Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru-guru yang mengajar di sekolah. Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka. Sebelum-sebelum ni, sambutan Hari Guru disambut meriah di semua sekolah. Ada hadiah, ada persembahan dan macam-macam lagi, disambut dengan meriah. Tapi untuk tahun ni, berlainan, disebabkan wabak covid 19, semua sekolah dan institusi ditutup, maka tiada sambutan Hari Guru dan hanya sambut di whatsup sahaja dengan ucapan.

hai assalammualaikum


Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja - Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru-guru yang mengajar di sekolah. Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka. Sebelum-sebelum ni, sambutan Hari Guru disambut meriah di semua sekolah. Ada hadiah, ada persembahan dan macam-macam lagi, disambut dengan meriah. Tapi untuk tahun ni, berlainan, disebabkan wabak covid 19, semua sekolah dan institusi ditutup, maka tiada sambutan Hari Guru dan hanya sambut di whatsup sahaja dengan ucapan.


Tapi bagi seorang cikgu, dapat ucapan dekat whatsup pun mesti rasa seronok, sebab penghargaan untuk Hari Guru tidak dilupakan. tapi, sedih juga la kan tak dapat sambut. Yela, macam nad memang dah lama tinggalkan alam persekolahan, lepas tu anak pulak sekolah. Bila anak masuk sekolah, nad sendiri rasa teruja sebab boleh buat aktiviti sekolah yang lama dah nad tak buat. Bagi nad, sekolah anak sama je macam nad sekolah, dapat rasa apa anak rasa dekat sekolah. Bila tak dapat sambut Hari Guru, rasa lain je. Kalau tak, mungkin ada buat sikit-sikit sambutan. Macam nad, kalau boleh nak anak rasa macam mana sambutan Hari Guru ni, bagi dia hargai jasa guru tu sendiri.




Cikgu tabika Fariza, Cikgu Ema namanya. Walaupun dalam keadaan PKP, kerja sekolah untuk anak pasti ada. Kita mungkin fikir, sekolah Tabika, mesti takda buat kerja sekolah kan, tapi tak. Ada je aktiviti dan kerja sekolah yang diberi. Bagusla macam tu, sekurangnya budak-budak ni takdala buat benda sama je. Tugasan yang diberikan cikgu mesti la lain sikit kan, tugasan mak bagi mudah..huhu..


Tahun 2020 ni, tema hari guru ialah " Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ". Walaupun dalam keadaan PKP, ramai cikgu berusaha cari tugasan untuk diberi kepada anak murid. Dan kelas online dijalankan, Tapi sedihnya, nad ada baca dekat twitter, ramai ngadu anak murid yang masuk kelas online dari 20 murid, online hanya 10 orang, ada tu boleh left group. terkejut bila baca. Kalau nad dulu, cikgu cakap sikit dah takut, cikgu bagi kerja sekolah tak buat pun takut, budak sekarang, siap berani tak masuk kelas online la, tak buat kerja sekolah, alasan PKP. Kalau yang takda interent tu, mungkin boleh faham, tapi kalau yang tiba-tiba boleh buat status bagai, tapi tak masuk kelas online cikgu, ermmm..tak tau la nak cakap ape. Adab dekat cikgu dah hilang.


Harap cikgu-cikgu semua tabah dalam menjalankan tanggungjawab. Sekali lagi, terima kasih cikgu semua. Selamat Hari Guru.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours