hai assalammualaikum

Covid 19 Buat Anak- Anak Kecil Tak Bebas - Sejak penularan covid 19 di Malaysia, memang semua orang takut. Sebab virus ni mudah merebak kepada sesiapa pun. Dan yang paling risau ialah pada orang tua, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak, sebab mereka mudah terkena. Sebenarnya antara mereka ni, kanak-kanakla paling kesian bila covid melanda ni. Kanak-kanak terpaksa duduk rumah sahaja, dah tak bebas seperti sebelum ni.



Mula-mula PKP, semua orang kena duduk rumah, hanya satu ahli keluarga sahaja yang perlu keluar. Kemudian PKPB, boleh keluar berdua, berpasangan, boleh naik satu kereta 4 orang. Boleh pergi ke shopping mall, masuk kedai, pasaraya, kedai makan semua. Tapi tu semua untuk orang dewasa. Kanak-kanak masih tidak dibenarkan untuk buat tu semua.Sampaila PKPP ni pun kanak-kanak tidak boleh melakukan sebarang aktiviti. Bab bercuti, tak tau la kan..mungkin dah boleh bawak anak-anak tapi tak boleh bebas sangat masih dengan SOP.


Kanak-kanak yang duduk dekat kampung, yang ada halaman rumah yang besar, masih boleh lakukan aktiviti sikit juga. Lagi kalau kat kampung, keluar rumah, dapat udara sedikit. Tapi kanak-kanak yang duduk bandar, rumah flat, takde halaman besar, memang duduk jela dalam rumah, buat aktiviti yang rasa boleh.

Macam nad, memang fikir apa nak buat untuk anak-anak ni. Nasib mainan diaorang, buku dah banyak. Fariza dan Farhanah, alhamdulillah, walaupun diaorang tak merungut, tak cakap bosan atau apa, tapi sebagai mak, mestilah kita tau diaorang nak bermain dekat taman, nak keluar berjalan semua. Haritu, dapat keluar, tapi terpaksa duduk dalam kereta je, tu pun dah best bagi diaorang. Nampak riak wajah diaorang tu, cara diaorang nampak benda, dapat keluar sekejap macam tu pun dah seronok.

Fariza dan Farhanah dapat tengok phone pun hari Ahad je, hari lain takda. Mujur ada mainan, buku, boleh jadi aktiviti diaorang sepanjang PKP ni. 


Untuk PKPP ni, boleh pergi bercuti, tapi fikir keselamatan anak-anak. Kene cari yang private la kot...huhu..Dapat duduk hotel sehari pun ok. mandi tab ke..hahahaa..Budak-budak ni tak reti bercakap, tapi dari raut wajah dia tu. Kita yang buat benda sama pun bosan, apatah lagi diaorang.Tapi disebabkan covid, kita mak ayah pun kadang takut nak bawak anak keluar. Fikir banyak kali.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Saya rasa lebih baik jangan keluar dulu untuk melancong. Bahaya.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2