Showing posts with label sekolah
 hai assalammualaikum

Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Anak, Selesa Dan Tahan Lasak - Alhamdulillah, persediaan  kelengkapan sekolah anak untuk sesi persekolahan Tahun 2023 dah selesai. Dari baju sekolah, beg sekolah sampai la kasut sekolah. Masuk alam persekolahan baru, mesti semua nak baru, bagi anak semangat nak pergi sekolah..hehe. Kasut sekolah la antara yang nad titiberatkan. Penting pilih kasut yang betul untuk anak ke sekolah bagi keselesaan semasa memakai seharian dan tahan lasak. Dalam banyak-banyak kasut, kasut sekolah Pallas Jazz pilihan anak. 

Dulu waktu nad sekolah pun guna kasut Pallas, kali ni, anak pun pilih kasut sekolah Pallas. Kasut Pallas sekarang designnya trendy, ada macam-macam jenis. Ada yang jenis lekat, yang bertali dan lain-lain. Harga mampu milik, selesa di pakai seharian, berkualiti dan mudah didapati di mana-mana sahaja, sama ada boleh beli di kedai atau online.
hai assalammualaikum

Pusat Pakaian Hari-Hari, Pilihan Utama Beli Kelengkapan Sekolah Anak - Korang dah selesai belum beli kelengkapan sekolah anak? Tahun ni masuk persekolahan tahun baru bulan 3. Nad baru nak beli barang sekolah anak ni. Biasalah ikut tahun baru nak masuk sekolah, baru semangat. Macam biasa, kedai pilihan kitaorang beli kelengkapan sekolah anak mestilah di Pusat Pakaian Hari-Hari. 

Pusat Pakaian Hari Hari ni memang dah dikenali ramai. Kedai yang menawarkan variasi kelengkapan pelbagai peringkat usia sememangnya menjadi pilihan semua. Bila musim sekolah ni, adala Promosi Kembali Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang senang membeli barang sekolah dekat sini, semua ada, takyah susah-susah keluar cari dekat kedai lain.
 hai assalammalaikum

Kembali Ke sekolah 2022, Fariza Dah Masuk Darjah Satu - Dah dua minggu baru nak cerita persekolahan anak, hehee, biasalah mommy sibuk sangat dengan kerja. Cepatnya masa berlalu, besar dah anak mommy, macam baru je haritu masuk tadika, sekarang dah darjah satu. Mula sekolah 21 March 2022, tahun ni la berbeza sikit disebabkan pandemik, persekolahan pun jadi lambat. Selalu bulan Januari dah masuk sekolah baru. Takpa lambat asalkan tetap masuk sekolah. 

Malam tu dah siapkan semua barang keperluan, beg , baju semua dah gosok. Tinggal tunggu esok pagi nak pergi sekolah je. Memang suruh tidur awal, sebab darjah satu ni masuk kelas pukul 7.30 pagi, takda dah tidur lambat. Tidur awal, bangun pun senang , ceria je muka. 

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH 2022

in , , by Nadia Johari, 22:55:00
 hai assalammualaikum

Ayuh Kembali Ke Sekolah 2022 - Sekejap dah habis cuti sekolah, mulalah mak ayah sibuk siapkan kelengkapan sekolah anak untuk hari persekolahan esok. Esok bermulalah persekolahan 2022 persekolahan baru bagi Fariza. Sebelum ni Fariza sekolah Tabika, untuk tahun ni, Fariza masuk darjah 1. Cepat betul Fariza membesar, tengok-tengok dah 7 Tahun. Alhamdulillah, membaca, mengira semua dia ok. Tapi biasalah, ada juga yang tak berapa.

Macam biasa, sebagai mak tetap risau. Darjah 1 berbeza sikit dengan Tabika. Macam Tabika, satu kelas je, dekat situ la belajar, makan semua diuruskan cikgu. Masuk Darjah 1, tak semua cikgu uruskan, bagi anak-anak belajar sendiri. Kalau dulu sebelum covid, bolehla mak ayah temankan anak-anak masa darjah 1, tunjuk mana kelas, tandas, kantin, sekarang semua cikgu uruskan. Harap Fariza paham la. Nad tau Fariza mesti boleh punya..ehehe. (padahal risau ya amat ).
 hai assalammualaikum

Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari - Macam tak percaya anak sulung dah nak masuk darjah 1.. Macam baru je haritu masuk sekolah tadika, dah sekarang masuk sekolah rendah. Pertama kali juga urus kelengkapan sekolah rendah ni, jadi blur dan bingung, sampai kita whatsup kak Nina, apa kelengkapan sekolah untuk masuk darjah 1 ni yang perlu dibeli. Syukur Kak Nina bantu dan senaraikan terus apa perlu dibeli dan berapa helai..hehe. Kak Nina puna ada cakap, beli je kelengkapan sekolah ni dekat Pusat Pakaian Hari-Hari, sebab dekat situ semua ada dan murah.

