ni je buat spek. Takde keberanian gi buat kat kedai lain

    ReplyDelete
  8. Bagus ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. Harga murah dan kualitinok kan? Igt nak belikan utk parents lepas raya la kot. Tak sempat nak pergi sekarang.. ramai kata mmg bagus kedai Eye Pro ni..

    ReplyDelete
  10. Bestnya... 1 jam dah siap ya... dah la harganya berpatutan pulak tu... nanti nak tanya kalau untuk lense hi-index berapa harganya... nak kena buat cermin mata juga ni, standby time malam... maklumlah, pengguna tegar contact lense... hopefully power tak melambung-lambung naiknya... hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Ingat nak buat juga cerminta mata baru, tapi macam dah tak sempat dah...kerja ngemas semakin banyak adeiiii...btw cantik dan harga murah lerrr...

    ReplyDelete
  12. murah juga ni. anak saya baru ajak nak tukar spek baru. thanks sharing

    ReplyDelete
  13. malas nak ke mall kalau tak leh bawa anak heee... dah la nak hantar anak ke rumah mak pun tak boleh. kalau boleh drive sendiri tak pe la... ni tak reti drive... sedeh hahahaha.... spek mata cantik hahahahhaa

    ReplyDelete
  14. Sekarang harga cermin mata a bit murah. Hari tu kebetulan singgah shopping mall ternampak. Tp tula cermin mata ala korea tak ngam dengan muka kita hehe

    ReplyDelete
  15. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete