Articles by "covid19"
Showing posts with label covid19. Show all posts

 hai assalammualaikum

Alhamdulillah, Mak Ayah Dan Suami Selamat Cucuk Vaksin Dose Kedua - Senang hati bila orang tersayang dah selamat cucuk vaksin kedua. Dengan keadaa sekarang yang makin teruk, dengan datangnya varian baru, Delta, memang menakutkan kita semua. Sekarang, semua orang berlumba nak dapatkan vaksin. Ya,walaupun vaksin tak boleh halang virus 100%, tapi ni salah satu ikhtiar kita untuk elakkan dari terkena virus dengan lebih teruk.

Tak kisah la dapat vaksin apa pun, Astrazeneca ke, Pfizer ke, Sinovac ke,semua sama je buat masa sekarang. Tak payah nak memilih sangat untuk pilih vaksin apa. Penting kita cuba untuk elakkan dari terkena virus covid. Lagi-lagi orang tua, memang kena beri perhatian. Diaorang dari golongan mudah dijangkiti. Sebab tu cepat-cepat daftarkan mak ayah. Alhamdulillah dapat awal dan selesai dose kedua.

Macam mak ayah memang takkan dengar orang lain cakap. Yela, ayah takda telefon, mak pulak telefon 3310. Memnag takda masa nak dengar pasal antivaksin, pasal benda mengarut ni. Apa yang anaknya buat terbaik, mak ayah akan ikut. Lagipun diaorang tau covid ni memang bahaya. Mak ayah memang tak cakap banyak, terus onzz je..hehee.


Ni la mak ayah nad. Ayah dekat tempat lain, mak dekat klinik kakak. alhamdulillah, dose pertama diaorang ok, dose kedua pun diaorang ok. Takde demam ke apa. Syukur alhamdulillah.


Ni suami kita pulak, alhamdulillah lengkap dah dua dose cucuk vaksin. Ketua keluarga lagi kena berjaga-jaga, dia la keluar masuk beli barang semua. Syukur la dia dapat dose kedua juga. Suami dapat dekat klinik.

Nad esok baru dapat dose kedua. Harap takdala simptom apa-apa lepas ambik dose kedua. Harap macam dose petama juga, ok je badan ni, cuma lenguh jela. Tapi cucuk kancing gigi masa pregannt lagi sakit oo, lagi tangan tak boleh bergerak. Ni ok lagi, lenguh boleh bergerak.

Semoga covid berlalu cepat..

 hai assalammualaikum

Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku - Vaksin yang ditunggu-tunggu akhirnya kunjung tiba. Selalu nampak orang lain post diaorang dah dapat vaksin, punya bersabar kita menunggu giliran untuk mendapat vaksin. Daftar dari bulan 2, setiap hari cek Mysejahtera, tak pernah miss, nak tengok dapat ke tak vaksin, masih tak dapat-dapat. Sedih, hampa, akhir sekali, redha dan tunggu sahajala. 

Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku

Alhamdulillah, 11/7/2021 dapat massage ' sila semak butiran temujanji vaksinasi Covid-19 .......'.Nampak massage tu, terus buka Mysejahtera, punya gembira bila nampak 1st dose appointment. Terus klik confirmation untuk vaccine link biru tu. 


Nad tak buat cara yang viral sebelum ni, yang helpdesk tu, nad biar je, sebab waktu tu memang redha. Nad percaya kita semua akan dapat vaksin cuma cepat atau lambat je. Nad pun daftar bulan 2, 11/7/2021 baru dapat 1st dose appointment. Mana yang bertuah sebelum ni dapat awal, tu rezeki diaorang. Tapi kalau korang nak buat juga yang helpdesk tu, boleh je cuba.

Lokasi nad dapat di Stadium Bukit Jalil. Seronokla, jauh sikit, dekat stadium pulak tu. Lama tak berjalan jauh dari 10km..hahahaa. Dapatla jalan-jalan juga. Jalan ke?..kihkih.

Lepas tu mula datang gelisah pulak..hahaha. Patut gembira, tapi nervous ye, ada rama-rama dalam perut ni. Mana taknya, nad pergi seorang, tak tau macam mana suasana dekat sana. Lepas tu duk fikir, apa akan jadi kalau dah cucuk ye. Takut kesan yang kita dapat. Semua dah masuk dalam kepala. Takpe, insyallah tak jadi apa-apa, kita proceed je.

Nak pergi cucuk vaksin ni seeloknya pakai baju yang mudah diselak. Nad haritu pakai baju dalam jenis tshirt singlet, luar pakai cardigan. 

Sampai hari 12/7/2021, hari untuk divaksin. Waktu nad vaksin pukul 5.30 petang, nak menunggu lama pulak pukul 5.30 petang tu ye. Nad pergi awal, dalam pukul 4.10 petang nad dah book grab. Naik grab je, senang, suami tak dapat hantar,jaga anak-anak dekat rumah. Malas naik train, malas nak jalan semua. 


Naik grab terus pergi ke PPV Stadium Bukit Jalil, depan pintu masuk lagi. Kita nak semua berjalan lancar, taknak kalut ya.

Nad sampai Stadium Bukit Jalil 4.30 petang, terus boleh masuk. Tapi nak pesan, update dulu Mysejahtera siap-siap ye. Cara update Mysejahtera


- Pergi Profile, tekan refresh



- Pergi home kemudian tekan covid-19 status, isi soalan dalam tu semua dan submit
- Pergi profile semula dan tekan refresh.

Update ni bila kita refresh akan tunjuk tarikh hari tu.

Masa nad datang, tak ramai orang sangat, mungkin waktu petang. Dan waktu appointment nad pukul 5.30 petang, tapi nad boleh masuk terus walaupun waktu tu tak sama. Bagus juga. Petugas dekat situ cakap, takpe, asalkan tarikh pada waktu itu.



Setiap laluan ada banner, ada petugas dan perlu scan check in. Jangan risau..semua dah ada, memudahkan urusan kita. 


Macam nad untuk dose pertama di HCO B. Jalan tu jauh juga la, lepas tu sampai ke kaunter pendaftaran. Dekat sini akan ada petugas beri borang dan bagitau apa kene isi. Jalan lagi turun tangga baru sampai ke khemah. 


Lepas tu duduk dan isi borang yang diberi. Tak tau apa nak kene isi, jangan risau. Dekat situ ada petugas yang boleh bantu korang. Ada yang cakap borang ni boleh print siap-siap, isi dekat rumah. Mana yang ada print bolehla print.


Jangan lupa bawa pen sendiri ya. Lebih selamat, takda bersentuhan. Dah isi, tengok nombor giliran, terus pergi ke meja nombor giliran kita. Dekat situ dia mintak Kad pengenalan kita, nak cek la. Kemudian ada la tanya-tanya sikit. dan disuruh scan QR Code link yang ada dekat Mysejahtera kita.


Lepas tu pergi ke stesen konsultansi. Dekat sini, semua doktor. Jadi dekat sini, bagitau la korang ada sakit ke, makan ubat apa ke atau apa-apa nak ditanya la. Dalam borang tu pun jangan menipu. Yela, takut jadi apa-apa kan. Bila doktor dah kata semua ok, ok kita proceed ke cucuk vaksin


Hah, masa ni terus masuk, nurse yang nak cucuk dah siap sedia dah..hehe. Dekat situ, dia akan bagitau, kita cucuk vaksin apa, dia akan tunjuk vaksin tu dalam jarum, scan code semua tu la. Dekat sini boleh ambil gambar, tapi tak boleh ambil video. Ok je petugas dekat PPV ni semua, memang membantu sangat. Nad ni memang ketar la tengok jarum, tapi tengok juga la..hehhee. Alhamdulillah, masuk dah vaksin sinovac dalam badan..kihkih.


Selesai cucuk, kita kene rehat kejap, tunggu giliran untuk petugas lain cek pulak. Masa rehat ni pun nak tengok korang ok ke tak lepas vaksin. Kalau semua ok, boleh la balik terus. Kalau tak, akan ada doktor bantu.

Semua berlaku dengan cepat, takda lambat. Nad sampai 4.30 petang, habis dalam jam 5 petang. Dalam setengah jam macam tu. 



Dah selesai semua, keluar dan ambil gambar. Ni pun mintak tolong orang yang ambil vaksin juga ambilkan gambar...ehhee. Lepas tu siap-siap sanitize ye telefon semua. Yela, seeloknya tak perlu strangers pegang phone kita, tapi kalau nak, lepas ambil gambar terus sanitize.

Alhamdulillah, selesai dose sinovac vaksin pertama nad. Setakat ni takde kesan effect apa-apa. Semuanya ok.

Lepas ni tunggu dose kedua, pada 2/8/2021 dekat tempat yang sama juga. 
 hai assalammualaikum
 
McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara - Saban hari, kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan penularan covid ni. 
 
Setiap hari, ada sahaja yang perkongsian video mereka yang dijangkiti covid ni, sedih memang sedih terutama kepada frontliner kita yang bertungkus-lumus berupaya merawat dan menyembuhkan pesakit covid ni.

