hai assalammualaikum

Kerabu Kerang Ala Thai - Kitaorang memang jarang sangat makan kerang, tapi kalau dah teringin, memang mencari la kerang. Haritu pesan dekat mr mafia, kalau ada kerang dekat pasar, tolong belikan. Dia kata kerang susah dapat , tapi dia cuba tengok dekat pasar. Lagipun harga kerang sekarang mahal..huhu. Bila balik, tengok ada kerang, gembira bukan main. Memang teringin nak makan kerang, nak buat kerabu kerang ala thai tu..hahahha. Memang siap-siap pesan barang untuk buat kerabu kerang ni. Ada semua bahan okla, senang, terus buat.



Pertama kali nad buat kerabu kerang ni, selalunya, kerang nad buat sambal, masak cili padi semua tu, tapi bila nampak orang buat kerabu kerang, nampak sedap pulak, nak cuba buat la. tengok bahan dan cara buat takda rumit sangat.



Bahan-bahan Rebus kerang
- Kerang, (ikutla berapa banyak, nad punya satu plastik )
- 2 batang serai
- Garam

Cara merebus kerang
- Masukkan kerang dalam periuk. Masukkan air dalam kerang. Pastikan air paras kerang sahaja.
- Masukkan garam dan serai. Kemudian biarkan sampai masak.
- Jangan masak terlalu lama. Bila dah nampak kerang terbuka terus tutup api.
- Toskan kerang dan biarkan.



Bahan- bahan Sos Kerang Ala Thai
- Akar daun ketumbar 3 batang
- Cili merah besar
- Cili padi merah
- Bawang putih
- Air
- 1 sudu kecil Garam
-  3 sudu besar Gula
- Sos ikan
- 5 biji limau ( perah menjadi jus limau )
- Daun ketumbar

Cara membuat sos kerang
- Blend akar daun ketumbar, cili merah besar dan cili padi merah.
- Ambil mangkuk dan bubuh sedikit air masak dalam mangkuk.
- Tuangkan bahan blend tadi ke dalam mangkuk yang berisi air.
- Masukkan bawang putih ditumbuk kasar ke dalam mangkuk
- Bubuh garam, gula.
- Kemudian tuang 3 sudu besar sos ikan
- Masukkan jus limau ke dalam mangkuk

Bahan semua dikacau sebati, kemudian tuangkan dekat kerang yang sudah direbus.



Akhir sekali hias dengan daun ketumbar yang dihiris halus..siapp..



Selamat mencuba. Ni video cara nak membuatnya.

SHARE 22 comments

Add your comment

  1. Wahh menarik . Tq sharing resepinya. Nnt nak cuba jugalah..👍👍💓😍

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nad. Mana nak cari kerang ni. Teringin nak cuba ni

    ReplyDelete
  3. Wow. Nampaknya sangat sedap lar. :D

    ReplyDelete
  4. nad tahu tak..rasa nak ajak nad dtg rumah , mkn2 je..un belikan barang hahahha sedap nampak nad masak

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa Nad oiii .. dapat plak kerang besor2 aduhhh meleleh air liur tgk hahahah

    ReplyDelete
  6. sedapnya...kerang nampak besor2 tu. kalau ala thai ni mesti ada daun ketumbar. klau tak, takde kick

    ReplyDelete
  7. Sama kaedah macam my father buat kerabu kerang kegemaran dia. Dalam keluarga ayah sorang yang gila makan kerang - adik beradik join gitu2 je hahaha

    ReplyDelete
  8. peminat kerang mst suka.. meriah betul kerangnya..

    ReplyDelete
  9. sedapnya Nad tak pernah try lagi, tq share resepi nanti kak ana buat teringin pulak :)

    ReplyDelete
  10. Senang nampak buat ni nak try la sebab kita suka kerang. Selalu kuta tebus je so nak try mcm ni lak.

    ReplyDelete
  11. Sedap ni Nad...
    Pernah cuba buat sendiri resepi lebih kurang sama, memang sedap suka resepi mcm ni.

    tapi sedih sekarang harga kerang dah mahal rasa tak berbaloi beli untuk masak... kalau teringin oder dekat kedai je.

    ReplyDelete
  12. nampak sedapnya..hebatla nad..first time buat, terus jadi

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kerabu! Saya rasa boleh jadi orang thailand la makan kerabu ni. Kerabu apa pun sedap. Kerang seafood saya gatal sikit, tapi tetap kena rasa juga kalau makan kat restoran tu. Senang juga resepi dia. Nanti nak try. Thank you share.

    ReplyDelete
  14. Rajin kak Nad. Lawa buat hiasan dalam pinggan warna putih... Saya tak pernah makan kerabu kerang. Beli kerang pun jarang sangat ni. HHhehee... Oneday kalau saya nak cuba resipi ni, saya buka blog akak ni. Paling senang tgk youtube Kak Nad je la...kasi play je sambil masak tu.

    ReplyDelete
  15. Nampak senang membuatnya dan bahan pun mudah d dapati.. Boleh la AM masak utk anak2 AM nanti.. Kerang mmg favourite anak teruna AM nie..

    ReplyDelete
  16. Menarik sangat! :) Thanks for sharing, sebab i ni bila husband beli kerang dah jem tak tau nak masak apa, sebab xminat sangat, hehe... ni bagus ni nak cuba ni

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap suka makan kerang tapi perut ena tak boleh makan kerabu cmni lgi2 ada cili tak dimasak dlu 😂 confirm sakit perut cirit. So mampu tengok jela kerabu kerang

    ReplyDelete
  18. Tengok pun dh sedap. kecur liur.

    ReplyDelete
  19. Allahu terliur iena tengok. nampak sedap betul ni..nanti nak cuba buat la..iena suka masakan ala thai cm ni

    ReplyDelete
  20. Sedapnya... Dah lama juga tak makan kerang ni... Kopek, makan cicah dengan kicap + cili api + bawang + cuka sikit + belacan + perahan limau pun layanzzzz kannnn...

    ReplyDelete
  21. Uishhh... menarik ni, boleh cuba! Suami suka makan macam ni.

    ReplyDelete
  22. Nampak best je ni. Tapi tak makan kerang. Tukar haiwan lain la. Hahaha

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2