Terbaru BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17.

hai assalammualaikum

Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister - Semua suka minum air teh BOH kan. Rasa dia dari dulu sama je, aroma dia yang memikat, buat orang tak boleh lupa dan selalu minum air teh BOH ni dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Memang banyak rupa teh BOH ni sekarang, boleh klik SINI. Terbaru BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17. 

Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister

Memang nampak menarik kan tin air ni. Dahla warna biru, nampak eksklusif. Bentuknya yang bulat seperti  " buruj angkasa " menghidupkan tema Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 tahun ini iaitu Antara Satu Sama Lain (Together with One Another), yang melaungkan betapa pentingnya hubungan dan kolaborasi dalam memacu industri seni ke tahap yang lebih gemilang.

Ia juga dapat dilihat bagaimana ikatan yang erat serta sokongan padu sesama para penghibur, kru produksi, penerbit dan semua rakan dalam industri yang mengangkat martabat seni dan menggalakkan perjuangan kreatif di medan ini. Tema ini memang sesuai, lebih-lebih lagi dengan cabaran semasa yang melanda industri seni persembahan akibat pandemik Covid-19.


Bukan sahaja di arena seni, malah konsep ni menekankan bahaya rakyat memerlukan antara satu sama lain, bersatu padu dalam  memerangi wabak pandemik yang telah melanda Malaysia dan seluruh dunia.

Simbol bentuk ni pun ada maknannya tersendiri, ibarat simbol jalinan persahabatan yang memberi sinar kepada setiap insan, umpama bintang menerangi langit malam. Ia juga mengingatkan kita tentang ketenangan yang dirasai dalam menikmati secawan teh yang enak; ada kalanya melambangkan bermulanya persahabatan yang baharu, dan pada masa yang lain ia menghangatkan jiwa dan membawa kita melayari keindahan malam. Wah gitu..hehehe..

Tengok tin BOH Cameronian Gold Blend ni macam kau menang awards pulak kan..ehhee. Nad dah ada macam-macam tin BOH ni, ni pun rasa nak gran ni..hehe..

Dalam tin ni mengandungi 15 Uncang Teh Piramid yang mudah terbiodegradasi. Harga RM 15.00, boleh didapati di Kedai Online BOH, www.bohtea.com, dan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir, ia juga boleh didapati di Pusat Teh Sungei Palas BOH di Cameron Highlands.


BOH Cameronian Gold Blend merupakan teh ‘signature’ BOH yang diadun dari pucuk lembut Jat Manipuri dan Rajghur, ditanam di Ladang Teh Boh di Cameron Highlands untuk menghasilkan  secawan teh BOH yang kaya dengan rasa, beraroma lagi menyegarkan.

Selain mendapatkan kanister edisi terhad ini, saban tahun, pencinta tegar teh juga dapat menikmati Uncang Teh Piramid BOH Cameronian Gold Blend eksklusif yang disajikan oleh BOH bagi meraikan Anugerah Seni Cameronian BOH.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Seni BOH Cameronian, layari www.kakiseni.org/awards manakala maklumat lanjut tentang Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend pula boleh didapati di www.bohtea.com.

Tentang Anugerah Seni BOH Cameronian
Sejak tahun 2002, Anugerah Seni BOH Cameronian meraikan seni persembahan terbaik dari tahun sebelumnya. Diasaskan oleh Kakiseni, laman web online Malaysia yang ditujukan khas terhadap seni, ia merupakan satu-satunya anugerah di Malaysia yang mengadili persembahan muzik, tarian, teater dan teater muzikal yang disajikan secara langsung atau “live”. Anugerah Seni BOH Cameronian didedikasikan untuk menaikkan martabat seni persembahan di Malaysia di samping mengiktiraf sumbangan artis berlainan genre dalam seni persembahan.

Tentang Kakiseni
Di Kakiseni, kami percaya bahawa perlunya lebih banyak seni persembahan tanah air yang dibawa ke tengah agar lebih ramai khalayak dapat turut serta untuk menyumbangkan idea dan perspektif mereka dalam sesi ‘dialog’ yang sama, sekaligus menjanjikan sebuah pengalaman yang lebih bermakna. Sejak tahun 2001, Kakiseni dikemudikan oleh para professional kreatif yang tekad untuk menjadikan ianya sebuah realiti. Ia menjadi tanggungjawab kami untuk mengembangkan lagi seni persembahan di Malaysia dan menyebarkannya ke serata dunia. Oleh itu, kami terlibat dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan meramaikan sokongan dan menaikkan penghargaan terhadap seni persembahan, mempertingkatkan kemahiran anak seni dan kualiti persembahan mereka, serta memperjuangkan seni kepada badan kerajaan dan perniagaan di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. Dah ada yang baru? Nampak gaya ada tambahan baru la koleksi Rawlins. Nak gak mencari nie kelak.

    ReplyDelete
  2. wow produk baru. packaging pun lawa dan nampak premium. kalau jenama boh, memang confirm sedap la

    ReplyDelete
  3. cantik dan nampak eksklusif lah..

    ReplyDelete
  4. Wow looks really premium and classy. :)

    ReplyDelete
  5. sekarang ramai yang suka simpan tepung gula garam dalam bekas yang comel, tapi beli teh boh dah terus boleh simpan dalam bekas comel sangat ni

    ReplyDelete
  6. Waaaa baru ek, elegant gilerr tin dia, nampak mewah! .. belum jumpa lagi ni, nanti nk hunting!

    ReplyDelete
  7. Wah cantik nyer tin tu.. My sister will like it.. She loves tea so much

    ReplyDelete
  8. nampak elegant la tin nya. cantik

    ReplyDelete
  9. Belum lagi cuba pek Boh yg baharu ini walaupun memang suka minum teh boh yang original.

    ReplyDelete
  10. Seriously tin dia mmg nampak eksklusif betul ya. Nampak mewah dan mahal. Teringin rasa teh nie. Nak carilah nanti

    ReplyDelete
  11. cantik bekasnya, ekslusif, terus rasa mewah. nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  12. Cantik canister ni.. x jemu mata memandang hahaha... boleh buat deko2 suka tgk

    ReplyDelete
  13. Lawa kan Nad tin dia...akak kenan sangat

    ReplyDelete
  14. cantik sangat kanister limited edition Boh ni! Nampak stylish and trendy. Memang kena la dengan tema anugerah seni tu

    ReplyDelete
  15. Cantik. Suka packaging dia.

    ReplyDelete
  16. pergh memang lawa betul limited edition boh cameronian gold ni. Rasa kena ada satu simpan buat koleksi

    ReplyDelete
  17. Cantiknya packging dia rasa macam nak beli je. Packaging je pun dah nampak lawa dan eksklusif. Rasanya sudah pasti sedap sebab Boh

    ReplyDelete
  18. Cantiknye. Boleh buat koleksi ni

    ReplyDelete