akhirnya rezeki nad dapat rasa king crab ni. Allahuakbar, gembira tak terkata bila nampak king crab ni. King crab ni nad dapatkan dekat supreme frozen website, www.supremefrozen.store.

hai assalammualaikum

Cara Aku Masak Alaskan King Crab - Selalu tengok orang makan king crab je dekat youtube. Memang nad akan tonton semua yang makan king crab tu sampai terliur tekak ni..hahaha. Dalam hati bila la rezeki aku nak makan ni. Tengok sedap betul, dengan isinya yang banyak tu. Pernah nampak dekat Village Grocer tak silap, king crab , tak ingat saiz berapa, harga dia dalam RM2xx lebih you alls. Tergamam kejap tengok harga..hehee. Masa tu sabar jela.


 Cara Aku Masak Alaskan King Crab

Orang cakap bersabar tu ada hikmahnya, akhirnya rezeki nad dapat rasa king crab ni. Allahuakbar, gembira tak terkata bila nampak king crab ni. King crab ni nad dapatkan dekat supreme frozen website, www.supremefrozen.store. Ni adalah Alaskan King Crab, harga dia RM95, berat dalam 800-1kg. Sedang je, tapi bagi nad ni pun dah besar dan bersyukur akhirnya dapat rasa. hehee.


So, macam mana nad masak king crab ni?

Nad, buat stim je, taknak buat berkuah, sebab nanti nak gunting satu-satu kulit dia, comot pulak. Makan king crab ni kene pakai gunting, sebab kulit dia berduri. Nad buat kuah dia asing, sedapla kan, sambil cicah sos.


Ok ni caranya. Nad ada buat video, korang boleh tengok.

Bahan untuk stim
- Alaskan King Crab
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- Daun limau purut


Cara membuatnya
- Masukkan ketam ke dalam bekas stim, dan masukkan sekali bahan-bahan lain.
- Kemudian tutup dan biarkan selama 5-7 minit.
- Janagan lama sangat takut isi kecut.


Sambil tunggu ketam masak, nad buat sos dia pulak

Bahan untuk sos pertama
- 1 cili merah besar
- 7 cili padi
- 4 ulas bawang putih
- daun ketumbar dan akar ketumbar
- Garam
- Gula
- Jus limau nipis
- 4 sudu sos ikan


Cara membuatnya
- Tumbuk cili merah, cili padi, bawang dan daun dan akar ketumbar sehingga lumat.
- Kemudian masukkan garam dan gula
- Kemudian perah jus limau. Nad guna 5 biji limau nipis.
- Akhir sekali nad bubuh 3 sudu sos ikan
- Gaul semua supaya sebati.
- Siap.

Bahan untuk sos kedua
- Butter
- Cili padi
- Daun kari
- Susu cair
- Garam
- Cheese cheddar

Cara membuatnya
- Cairkan butter,kemudian masukkan cili padi, daun kari dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan susu cair dan garam, kemudian gaul lagi.
- Last sekali masukkan cheese cheddar dan kacau sebati.
- Siap


Hah, macam ni la nad buat, dengan dua sos lagi. Puas hati nad buat stim, sebab masa gunting kulitnya jadi lembut.



Walaupun berat 800g-1kg, tapi isinya banyak juga. Puaslah kami anak beranak makan. Ok korang, boleh cuba juga makan king crab. selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. King Crab ni memang sesuai makan cicah-cicah gini. Kalau tengok mukbang orang Korea dan China, mereka buat sos pedas manis. Macam sos nasi Kelantan tu. Fuhhh bila teringat ni. Rasa nak pi Manhattan Fish Market plak. Selera dragon plak hari ni. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya. Kalau boleh try sikit pun jadi. :D

    ReplyDelete
  3. wah..ok la tu nak makan sekali sekala satu family kan. king crab kalau masak stim memang sedap. tengok jugak ketam salji korea tu..fuh menggoda jugak tu

    ReplyDelete
  4. Harga cam mana? hehe. Nampak sedap pulak anak akak dok makan tu. hehe. Kalau ada alergik kena makan cikit-cikit sahaja. huhu

    ReplyDelete
  5. Gile tak puas, Sis pestime makan, Sis makan di Manhattan, puas makan berdua dengan kawan, sepit dia tu kemain banyak isi kann...kalu beli sendiri belum pernah lagi.. nanti nak gak try lee..

    ReplyDelete
  6. maaakk aii! besar gila ketam. tgok pun dh seram, cmne nak pegang bila masak?huhu..

    susah x nak makan?

    ReplyDelete
  7. Wahhhh nampak sedap dan menyelerakan betul. Teringin nak makan alaskan king crab nie. Apalah agaknya rasa dia ya

    ReplyDelete
  8. Memang betul King Crab la sebab besar sungguh ketam tu. Senang plak cara nak menyediakan ketam dan sos nya kan.

    ReplyDelete
  9. Wow....... sedap nyer nampak Alaskan King crab too. Untung family you dpt makan king crab. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  10. Rezeki sgt nad dapat merasa king crab. Terliur ena tengok korang makan. Haha. Sos tu menarik. Nak buat makan dengan udanglah. Tq sharing.

    ReplyDelete
  11. Wow! Besarnya King Crab ni... nak makan pun risau haha... belum pernah cuba ketam sebesar ni...

    ReplyDelete
  12. banyak juga kerja nak masak this big creature eh! tapi yang penting sedap! berapa lama nak habiskan crab tu? hehehe

    ReplyDelete
  13. Omg... rasa nak makan alaska king crab lah, nanti nak try your recipe.

    ReplyDelete
  14. Puas makan ketam besar macam tu kan. Isi pun banyak. Sedapnya.

    ReplyDelete
  15. Nampak sedappp ni Nad. Tak penah malan lagi ketam gini hehehe.

    ReplyDelete
  16. tak pernah lagi cuba king crab ni, nampak macam sedap. tapi ketam yang biasa pun jarang jugak nak dapat. :)

    ReplyDelete
  17. Ahhh sudah. Akak pula yang terliuq tengok Nad makan King Crab ni. Insya Allah, kalau ada rezeki lebih..bolehlah beli.

    ReplyDelete
  18. simple tapi nampak sedap giler..ketam tu mesti isinya banyakkan..bestnya hehehehe

    ReplyDelete
  19. Ishh nmpk sedap plak kan ketam tu.. Selalu tgk org je makan.. Nak merasa nya ntah bila..

    ReplyDelete
  20. Teruja betul tengok king crab ni.
    Tgk video nad dari mula sampai habis.
    Fuh kalau makan sensorang ni lagi puas berganda kan..
    Kulit dia tak keras mana eh nad.
    Tengok mcm senang je digunting tu.

    ReplyDelete
  21. nampak sedap. thanks for sharing sis :) mmg menyelerakan hehe

    ReplyDelete
  22. tengok nad share king crab ni terus terliur nak makan. hahhaha. tapi takut la tengok duri banyak sangat

    ReplyDelete