Ingat dulu masa nad sekolah, mak ayah cari baju sekolah, kasut sekolah, semua dekat tempat lain-lain. keluar masuk kedai banyak kali. Memang susah, dengan harga yang berbeza. Sekarang, dengan covid, baik beli one stop center je, semua ada, lengkap, tak perlu ke sana ke sini cari kelengkapan sekolah. Lagi satu jimat masa, tenaga dan jimat minyak kereta..hehee. Mujur ada Pusat Pakaian Hari-Hari. Masa raya haritu pun beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari, memang bagus la.

hai assalammualaikum

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 2022/2023 - Hampir terlupa tentang Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 2022/2023. Semakan ni dah boleh disemak bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos. Haritu kawan ada post, terlupa nak starkan massage tu, ingat nak terus buka, tapi banyak kerja haritu, terus tak ingat. 

 hai assalammualaikum

Fariza Rindu Sekolah - Berubah, terus berubah sama sekali kehidupan kita semua bila adanya covid ni. Tak disangka kehidupan kita akan jadi seperti ini. Terutama dekat anak-anak yang masih kecil, baru nak mengenal dunia luar, baru nak berkawan dan bersosial, tapi, beralih kepada duduk rumah dan tidak berjumpa dengan sesiapa. Kehidupan yang sepatutnya penuh dengan aktiviti di sekolah tapi banyak dibuat di rumah pada waktu ini.

HARI APRESIASI TABIKA KEMAS FARIZA

in , , by Nadia Johari, 13:06:00
 hai assalammualaikum

Hari Apreasasi Tabika Kemas Fariza - Pejam celik pejam celik, tak sangka dah bulan December. Maka berakhirla persekolah untuk Fariza. Inga lagi betapa terujanya, gembiranya dia bila masuk sekolah, dapat jumpa kawan, dapat belajar dengan cikgu. Pagi bangun dengan penuh semangat nak pergi sekolah. Ingat apa yang cikgu ajar.

Lagi teruja maknya, bila anak masuk sekolah dan dapat buat aktiviti sekolah. Kalau tak muka mak dan adik jela Fariza kene hadap. Lagi teruja maknya bila dapat tau banyak aktiviti sekolah yang akan dibuat. Tak sabar nak tengok perkembangan anak bila dia sekolah ni.
hai assalammualaikum

Kembali Ke Sekolah Tabika - Sebelum ni nad ada buat entry, berkenaan Sekolah Tabika Bakal di buka 1 Julai dengan SOP  yang dibenarkan. Giliran Fariza 2 Julai baru masuk ke sekolah. Gembira bukan main dia bila nad cakap Fariza dah boleh ke sekolah. Malam tu pun suruh tidur awal, dia tidur awal. Pagi suruh bangun, cepat je bangun. Punya teruja nampak muka dia bila nad sarungkan baju sekolah tu.
hai assalammualaikum

Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai - Disebabkan covid 19, banyak sekolah, universiti ditutup bagi menghentikan penukaran wabak ni. Baby dan kanak-kanak paling risiko terkena jangkitan wabak covid ni. Masa tak boleh pergi sekolah tu, tertanya juga Fariza, kenapa tak pergi sekolah. Bila cakap ada kuman, alhamdulillah, dia faham. Lagi pun masa tu banyak iklan pasal covid ni ditunjukkan, jadi senangla nak terangkan dekat dia. Masa PKP pun Cikgu Ema, cikgu tabika Fariza, ada bagi kerja sekolah untuk dia dan kawan-kawan buat. Kelmarin, Cikgu Ema whatsup, Tabika akan dibuka 1 Julai ni dan cikgu siap bagi SOP yang perlu dipatuhi. Memang nad baca betul-betul sebelum buat apa-apa keputusan..
hai assalammualaikum


Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja - Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru-guru yang mengajar di sekolah. Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka. Sebelum-sebelum ni, sambutan Hari Guru disambut meriah di semua sekolah. Ada hadiah, ada persembahan dan macam-macam lagi, disambut dengan meriah. Tapi untuk tahun ni, berlainan, disebabkan wabak covid 19, semua sekolah dan institusi ditutup, maka tiada sambutan Hari Guru dan hanya sambut di whatsup sahaja dengan ucapan.
hai assalammualaikum

Fariza Dah Rindu Dekat Sekolah Dia - Harini masuk dah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 3. Harap semua ok dan baik-baik sahaja dalam rumah tu. Jangan stress sangat guys. Kalau stress, tenangkan fikiran tu dengan mendengar ayat suci Al-Quran, tengok benda kelakar, dan rehat secukupnya. Memang ramai yang terkesan dengan covid ni, termasuk anak nad sorang ni, Fariza.
hai assalammualaikum

Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2021/2022 - Sebelum ni tengok kawan-kawan media sosial, sibuk buat pendaftaran anak bagi kemasukan tahun 1. Masa mula-mula dibuat secara online, tengok ramai yang kata susah, website tak lancar, banyak kena isi dan macam-macam lagi la. Masa tu pun kita dah risau macam mana la masa nak isikan Fariza nanti. Pejam celik, eh dah sampai masa kita pulak kene daftra untuk Fariza kemasukan tahun 1 untuk tahun 2022.

Fariza sekarang 5 tahun, jadi dia lahir 2015. Untuk daftar tahun 1, dia akan masuk pada 2022. Jadi memnag dah kene daftar sekarang la. Orang cakap dafatr cepat-cepat, takut sekolah kita nak tu dah penuh. Dah susah nanti nak pilih sekolah mana. Nak senang pilih sekolah yang berdekatan la kan.


Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan tahun 2021 dan 2022 bermula 1 Mac sehingga 30 April 2020. Nad dah buat hari Isnin. Buat waktu pagi, alhamdulillah lancar je isi. Ingatkan susah isinya, okla takde la macam tak tau apa kan. Cuma kene isi bab kesihatan anak, tu memang kene refer buku pink dia la. Jenuh juga yang tu, tapi ada je panduan dia bagi.

Sebelum isi-isi maklumat penting, mestilah daftar dahulu. Pergi ke link public.moe.gov.my kemudian daftar dengan nombor kad pengenalan dan pasword. Kena ingat pasword ye kang tak boleh buka.

Dah masuk tekan bahagian pendaftaran sekolah tahun 1


Kemudian isilah maklumt yang dia nak tu.
- Maklumat ibu bapa
- Maklumat prasekolah
- Profil kesihatan
- Rekod imunisasi

Murid yang layak
- Kanak-kanak yang didaftarkan adalah warganegara Malaysia dan mempunyai tarikh lahir
* 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 ( Untuk kemasukan ke sesi persekolahan 2021 )
* 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 ( Untuk kemasukan ke sesi persekolah 2022 )

Dah siap isi, boleh diprint dan dihantar ke sekolah yang berkenaan. Ibu bapa hendaklah membawa cetakan borang permohonan untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran dalam masa 14 hari.

Antara borang yang perlu dibawa
- cetakan borang permohonan
- surat beranak
- bil utiliti ( bil TNB/Air/Telekom )
- kad pengenalan ibu bapa
- surat nikah
- laporan doktor
- borang persetujuan perkhidmatan kesihatan

Dah setel semua..lega..tinggal nak ke sekolah je..
hai assalammualaikum

Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak - Bermulalah aktiviti pertama ibu bapa dan anak membantu cikgu membuat projek sekolah. Yeah, sebagai mak nad semestinya teruja. Sebab masa ni la, dapat kenal denagn ibu bapa kanak-kanak lain dengan join aktiviti sekolah yang cikgu buat ni. Diberitahu oleh cikgu sekolah Fariza, Cikgu Ema, digroup whatsup, sekolah akan membuat gotong royong menanam pokok di Tabika. Sebenarnya, sekolah Tabika anak, terpilih untuk Pertandingan Taman Botani antara Tabika Kemas Selangor. Fuh, bangga kejap..hehee..Ni lagi tambah semangat untuk cantikkan, bersihkan sekolah Tabika anak.



