Pegaga ni bolehla je goreng guna tepung. Jadila pegaga goreng. Rangup, boleh buat kudapan. Tapi, entah, macam tak best pulak buat goreng tepung. Last-last fikir, buatla, kerabu pegaga. Mintakla mak resepi. Nasib bahan semua ada..Maka bermulalah operasi memasak kerabu pegaga.


hai assalammualaikum


Resepi Kerabu Pegaga - Alkisahnya, nad suruh suami belikan daun pudina, sekali balik, cakapla dengan suami " mana daun pudina bang "..suami cakap " kan ada dalam tu, cuba tengok "..kita pun cakap la takda. Suami tak puas hati suruh tengok, dan dia tunjuk. Guysss, korang nak tau, dia tunjuk daun apa, dia tunjuk daun pegaga ok..Stress kita wak. Dahla kita nak guna cepat daun pudina, sekali salah beli. Nad cakap, takkan tak cakap dengan orang jual sayur tu. Suami pergi pasar, alang-alang suruh beli sayur, beli daun pudina sekali. Dia cakap, orang jual sayur tu tunjuk daun pegaga ni adalah daun pudina. Muka kita dah berkerut ok. Takkanla orang jual sayur yang dah bertahun tak tau sayur pudian macam mana. Huh, sudahnya, satu ikat pegaga dia beli. Nak buat apa oiii..Dahla rumah ni jarang makan pegaga. Geram je rasa.


Esoknya, nad pun carila resepi pegaga ni. Pegaga ni bolehla je goreng guna tepung. Jadila pegaga goreng. Rangup, boleh buat kudapan. Tapi, entah, macam tak best pulak buat goreng tepung. Last-last fikir, buatla, kerabu pegaga. Mintakla mak resepi. Nasib bahan semua ada..Maka bermulalah operasi memasak kerabu pegaga.


Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
- 300 g daun pegaga
- 1 cawan kelapa parut
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 7 biji limau kesturi


Bahan B (Sambal) *Ditumbuk
- 3 biji cili merah
- 3 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 cawan ikan bilis
- 1 sudu teh belacan
- Garam secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:
- Bersihkan daun pegaga dan hiris halus.
- Masukkan semua bahan B dan kelapa parut ke dalam kuali. Panaskan sehingga sambal nampak kering. Kemudian tutupkan api.
- Masukkan daun pegaga dan bawang besar.
- Kacau rata dan perahkan limau kesturi. Rasakan garamnya.


Ok siap..begitula..lama tak makan kerabu, maka terhasilah kerabu pegaga.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

11 comments so far,Add yours

  1. Sedapnya Nad.. nyummy...masam2 pedas gituu

    ReplyDelete
  2. suka kerabu tp kerabu pegaga tk mkn...yg mkn mcm kerabu mangga, kerabu taugeh

    ReplyDelete
  3. Adakah anda memerlukan Pinjaman jangka panjang atau pendek dengan kadar faedah yang agak rendah serendah 2%? Kami menawarkan Pinjaman perniagaan, Pinjaman peribadi, Pinjaman rumah, Pinjaman auto, Pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang e.t.c. tidak kira skor kredit anda.

    * Pinjaman Peribadi (Selamat dan Tidak Bercagar)
    * Pinjaman Perniagaan (Selamat dan Tidak Bercagar)
    * Gabungan Pinjaman dan banyak lagi.

    Hubungi AS untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran Pinjaman dan kami akan menyelesaikannya
    masalah kewangan. hubungi kami melalui

    Laman web: http://fivestarfinancecompany.com
    e-mel: fivestarfinancecompany@gmail.com
    Nombor telefon: +15165910949 (Aplikasi Call / Whats)

    ReplyDelete