Paling penat sekali mestilah frontliner perubatan yang bertugas, dengan tak cukup rehat,waktu makan tak menentu, perlu berpakaian PPE yang lengkap. Kita tau pakai PPE tu bukan selesa dipakai, tapi disebabkan tanggungjawab demi merawat pesakit covid, mereka tetap melakukan kerja dengan ikhlas dan tulus tanpa erti penat. Kita semua tau, waktu sekarang barisan petugas hadapan kita di hospital sangatla kritikal.
 

McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

Taktkala, kita diperintahkan untuk duduk di rumah, McDonald's Malaysia masih menjalankan Program Komuniti mereka di seluruh Malaysia. Memikirkan frontliner yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesihatan rakyat Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung penularan wabak covid dan merawat pesakit, rangkaian perkhidmatan makanan, McDonald's Malaysia menaja makanan ke lebih daripada 70 hospital di seluruh negara.
 
Penghantaran makanan akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19 akan menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan.
 
#KitaBoleh

Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.

Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga sesama kita, mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini. 

#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan, keberanian para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak covid ini.

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama pandemik ini.” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang membuatkan keadaan sekarang terkawal adalah disebabkan ketekunan berterusan para barisan hadapan kita, yang bekerja seharian menjadikan kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

"Satu tepukan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan bahawa barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka," kata Azmir.


Penajaan makanan ni dilakukan selama sebulan bermula 24 Mei sehingga 30 Jun, dan dihantar sekali seminggu. Alhamdulillah, dengan bantuan seperti ini sedikit sebanyak memberi frontliner hilang sedikit rasa penat itu dan terus bersemangat merawat pesakit covid. Hebatnya frontliner dalam mengharungi saat-saat sukar seperti sekarang. 

Ketika petugas - petugas Covid 19 ini bertungkus lumus, mereka sangat memerlukan kita sebagai penguat semangat mereka. Semoga kita sama-sama bersatu membendung penularan covid ini.

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.

 hai assalammualaikum
 
Alhamdulillah, Ayah Dah Cucuk Vaksin Pertama - Sejak kes makin meningkat, kebanyakannya dah tau covid 19 ni bukan main-main. Virus ni ada di mana-mana sahaja tanpa kita nampak. Kecuali mereka yang antivaksin ni, tak percaya dan mereka anggap benda ni tipu. Malas nak berbicara tentang antivaksin, kita yang takut dengan virus ni, cepat-cepat nak dapatkan vaksin yang diberi sekarang.
 
Haritu, masa bukanya daftar untuk vaksin Astrazeneca, ramai yang nak isi, tapi website pulak problem. Masa nad buat pun mula-mula tak boleh isi Lokasi, bila dah boleh tengok-tengok dah penuh tarikh yang diberi. Sedih sangat, bukan rezeki nak dapat. Ada yang dapat, tu rezeki diaorang kan. Jadi, kerajaan perlu cari penyelesaian supaya semua orang dapat vaksin ni, sekurangnya, dapatla kurangkan kena virus ni,
 
Dalam keluarga nad, setakat ni yang dah terima suntikan, kakak nad nombor 3 dengan ayah nad. Alhamdulillah, ayah dapat cucuk vaksin dengan cepat. Haritu kakak nombor 3 ni la isi ayah dengan mak dekat dependent Mysejahtera dia. Baru isi, dan haritu dia cakap ayah dah ada tempat cucuk pada 5 June 2021. Syukur, cepat ayah dapat vaksin. Lagipun ayah ada penyakit darah tinggi dan asma.

Alhamdulillah, Ayah Dah Cucuk Vaksin Pertama

Masa kakak bagitau tu, ayah memang nak cucuk vaksin. Suka kitaorang sebab tak perlu la macam mak ayah orang lain yang susah nak pergi cucuk vaksin. Yela, banyak cerita tak elok yang disebarkan dekat whatsup semua. Orang tua kan cepat percaya. Tapi ayah nad memnag takda telefon, dan dia setuju terus nak cucuk vaksin. Sekarang risau dekat mak je tak dapat lagi ni.


 
Masa kakak bawak ayah pergi cucuk vaksin, dia cakap ramai betul tempat tu. Lokasi ayah di Dewan Kelab Kilat Pangsapuri TNB Kapar Klang, pukul 11.20 pagi. Tengok kakak hantar gambar tu ramai betul orang tua menuggu giliran untuk di cucuk.
 
Siapa yang buat dependent ayah mak dekat Mysejahtera dia kena bawak maka ayah tu, sebab kena scan Mysejahtera. Pastu adala isi borang.




Ni semua gambar dari kakak. Cepat juga proses nak cucuk ni. Kakak tak dapat masuk sekali masa kena cucuk.
 

Bilik putih tu la tempat cucuk, kakak tunggu luar.
 
Tak dapat bergambar tempat banner "Saya Telah DiVaksinasi", sebab kaka cakap ramai betul ornag..hahaa. Paham perangai ayah tak suka menunggu..hahaha. Baru nak buat kenangan..gitu..Takpela, yang penting adala gambar sikit tu, dan ayah dah selamat dapat vaksin pertama. Lepa ni vaksin kedua pulak.
 
Bila la turn nad dengan suami pulak. Hari-hari cek Mysejahtera..huhu..
hai assalammualaikum
 
Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko Covid-19 - Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan. 
 

Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko Covid-19

Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang vaksin Pfizer sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Dr. Premitha masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka.

“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit,” katanya. “Secara umumnya, seorang ibu hamil digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan Tdap untuk melindungi dirinya daripada influenza, kancing gigi, difteria dan batuk kokol (whooping cough)”. Batuk kokol adalah sejenis penyakit mudah berjangkit yang boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan bayi baharu lahir. 
 
 
Menurut Dr. Premitha, vaksin batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertussis itu lazimnya diberikan kepada bayi selepas 3 bulan kelahiran. Oleh itu, si ibu perlu diberikan vaksin Tdap untuk memastikan antibodi yang dibina dalam badan boleh disalurkan kepada bayi untuk memberikan perlindungan jangka pendek sementara menantikan vaksinasi tersebut.

“Sebenarnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit. Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin COVID-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr. Premitha. 
 

“Dalam kes positif COVID-19 yang melibatkan ibu hamil, kategori klinikal penyakit tersebut boleh bertambah serius dalam masa singkat berbanding individu lain. Sekiranya mereka yang tidak hamil masih boleh dikuarantinkan di rumah bagi Kategori 1 atau 2, keadaan ibu hamil boleh melarat dengan cepat kerana rahim ibu yang mengembang mengikut tempoh kehamilannya khususnya selepas memasuki bulan ke-4 memberi impak terhadap paru-paru si ibu. 
 
Sebab itu, ibu hamil yang disahkan positif sering kali ditahan di hospital untuk perhatian lanjut sehingga betul-betul sembuh”.

“Sebagai Perunding Perbidanan & Sakit Puan, antara tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua ibu menikmati pengalaman kehamilan yang mudah dan menggembirakan. Namun, sejak pandemik ini melanda, kami perlu bekerja lebih keras supaya ibu-ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat,” tambahnya. 

 
Bercerita tentang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang merisaukan, Dr. Premitha meyakinkan golongan ibu hamil bahawa kesan selepas vaksinasi seperti rasa lenguh, pening kepala, mual dan demam boleh dirawat dan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa terdekat. 
 
Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat paracetamol untuk ibu hamil menangani kesan sampingan tersebut. “Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas,” katanya. “Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?”

“Terbaharu, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90% kakitangan kesihatan seluruh negara. Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor anda tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin COVID-19,” jelas Dr. Premitha. 
 
“Malah, kakitangan kesihatan yang hamil juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Sehingga kini, mereka juga tidak mengalami apa-apa isu berkaitan COVID-19 sepanjang kehamilan mereka. Para ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh sebaran di Media Sosial kerana setiap kehamilan adalah unik. Sebab itu ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor tentang menghadapi kehamilan sepanjang tempoh pandemik”. 

Antara lain, Dr. Premitha menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil. Para suami perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka. 

Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting. “Walaupun kakitangan kesihatan boleh menawarkan suasana yang selamat untuk ibu dan bayi di hospital, cabaran sebenar adalah apabila si ibu dan bayi pulang ke rumah,” kata Dr. Premitha. “Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda. Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19”. 
 
 
Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan dalam negara setiap hari, Dr. Premitha berharap ibu hamil dan menyusukan akan terus mengikut SOP yang digariskan dan memilih untuk divaksinkan.
 hai assalammualaikum
 
Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid-19?- Korang dah cek belum dekat mysejahtera untuk vaksin ni? Dah daftar belum untuk vaksin diri sendiri ni? Aku sudah!! Daftar dekat Mysejahtera. Tapi vaksin ni ikut peringkat-peringkat. Kita daftar je dulu, insyallah, sampai la ke kita nanti untuk vaksin ni.



Korang masuk je ke dalam Mysejahtera, ada perkataan Vaccination, tengok seperti dalam gambar. Pastu tekan dekat nama korang dan verified. 







Keluar gambar ni, kemudian tekan click here adalah beberapa soalan yang ditujukan. Tanda je ikut soalan tu ye.

Lepas tu submit dan selesai. Tunggu jela akan dibagitau nanti bila akan divaksin. Buat masa sekarang sentiasa ikut SOP untuk elakkan daripada terkena virus ni.

Haritu ditunjukkan Perdana Menteri adalah orang pertama yang disuntik vaksin ni. Macam mana ia terbukti, sejauh mana ia boleh tahan, kita tengok dan lihat sahajala. Yang penting, kita ambil langkah berjaga-jaga. 

Suntikan vaksin ni pun, ada golongan yang tak boleh ambil,tapi apa-apa pun mestilah doktor yang menyuntik tu akan tanya.

Yang anti-vaksin tu lantakla deme, malas nak layan benda merepek diaorang sudah. 

Apabila setiap individu mengambil vaksin, maka mereka akan dapat melindungi orang di sekeliling daripada sebarang jangkitan yang mungkin dibawa. Bayangkan jika majoriti rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin, kita dapat membina rangkaian perlindungan yang juga dapat melindungi kumpulan yang tidak layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dan perempuan mengandung.

Melindungi orang yang tersayang bermula dengan anda menerusi vaksinasi. Apabila sekurang-kurangnya 70% populasi telah divaksinasi, kita akan dilindungi secara keseluruhan.

Seperti yang disebut, tidak ada antara kita yang selamat, sehingga semuanya selamat. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. Oleh itu, ambillah vaksin - Lindungi Diri, Lindungi Semua.

hai assalammualaikum
 
Panduan Cara Memohon i-Sinar KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP. KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas. Harini dah pun boleh memohon i-Sinar KWSP. Siapa yang layak cepat-cepatla mohon.


Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.
 
 
Syarat-syarat ini terbahagi kepada dua kategori.
 
Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan 
- Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.




Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
 
Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:       
** Masih aktif
** Milik anda
** Bukan akaun bersama
 

Panduan Cara Memohon i-Sinar KSWP

Ok ni nad nak kongsi cara memohon i-Sinar KWSP
 
 

 
- Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab
- Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.

 
- Tetapkan amaun pilihan.Semasa tetapkan amaun ni, korang kene tarik bulat tu ke maksimum amaun yang korang nak keluarkan.
 

 
- Tetapkan Bayaran BULAN PERTAM. pembayaran maksimum ialah RM5000 jika had pengeleuaran ialah Rm10,000. Jadi tarik button bulat sehingga RM5000.
- Tekan TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
 

 
- Permohonan anda diterima dan akan di proses.
 
Ok selamat memohon. 

 hai assalammualaikum

PKPB Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya Bermula 14 Oktober - Baru update berkenaan PKPB di Klang, tiba-tiba harini dapat tau, PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober. Adeh!! Nampak tak, baru sahaja kita nak rasa nikmat bebas, walaupun tak sepenuhnya bebas, tapi bolehla bergerak ke sana sini tapi ditarik semula. Penat kita sebagai rakyat patuh SOP ni semua. Jangan pentingkan diri sendiri pada yang bersalah tu. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni bermula dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober. Walaupun dua minggu sahaja, tapi beri kesan mendalam juga ya.



Makin hari,kes makin meningkat. Sebelum ni angka dah hampir sifar, kemudian kes di Sabah, makin lama makin meningkat dan merebak di seluruh negeri. Boleh dikatakan setiap negeri ada kes covid ni dah. 
 
Sebanyak 98 kes sedang dirawat di ICU dan 29 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Hari ini mencatatkan 563 kes baru dengan Sabah antara yang tertinggi seterusnya Pulau Pinang dan Selangor.
 
109 kes sembuh dan discaj dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 11,022. Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini. Kes ke 158 adalah warganegara dan berusia 85 tahun manakala kes ke 159 pula adalah bukan warganegara berusia 48 tahun.
 
Mungkin ada yang lupa, apa pantang larang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni. Ni nad kongsikan sedikit.
 


 

Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa PKPB

Jadi, kita duduk rumah jela, tengah fikir nak buat apa ni..huhu.

Paling sedih, ada yang perniagaan baru nak up, sekali kena PKPB semula, jiwa down terus. Kesiannya diaorang ni. Bukan semua orang senang ye.

Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan kita semua.