Projek ni baru fasa pertama, dan akan ada lagi fasa lain. Yela, nak buat Taman Botani, nak tanam pokok kita buat satu-satu dulu. Aktiviti yang dibuat pada haritu
- Membersihkan kawasan sekolah
- Menanam pokok-pokok kebun dapur
- Membuat batas untuk menanam pokok
- mengecat batu bata

Sedihnya, pada hari berkenaan, tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Boleh dikira berapa je yang hadir. Pelajar sekolah situ, ada 30 orang, tengok macam belas je ibu bapa yang hadir bersama anak-anak. Takpela, mungkin yang tak dapat hadir, ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. KIta fikir positif..orang cakap husnudzon....


Haritu, banyak juga sumbangan pokok, barang hiasan seperti pokok serai, kunyit, bayam, botol mineral, tempurung kelapa pasir, tanah semua dibawa. Alhamdulillah, adalah sikit untuk aktiviti tanaman dapur hijau sekolah anak ni.

Nad bawak pokok cili, pokok hiasan dan biji benih kangkung.




Pagi tu, kitaorang kemas dulu kawasan yang nak tanam pokok ni semua. Selesai kemas, orang lelaki, buat batas. Orang perempuan, bubuh tanah, apa yang patut..hehee..




Paling meriah, untuk anak-anak. Hah, masa ni la diaorang dapat belajar buat tanaman mereka sendiri.
Macam biasa cikgu bagi penerangan dahulu berkenaan aktiviti kepada murid.






Lepas tu, diberi seorang-seorang untuk tanam tanaman mereka. Fariza dapat kangkung..hehe,

Harap sejukla tangan mereka, supaya tanaman ni tumbuh dengan sihat, segar dan bugar.

Tanaman dapur ni dibuat di bahgaian belakang sekolah.

Selesai tu, sambung pula di bahagian depan sekolah, untuk menghias bagi cantik.


Ni antara yang dah siap separuh..Nanti akan ada hari lain untuk aktiviti seterusnya.

Mula tu, memang tak nampak apa yang dibuat. Ni dah nampak sikit-sikit, nad pun dah godek google sikit, bolehlah lepas ni tambah lagi mana yang patut.

Cantikkan sekolah ni bagus, anak-anak dapat sekolah dalam suasana yang ceria. Nak pergi sekolah pun best je. Nak belajar pun seronok.

Parents pulak, join aktiviti ni, dapat eratkan silaturrahim dan kenal antara satu sama lain.



Ni makanan yang disediakan cikgu, mihun sup, kuih dan tauhu bergedil.

Alhamdulillah, projek pringkat pertama Taman Botani, berjalan dengan lancar. Lepas ni, harap ramai lagi ibu bapa yang join, bantu sama-sama cantikkan sekolah Tabika anak.
hai assalammualaikum

Hari Penerangan Konsep Tabika Bagi Tahun 2020 - Hari Isnin haritu, semua ibu bapa yang anaknya sekolah tabika, area Pandan Mewah, Pandan Jaya dan Pandan Indah hadir ke Hari Penerangan Konsep Tabika Bagi Tahun 2020. Majlis ni adalah untuk menerangkan apa pembelajaran, rutin harian di Tabika. Juga apa aktiviti yang dijalankan sepanjang 2020 ni di sekolah tabika anak masing-masing. Pertama kali nad datang majlis ibu bapa ni..hahaa..Rasa macam janggal pun ada. Like serius, nad datang majlis ibu bapa, serius ke nad dah jadi ibu..hahaha.


Majlis ni macam PIBG la gitu. Kiranya ni permulaan menunjukkan komitmen ibu bapa datang ke majlis seperti ini. Nad kalau bab anak memang bagi komitmen ye..kihkih. Nak jadi ibu yang terbaik..agitchuu..Masa mr mafia cakap " sayang pergi la sendiri, abang hantar je "..terus nad cakap ' ni anak siapa? dari benih siapa? Anak punya takkan malas kot ?'..hahaaha.,Lagipun mr mafia tak ada kerja pun. Nad kalau boleh kalau bab persekolahan anak, nad nak ada suami turut serta sekali. Biar dia tau apa yang disampaikan cikgu tu. Haihh..kata nak jadi bapa, hah macm ni la kerja bapa. Lainla ada komitmen lain tak dapat hadir..kannnn..

Sekolah Tabika yang terlibat hanya tiga sekolah je iaitu Tabika Pandan Mewah, Tabika Pandan Jaya dan Tabika Pandan Indah.

