Produk Absolute Natural Beauty 1618, yang berasaskan bahan mineral dan semula jadi dengan minyak Rosehip 100%. Terus nad rasa nak cuba. Nad memang sangat suka mencuba sesuatu produk, kebanyakn yang bahan semulajadi ni memang sesuai dengan muka nad. Sebab tu tak takut nak cuba

hai assalammualaikum

Primer serum Dan Foundation Absolute 1618, Mesra Wudhu, Diformulasi Dengan Rosehip Oil - Lama kan tak kongsi pasal serum dan foundation ni semua. Selalu kongsi pasal makanan dan hiasan rumah je..hehe. Jangan fikir duduk rumah tak boleh nak cantik, masa duduk rumah la kene jaga muka selalu. Pemakaian primer serum sangat penting untuk merawat dan menyihatkan wajah. Foundation pula dipakai bagi menampakkan wajah nampak lebih cantik bila kita bermakeup. Kedua-dua ni penting dipakai bila kita nak makeup.


Primer serum Dan Foundation Absolute 1618, Mesra Wudhu, Diformulasi Dengan Rosehip Oil

Memang banyak produk yang ada di pasaran, tapi memang susah nak cari produk yang mesra wudhu dan menggunakan bahan semulajadi. Nad diperkenalkan dengan kawan satu produk ni. Produk Absolute Natural Beauty 1618, yang berasaskan bahan mineral dan semula jadi dengan minyak Rosehip 100%. Terus nad rasa nak cuba. Nad memang sangat suka mencuba sesuatu produk, kebanyakn yang bahan semulajadi ni memang sesuai dengan muka nad. Sebab tu tak takut nak cuba.

Produk Absolute Natural Beauty 1618 ada dua iaitu
- Absolute Primer Serum
- Absolute Superlight Mineral Foundation


Tengok pada botolnya, macam eksklusif kan. Nampak je macam kaca dan mudah pecah, tapi tak pun. Memang botol dia lutsinar dan sangat ringan. Kedua-dua produk ni merupakan keluaran bumiputera. Alhamdulillah, sekarang kebanyakan produk bumiputera sanagt bagus. Tapi sebelum nak beli memang kena selidik dulu supaya kita tak tersalah pilih barang.

Produk ini telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Regulation 18 A (2), Pengarah Khidmat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami mengikuti Garis Panduan Kawalan Dadah Dan Kosmetik (NPRA) Di Malaysia.
Notifikasi NOT KKM
1. Absolute Rose Couture Serun (NOT1 90504 247K)
2. Absolute Rose Couture Foundation (NOT1 90504 224K)



Istimewanya mengenai produk jenama Absolute Natural Beauty, produk ini menawarkan produk kecantikan yang bebas toksik, bukan komedogenik, diformulasikan dengan 100% minyak Rosehip tulen dan vitamin semula jadi untuk memberi manfaat maksimum kepada kulit.

Produk jenama Absolute juga mesra vegan, mesra wudhu dan tak merosakkan muka. Suka bila produk Absoulte 1618 ni mudah dibasuh dan mesra wudhu. Takdela kita rasa was-was bila ambil air wudhu tu kan.

Untuk pengetahuan korang, jenama kosmetik Absolute 1618 ini diilhamkan oleh 2 sepupu, Mior Ghazi dan Sharifah Jasmine apabila kedua-dua ibu serta ibu saudara mereka sering membeli kosmetik organik dan sering membuat “DIY” (petua daripada nenek) serum, mist, sabun  menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Mereka mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan konsumer kosmetik yang berkualiti, tanpa bahan toksik yang berbahaya kepada kulit, harga berpatutan dan menggunakan bahan semulajadi berkualiti.

Mereka berhasrat untuk membuat produk perawatan kulit dan solekan yang bebas dari bahan kimia atau bahan toksik yang biasanya terdapat pada kebanyakan produk sabun, talc, krim dan produk penjagaan kulit lain yang secara tidak sengaja menyumbang kepada barah. Mereka komited sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan kualiti produk dan mempunyai produk lain dalam perancangan.


Nama "ABSOLUTE NATURAL BEAUTY - 1618" diilhamkan daripada dua elemen;
(i)  bahawa produk jenama Absolute menggunakan bahan-bahan semula jadi; dan
(ii)1618 adalah nisbah emas ("Golden Ratio") di mana semua formula, ramuan dipilih dengan sempurna dan diformulasikan dengan teliti untuk menghasilkan produk terbaik.

Mereka percaya bahawa kecantikan semestinya bermaksud kualiti iaitu menggunakan bahan-bahan yang terbaik untuk kulit yang bersih dan sihat. Mereka juga komited untuk menggunakan metodologi yang ketat untuk menentukan produk jenama Absolute bebas toksik.

Kedua-dua produk ni diformulasi dengan minyak Rosehip. Nad pasti ramai tau kebaikan minyak Rosehip kepada kulit, ianya dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus, melembapkan kulit secara mendalam. Minyak Rosehip juga penuh dengan vitamin dan antioksidan yang membantu meratakan warna kulit secara keseluruhan. Produk kecantikan mutlak mengandungi Mica Gold, mineral semula jadi yang digunakan untuk membantu meningkatkan cahaya kulit anda dan memberikan cahaya semula jadi. Bermanfaat untuk semua jenis kulit.

Kebaikan minyak biji Rosehip
• Anti penuaan
• Antioksidan tinggi
• Anti-radang
• Menghidrat kulit
• Mengurangkan parut

Sekarang nad nak cerita tentang produk yang nad dah cuba ni sendiri.



Absolute Primer Serum

Dalam skincare, toner, essence,moisturizer semua penting. Tapi dalam banyak-banyak ni, yang nad tak pernah tinggal pakai ialah serum. Bagi nad, serum ni elok dipakai setiap hari, sebab ia meresap terus ke dalam kulit dan membantu muka sentiasa sihat dan cantik. Bila nak pakai makeup, serum pun nad akan pakai dahulu sebelum apply foundation, sebab dia makeup tahan lama.

Bau dia sangatla wangi. Ada serbuk emas dekat serum ni. Syok pakai, sebab dia tak melekit dan meresap terus ke dalam kulit. Lepas pakai, rasa lembap, lembut je muka ni. Pakai setiap hari, siang dan malam.


Absolute Primer Serum mengandungi bahan aktif termasuk 100% minyak Rosehip tulen, stem cells dan Vitamin E yang membantu meningkatkan seri wajah anda dan menyihatkan kulit.

Serum ini mempunyai antioksidan yang tinggi serta SPF30 bagi melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan kesan sinar UV. Bagusnya, kalau korang yang jenis kulit berminyak, elok pakai serum ni, sebab serum ni mengawal kulit yang berminyak dengan baik.

Absolute Primer Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit.

Sebelum makeup, pakai Absolute Primer serum ni untuk makeup tahan lama, nampak cantik dan tak bercapuk.

Cara menggunakannya
Sapukan serum Absolute Primer secara merata ke seluruh wajah yang bersih, sebelum atau selepas pelembap dan sebelum menggunakan foundation atau mekap.


Absolute Foundation Mineral Superlight

Macam nad, masalah nad hadapi kalau nak cari foundation bila ada banyak kod warna ni. Walaupun dah sapu dekat tangan atau muka pun kadang masih tak boleh bezakan..hahaa. Tapi dengan Absolute Superlight Mineral Foundation, takyah pening, sebab foundation dia sesuai untuk semua jenis warna kulit. Uniknya ia berfungsi menyesuaikan foundation dengan tona kulit warna kita.

Nad guna foundation ni, memang kena dengan tona kulit. Takda nampak cerah atau gelap ye. Foundation ni sangat ringan, mempunyai SPF60, diformulasikan dengan perlindungan UV spektrum luas, dapat meningkatkan kelembapan semula jadi kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, muda dan berseri. Foundation Absolute berasaskan mineral dan mampu membantu merawat dan memperbaharui sel kulit. Boleh disapu dengan menggunakan berus, sponge atau jari. Masa blend dekat muka elok je, sekata dan kemas je. Nak kat ia menutup semua cela takda la juga.


Pertama kali nad nampak foundation ada serbuk emas. Nampak tak dalam gambar tu. Unik sangat foundation ni.

Absolute Superlight Mineral Foundation mengandungi bahan aktif termasuk 100% Rosehip Oil tulen, titanium dioksida, isononyl isononanoate dengan kilauan semula jadi dari mineral mosovite mica.

Produk kecantikan Absolute penuh dengan nutrien untuk kulit, membolehkan kulit bernafas, merawat dan menyihatkan kulit wajah. Pada masa yang sama, ia boleh dicuci dengan mudah - mesra wudhu.


Kalau korang nak tau, produk Absolute Natural Beauty 1618 ni telah disenaraikan di Halalstreet.Co.Uk untuk pasaran UK di bawah program e-perdagangan Matrade. Fuh, bukan biasa-biasa produk ni, kagum nad sebab produk tempatan tersenarai dalam tu.



Kalau ada yang nak menjadi ejen untuk produk ni pun boleh, sebab diaorang nak merekrut lebih banyak ejen di seluruh negara dan berhasrat untuk menembusi Pasar Asia melalui Pameran Halal (Brunei & Duha).


Memang best pakai primer serum dan foundation Absolute 1618. Rasa lembut, lembap, kesan glowing pada muka. Sekarang diaorang ada buat promosi Ramadhan, di mana harga untuk sebotol 30ml hanya RM65 ( harga asal RM79.90 ). Beli combo lagi jimat, iaitu RM 110. Grab la sekarang.

Bagi yang berminat dengan produk Absolute Natural beauty 1618 ni korang boleh dapatkan di Lazada atau layari
Website: https://www.absolute1618.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Absolute
Instagram : https://www.instagram.com/absolutenaturalbeauty
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. Combo tu berbaloi gak harganya .. ade rezeki nak try jugak !

    ReplyDelete
  2. macam-macam produk kecantikan sekarang.
    tinggal sedia duit aje. hehe

    ReplyDelete
  3. The combo looks quite good and value for money for sure. :)

    ReplyDelete
  4. Untungnya yang dapar review produk sebegini. Packaging dia memang nampak classy dan chic. Ditambah fungsinya memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Berbaloi.

    ReplyDelete
  5. First time dengar nama produk ni. Nampak bagus produk ni. Siap pakej mesra wuduk dan lulus kkm lagi.boleh lah rekemen kat kawan2 nanti

    ReplyDelete
  6. Primer memang sangat penting kalau pakai mekap

    ReplyDelete
  7. rosehip oil ni memang bagus sebab makan supplement dari bahan yang sama. Tak hairan lah kalau serum ni pun bagus untuk kecantikan

    ReplyDelete
  8. Wow ada rosehip oil lah. Bahan yang bagus dalam produk kecantikan.

    ReplyDelete
  9. Minyak rosehip tu best, memang elok pakai, teringin la nak cuba!

    ReplyDelete
  10. tengok packaging ingtkan harga mencecah 100++! berbaloi lagi kalau beli combo kan

    ReplyDelete
  11. Bagusnya mesra wudhuk, so kalau nak solat takde laa nak mengelap banyak nau kann muka tu...suka laaaa, nanti nak gak lee try ...

    ReplyDelete
  12. nama pun menarik dh ..absolute gituu

    ReplyDelete
  13. Wow ada combo. Memang fav skincare product saya serum. Tapi kena cari serum yang sesuai jugak dengan kulit. Absolute ni salah satunya mungkin

    ReplyDelete
  14. Wah nampak macam menarik.

    ReplyDelete
  15. Nampak menarik produk ni. kalau saya share dengan kakak saya mesti dia nak cuba.

    ReplyDelete
  16. menarik ni teur meresap ke kulit tak melekit..kalau melekit rasa tak selesa kan..boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  17. Biasa serum n primer lain2 tapi ni digabung sekali. Memang jimat. Mula2 pelik jgk ada nombor biasa kedai cina je pakai nombor ni hehe.

    ReplyDelete
  18. Makin cantik la cik nad lpas pakai absolute ni. Absolutely beautiful gittew. Haha all the best.

    ReplyDelete
  19. Sis pun dah gunakan produk ni..memang best. Dua2 sis suka sb tu lps guna serum sis akan pakai foundation dia. Nampak glowing je muka

    ReplyDelete
  20. mudahla kalau ada produk yang mesra wudhu macam ni. tak perlu nak susah payah cuci muka teruk2 untuk solat masa kat luar kan.

    ReplyDelete