hai assalammualaikum


Kempen ‘Discover the World’ 2020 Dengan Citarasa Jepun, Samurai Burger Kini Kembali - McDonald's Malaysia yang melancarkan kempen tahunannya ‘Discover the World’ dengan kelazatan citarasa Jepun, membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger yang popular.




Samurai Burger, yang kali terakhir dihidangkan pada tahun 2015, merupakan salah satu menu yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Shogun Burger yang mendapat banyak maklum balas positif daripada rakyat Malaysia ketika pertama kali dilancarkan pada tahun yang sama. Disediakan dalam pilihan daging ayam atau daging lembu, Samurai Burger dan Shogun Burger menampilkan sos Teriyaki istimewa McDonald's yang pastinya memberi keenakan yang sangat memuaskan hati.


“Kempen ‘Discover the World’ menjadi platform yang amat penting bagi membolehkan McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai menu berbeza kepada rakyat Malaysia, yang  menampilkan citarasa unik dari negara-negara terpilih di seluruh dunia. Tahun ini, kami membawa kembali citarasa Jepun yang lazat kepada rakyat Malaysia, dengan hidangan Samurai Burger dan Shogun Burger yang sangat disukai ramai," kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.




Samurai Burger dihidangkan dengan daging lembu atau daging ayam empuk yang dicelup ke dalam sos Teriyaki enak, dilapisi dengan sos McChicken, salad segar, dan diapit dengan roti bijan yang dibakar sempurna. Bagi mereka yang gemarkan burger dengan telur, Shogun Burger pastinya merupakan pilihan tepat untuk memenuhi selera mereka.


Sesetengah orang merasakan hidangan mereka tidak lengkap tanpa pencuci mulut yang enak. Tahun ini, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan semula Green Tea McFlurry yang menyegarkan. Selain itu, Yuzu Cream Cheese Pie baharu dengan kulit pai yang rangup dan inti enak berperisa sitrus boleh menjadi hidangan pencuci mulut tambahan untuk dinikmati para pelanggan.


“Ramai rakyat Malaysia terpaksa menangguhkan perjalanan ke luar negara ketika ini, tetapi melalui tawaran menu 'Discover the World', kami berharap keenakan citarasa yang diketengahkan, sedikit sebanyak mampu membawa orang ramai ke beberapa pelosok dunia dan membolehkan mereka menikmati rasa istimewa dari negara-negara tersebut,” tambah Melati.

Selain Jepun, McDonald's Malaysia juga akan membawa pelanggan menikmati citarasa enak dari negara-negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pelbagai burger edisi terhad akan ditawarkan dengan citarasa dan ramuan yang berbeza.


Set Samurai Burger dan Shogun Burger dihidangkan bersama French Fries dan Coke. Mulai 14 Mei, set sederhana Samurai Burger boleh didapati dengan harga dari RM14.99. Shogun Burger hanya boleh didapati mulai 28 Mei, dengan harga dari RM15.99 untuk set sederhana.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai menu menarik McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. owh, samurai dan shogun ni beza ek burger dia..? haha! hari tu IQ da try, rupanya try shogun...ingatkan samurai...haha..hadehhh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2