Cikgu setiap tabika masa tu ada. Anak-anak memang sekolah,pembantu tabika yang tolong jaga. Masa ni la diaorang terangkan apa itu Tabika, visi dan misi serta objektif Tabika ni. Baru nad tau Tabika ni ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak. Berbeza dengan Tadika, ia adalah Taman Didikan Anak-Anak. Leas jadi ibu baru tau maknan Tabika ni, sebelum ni langsung tak ambil tau..kah..


Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah.

Adalah cikgu cerita bab anak belajar, memegang pensel dan kelakuan, sepatutnya ibu bapa yang ajar dahulu. Sampai sekolah cikgu cuma bantu lagi supaya terus pandai. Cikgu cerita, ada anak murid langsung tak reti menulis, ada tu pegang pensel salah. Cikgu la kena ajar semula, lembutkan jari bagi elok pegang pensel tu semua. Bagi nad, apa cikgu cakap memnag betul, ibu bapa la sepatutnya ambil langkah untuk membantu anak-anak ni. Jangan harapkan cikgu sangat. Masa dia dah masuk sekolah, balik rumah, bagi beljar sama-sama.

Berkenaan yuran pun cikgu dah terangkan. Lepas tu, cikgu bagitau tentang masa, pembelajaran di sekolah Tabika. Macam Tabika Fariza bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari. Buat masani, nanti akan ada kelas agama macam tu, waktu sehingga 1 petang. Nad memang akan masukkan dia kelas agama tu. Kelas tu katanya bulan 2 baru bermula,

Kemudian, aktiviti bersama ibu bapa bersama cikgu dan anak-anak di sekolah. Hah!!, part ni macam nad pulak tak sabar..hahaa. Biasalah, macam lama tak masuk sekolah kan. Masuk Tabika pun dah teruja..Aktiviti seperti mencantikkan sekolah, atau aktiviti lain lagi. Cikgu cakap, aktiviti melibtakan ibu bapa la penting, buat anak gembira.




Kemudian, satu-satu sekolah tunjukkan aktiviti yang mereka buat tahun lepas. Mungkin tahun ni sama la juga. Aktiviti seperti sambut hari lahir, perarakan merdeka, sukaneka, rombongan sambil belajar dan banyak lagi. Part ni pun nad suka. Tak sabar nak tengok Fariza buat semua aktiviti tu. Part hari lahir tu, rasa nak buat je juga. Selama ni tengok kawan-kawan buat hari lahir anak dekat sekolah. ANd pun rasa nak buat bagi dia seronok dapat raikan bersama kawan. Cikgu dah pesan awal, hari lahir jangan bagi goodies jajan..hehee..

Itu jela antara yang dibincangkan. Ada lagi lain, takkan nak cerita semua kan..hehee..Sekarang, nampaknya mommy pun kene aktif ye..hahaa..






hai assalammualaikum

Balut Buku Sekolah Tabika Anak - Hah,  bertahun jugala nad tinggalkan kerja balut-balut buku ni. Tahun 2020 ni juga kerja membalut buku kembali semula.. Hahaha. Memang dari zaman sekolah,  balut buku ni la paling tak suka. Tangan nad bukan berseni,  kalaut balut buku tu,  aduhaii memang tak kemas langsung. Lagi la pembalut dulu bukn macam sekarang,  pembalut dulu semua kena buat sendiri. Kena gunting sendiri,  kene ukur dekat buku sendiri,  bila tersalah,  tersenget rasa nak marah je.. Hahaha.. Kenangan betul.
hai assalammualaikum

Sesi Orientasi Sekolah Tadika Kemas Fariza - Lambat pulak nak kongsi cerita sesi orientasi Fariza ni. Almaklumla, kadang penat nak online..hahaa. Tapi tak kongsi rasa tak best juga kan..Kenangan dekat sini. Hari Khamis, bermulala Sesi Orientasi Fariza. Masuk pukul 9 pagi, jadi bangun 8 pagi..hahaa. Dah kejutkan dia, terus mandikan, pakai kan baju tshirt putih, tudung putih, seluar tracksuit hitam. Kasut dengan stokin siap-siap dah letak dekat luar. Fariza punya excited tu nampak dekat muka..hehee. Siap sarapan bagai pagi tu.


Dah siap semua, dalam 8.45 gerak keluar rumah. Tadika Kemas dia dekat je dengan rumah. sebelum tu semestinya tangkap gambar dulu..hehee..Ala, muka dia, dahla pipi terkeluar, pakai tudung nampak bambam pulak..kihkih.

