Salah satu yang digemari masa puasa, Pulut panggang. Nak buatnya memang bukan senang, tapi dah teringin kan. Tak guna santan, kita tukar guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk).. Sedap juga..bawah ade cara buat dia.⁣

hai assalammualaikum

Pulut Panggang Menggunakan Susu F&N - Salah satu yang digemari masa puasa, Pulut panggang. Nak buatnya memang bukan senang, tapi dah teringin kan. Tak guna santan, kita tukar guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated  Filled Milk).. Sedap juga..bawah ade cara buat dia.⁣




Ada nad sediakan video untuk membuatnya. Kot tak faham kan..

Bahagian pulut⁣
- Pulut 250g ( direndam 3 jam, kemudian toskan) ⁣
- Susu Isian Sejat F&N 150g⁣
- Air 50 ml⁣
- Garam 1 sudu kecil⁣
- Gula 1 sudu besar⁣
- Minyak 2 sudu⁣

Cara membuatnya⁣
- Steamkan pulut selama 15 minit. ⁣
- Sementara tunggu pulut, panaskan Susu Isian Sejat F&N air, garam, gula dan daun pandan untuk 5 minit. ⁣
- Setelah 15 minit pulut siap, masukkan campuran susu ke dalam pulut itu dan masukkan minyak. Gaul sebati semua dan steam semula selama 15 minit. ⁣

Cara buat inti pedas⁣
- Serai sebatang **⁣
- Cili kering 5 **⁣
- Cili merah 5 biji **⁣
- Bawang merah 8 biji **⁣
- Bawang putih 4 ulas **⁣
- Lengkuas 1/2 inci **⁣
- Serbuk ketumbar 1 sudu besar **⁣
- Minyak 3 sudu besar⁣
- Udang kering 60 g, basuh dna keringkan⁣
- Kelapa parut 130g⁣
- Garam 1 sudu kecil⁣
- Gula melaka 2 sudu besar⁣

Cara membuatnya⁣
Blend kesemua bahan bertanda ** kemudian tumis bahan sehingga masak. Masukkan udang kering, garam dan gula melaka. Gaul sebati. Kemudian masukkan kelap aprut dan gaul lagi sehingga sekata dan masak. Kemudian ketepikan dan biarkan sejuk. ⁣

Masuk dalam daun pisang⁣
- Dah siap pulut dan inti, masa untuk letak dalam daun pisang. Pastikan daun pisang bersih dan dilayur diatas api. ⁣
- Ambil pulut dan penyek2 kan. Kemudian ambil 1 sudu besar inti dan diletak di tengah2. ⁣
- Gulung dengan kemas dan ketipkan hujung daun pisang. Guna lidi kecil lagi kemas. ⁣
- Kemudian panggang sampai daun pisang bertukar warna.. ⁣
- Boleh letak topping TEAPOT Squeeze Tube  Gula Melaka atau F&N Squeeze Tube Strawberi⁣
Siapp... Selamat mencuba.. ⁣


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. Nampak senang je resipi dia. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  2. Adoiii..meleleh air liur. lama dah x pekena pulut panggang ni. tapi kena tgok tahap kerajinan juga nak membuat sendiri.hehe

    ReplyDelete
  3. suka makan pulut panggang. tp nak buat macam malasnya hahhaha tapi tak sangka pula boleh guna susu f&n

    ReplyDelete
  4. selalu beli di pasar malam. tapi nak buat sendiri memang tak reti. first time tahu tentang resipinya. bolehlah buat nanti :)

    ReplyDelete
  5. eee thank u thank u, share resepi ni! Teringin nak buat, memang nak cari resepi paling simple & paling senang faham! Macam yg nadia share ni , nampak mudah! :)

    ReplyDelete
  6. menarik gak resepi ni, tapi tu la selalu beli je hehe thanks share resepi

    ReplyDelete
  7. Suka pulut panggang. macam boleh cuba je resepi ni. Nanti nak cari bahan la. nmpk macam tak complicated sangat.

    ReplyDelete
  8. Mantap ni pandai buat. Hehe. Favourite ena ni. Tak rajin nk buat. So please pos kat ena sikit. Haha

    ReplyDelete
  9. Wahn nampak sedapnya pulut panggang tu. Ni memang kuih feveret saya ni...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih share resepi ni nanti saya nak try jugalah utk resepi minum-minum petang

    ReplyDelete
  11. oo best juga ni. saya minat gak pulut panggang. nanti bolehlah nak cuba

    ReplyDelete
  12. Tak pernah buat..nampak sedap je. Kalau di Terengganu pulut panggang inti ikan.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap sebab Sis nengok macam basah-basah gitu..tak suka jenis pulut panggang yang terlalu kering...nanti boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  14. Nice recepi using Susu Isian Sejat F&N, I am sure the family love to eat this. nak try nanti too

    ReplyDelete
  15. Pergh! Dapnya! Tetiba teringin pulak lepas baca entry mi. Boleh la cuba buat guna susu F&N ni. Harap harap jadi je lah

    ReplyDelete