Mommy Rasa baru mommy lahirkan awak Fariza. Sekarang dah msuk 5 tahun. Dah sekolah dah..memang masa begitu sekejap ye.

Sekarang ni mommy pulak yang gementar lebih. Yela, duk fikir macam-macam dalam kepala ni. Macam mana nanti dekat sekolah? Dapat jumpa kawan tak? Perangai sama tak macam dekat rumah? Menangis tak? fuh..

Sampai sekolah, ramai dah pelajar dan ibu bapa yang dah sampai. Nad tengok muka Fariza, cool je, steady je. Dia pulak yang teruja lebih. Fariza ni memang suka bila nampak ramai kawan. Yela, selama ni kawan dia, mommy nya je. Kalau pergi playground, dapat jumpa kawan sekejap je. Hah ni pergi sekolah, dapat jumpa kawan banyak, lama-lama, seronok la dia.




Masuk dalam kelas, duduk sebelah perempuan. Takdela nak malu berkenalan..hehee..

Muka dia pun malu-malu je. Senyap je..hehee.

Masa tu nad dah namapk ada sorang budak menangis teresak-esak. Biasalah drama macam tu mesti ada.

Lepas semua dah selesai, cikgu pun bagi penerangan tentang baju sekolah, buku harian yang perlu ditulis dan macam-macam lagi la.

Dalam pukul 10 pagi macam tu, cikgu suruh ibu bapa balik, jemput anak ke sekolah dalam pukul 11 pagi nanti. Terpaksala ibu bapa balik, sebab nanti anak-anak taknak belajar.

Lagipun cikgu dah biasa denagna nak-anak merengek ni..heheee. Jadi nak bagi biasakan dengan
sekolah, ibu bapa kene balik. Cikgu dah lama berpengalaman..

Masa nad cakap, 'mommy nak balik ni, Fariza duduk sini tau'..Siap cium, bila keluar siap lambai..Tu dia, tak menangis langsung bilamommy daddy nak pergi..hahaa. Mommy pulak yang nak nangis tau. Risau bukan main.

Waktu sebenar Fariza sekolah, pukul 7.30 pagi dah ada dekat sekolah, sebab ada sarapan. Kemudian belajar, makan lagi dalam pukul 10 pagi macam tu. Makanan berat macam nasi, mihun mee, hah macam tu la. Dekat sini ada belajar Iqra, tapi cikgu cakap dalam bulan 2 baru dibagitau.

Pukul 11 Pagi masa untuk ambil anak. mr mafia cakap, ni la pertama kali dalam hidup dia hantar dan ambil budak sekolah..hahaha..Ye wak, tak pernah-pernah sebelum, sekarang ada anak sendiri, kenala ambil dan hantar..kihkih..




Sampai sekolah dia, tengok dia dapat baju sukan sekolah. Siap pakai lagi. Masih steady, cool kau..hahaha..Tau mana dia letak kasut dia, ambil dan pakai.

Cikgu cakap, Fariza ni baik, dia la paling baik..kihkih. Ye cikgu memang Fariza anak yang baik, suka menolong tapi tu la, bila ada tak kena, menangis je..

Alhamdulillah, semuanya terkawal. Budak baik, budak tak nangis..budak cool, ni la dia Fariza. Tapi masa balik, terus cakap ' Fariza penatla '..hahhaa..baru orientasi dah penat ye sayang..alahaii kesiannya.

Balik buka semua tudung, habis berpeluh..hehe..Lepas tu bukan reti nak tidur ke apa, sambung mewarna la,main dekat rumah. Pulak tu ngadu lapar..Nasib mommy dah sempat masak.

Masa balik tu,ada cakap juga, ' Fariza belajar apa tadi '..' ada kenal dengan kawan tak '..Dia jawab 'entah je'..Tak minat nak bercerita.. mungkin penat..

Ok, nad bagi dia ada mood dulu, masa makan tanya lagi..hahaa..saja kan mak dia..Tanya benda sama. Dia jawab sikit, ' ada kawan '..' makan roti tadi, Fariza ambil sendiri'..pastu dia penat dah nak cerita..hehee..Jadi, kita pun dah tak tanya lagi..

Hari Khamis dah mula sekolah yang betul-betul. Maka bermulalah, peralihan waktu tidur. Selama ni tidur lewat. Kali ni memang kena tidurkan dia awal. Nad pun kena beralih masa juga nak buat kerja.. Selalu, lewat malam buat kerja. Budak-budka ni, kalau tak tutup lampu tak tidur la jawabnya..

PEMBAYARAN YURAN TABIKA KEMAS ANAK

in , , by Nadia Johari, 09:38:00
hai assalammualaikum

Pembayaran Yuran Tabika Kemas Anak - Ingat lagi bulan 10 kot, nad dengan suami pergi sekolah Tabika kemas yang berdekatan dengan rumah. Pergi sebab nak tanya berkenaan pengambilan pelajar baru, bila boleh daftar. Disebabkan tahun depan Fariza dah 5 tahun, memang dah kena pergi sekolah la kan. Kitaorang tak hantar 4 tahun sebab nak cari sekolah untuk budak 4 tahun dekat sini macam jauh dari rumah. Jadi, tunggu je usia dia 5 tahun. Jadi, 4 tahun tu memang dia belajar dekat rumah jela, mommy la cikgu dia..hehee. Alhamdulillah, sekarang sikit-sikit dah  kenal huruf, dah tau nama dia, dah tau nombor lebih dari 10. Senang masuk sekolah dah tau sikit-sikit. Takda la cikgu pening..huhu.

Masa pergi tanya tu, alhamdulillah, Tabika Kemas tu masih kosong dan tak ramai lagi parents yang datang dan tanya. Dapatla Fariza dekat sekolah Tabika ni. Takda dah pening dah..semua dah selesai..hehee. Terus bayar deposit sebab memang kitaorang nak sekolah tu juga..hehee..

Pertengahan bulan 12, cikgu dah mula masukkan nombor dalam group whatsup..hahaa. Sellau tengok mak-mak lain cerita pasal group whatsup. Nah sekarang nad pulak. Tapi cikgu tu buat only admin can chat . Bagus cikgu, takdela parents tanya merepek-merepek nanti..kihkihkih.

Hari Isnin, Cikgu hantar whatsup tanya berkenaan pembayaran yuran sekolah anak. Kena datang semalam untuk buat pembayaran dengan waktu sekian-sekian. Mana yang ibu bapa tak dapat datang, boleh buat pada hari lain.

Nad memang free la semalam. Memang kalau boleh nak bagi selesai semua dengan cepat. Duit pun d ada untuk yuran anak.


Masa kitaorang datang, cikgu pun terangkan apa yang termasuk dalam yuran.

Jadi ni antaranya,
- pendaftaran
- insuran kanak-kank ( incase berlaku apa-apa kat anak )..Tak sangka ada insuran segala..huhu
- yuran bulanan
- baju sukan (wajib)'
- baju uniform sekolah
- yuran aktiviti

 Tadi ada bayar yang lain sekali, macam baju hari jumaat, alat tulis, dan lain nad lupa..hahaa..Baru tau alat tulis pun semua disediakan pihak sekolah..Dulu nad sekolah semua sediakan sendiri..hahaa. Jadi, bila anak nak sekolah memang kita pun beria la belikan dan sediakan. Sekali, lol..Tapi takpela, yang nad belikan boleh guna untuk darjah 1..hah..tak yah beli dah..hahaa..

Cikgu siap cakap pasal waktu makan, dan hari datang sekolah bulan 12 nanti.

Masa datang tabika, nad pulak yang gementar. Mana taknya, duk fikri macam mana la Fariza nanti bila masuk sekolah. Ada tak kawan? Macam mana dia nak borak dengan kawan? Dapat tangkap tak apa yang cikgu ajar? Alahai macam-macamla..

Tapi Fariza ni jenis memang tak sabar nak berkawan dan nak menulis. Harap nanti semuanya ok la..huhu..Fariza ni selagi orang tu tak tegur, dia pun malu nak tegur. huhu..ok nanti kita tengok macam mana..Nervous ya..hehee
hai assalammualaikum

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Kasut Bata Back To School Murah Betul - Cuti sekolah ni,  nad ambil anak buah nad dari kampung bawa ke KL. Saje bagi dia jalan-jalan dekat KL sambil tolong jaga anak bila nad ada event.. Hehehe. Sambil menyelam minum air..Disebabkan dia tolong nad,  nad pun hadiahkan dia sepasang kasut sekolah. Jalan-jalan Tesco,  nampak kasut Bata. Nad tengok,  kasut Bata tengah ada promosi untuk kasut Bata Back to School. Murah juga harga dia. Apa lagi, nad pun suruh anak buah pilih untuk kasut sekolah dia. Baik kan dapat makcik macam ni. .Lega mak dia tak payah belikan kasut lagi..hehee

Dulu pun nad pernah sekolah, mestila tau apa yang perlu diuruskan bila nak masuk waktu sekolah ni. Bila masuk waktu sekolah, selain kelengkapan alat tulis, pakaian,  kasut pun benda penting untuk dipilih. Bab kasut la paling penting,  sebab kita nakkan keselesaan semasa pakai , berkualiti dan tahan lasak. Kalau boleh nak pakai lama, taknak la baru pakai beberapa bulan dah koyak. Rugi kan.

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Kenapa nad pilih kasut Bata? Pertama sekali sebab ada harga promosi Back To School. Kita kalau boleh nak beli barang sekolah anak, mestilah yang tengah ada diskaun kan. .Hehee.. Jimat!!!..Kalau korang tengok harga, kira murah la kan. Beli lagi banyak lagi murah, lagi jimat.  Lagi berbaloi kalau beli combo. Ye, tadi nad beli untuk dua orang anak buah nad. Satu untuk kakak dan satu untuk adik dia. Beli dua pasang,  harga bawah RM 100. Berbaloi kan!!

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Kedua,  sebab nad memang pengguna kasut bata. Kasut bata tapaknya sangat selesa dan lembut. Pakai lama pun tak sakit. Nad cakap dengan anak buah " ok tak tapak dia,  selesa tak "..Dia cakap selesa. Yela,  sekolah kan banyak jalan,  banyak aktiviti nak buat,  mestila nak kena pakai kasut yang tak menyakitkan kaki. Nak buat apa pun senang. Kasut bata ada jual macam-macam jenis kasut,  kasut wanita,  kasut lelaki,  dan kasut kanak-kanak.

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Untuk anak buah, nak masuk tingkatan 4, mestilah nak pakai kasut yang bertali taknak lekat-lekat dah. Sama macam nad dulu, nampak dah besar dan matang bila pakai kasut bertali..hahaha..poyo kan. Nad pilih kasut Bata,  sebab dia banyak design. Ada jenis pelekat,  jenis sarung terus, dan bertali.

Untuk kasut bertali ni,  rekabentuknya memang menarik. Nad pun suka tengok, rasa nak pergi sekolah balik. .Hahaha. Tengokla design dia,  dua layer warna hitam gitu. Nampak style, bergaya gitu. Pergi sekolah,  woww je rasa.. Hahaha...

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Bila tengok tapak dia, warna biru gitu. Tapak kasut rubber outsole yang dapat beri cengkaman yang lebih kuat, tidak licin dan tidak mudah jatuh.

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Yang ni untuk anak buah lagi sorang. Tunjuk gambar dekat ibu dia, ibu dia pilih yang jenis sarung terus.  Menarik kan. Senang untuk anak dia pakai.  Tinggal sarung je. Takyah kelam kabut nak pakai kasut. Kenapa tak pernah terfikir kan nak pakai kasut macam ni. Hah,  nanti naak sekolah belikan kasut jenis macam ni je.

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Walaupun anak nad belum bersekolah,  tapi nad ada ambil tau juga pasal bab kasut sekolah ni tentang pemakaian kasut sekolah warna hitam, tapi masih boleh lagi memilih pakai kasut putih sehingga 2021. Anak buah memilih untuk pakai kasut putih.

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Selama lebih dari 13 dekad, Bata telah berada di dalam dunia rekaan kasut yang terkemuka. Bata memnag kasut yang diyakini, mempunyai design yang up to date, nampak bergaya bila memakainya dengan memberi keselesaan. Dengan lebih daripada 30,000 pekerja, 5,000 kedai runcit antarabangsa, dan kehadiran di lebih daripada 70 negara, Bata diposisikan untuk memberikan pilihan, kualiti, dan perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada pelanggan di seluruh dunia.

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

KASUT SEKOLAH UNTUK HIERA,  BATA BACK TO SCHOOL MURAH BETUL

Sekarang Bata bukan sahaja ada kasut, ada juga beg dan kapur kasut. So korang yang bercadang nak membeli kasut, bag dan kelengkapan sekolah anak²-anak, boleh lah ke mana-mana cawangan Bata seluruh Malaysia..  Untuk lebih details boleh layari
Website: https://www.bata.com.my
Facebook: Bata
Instagram: Bata Malaysia


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2