Bagaimana menjaga dan merawat kuku kaki cengkam. Tips menjaga kuku

 hai assalammualaikum

Ibu Jari Kaki Suami Kene Cengkam, Sakit Bukan Main - Dah lama suami ngadu, ibu jari sakit. Bila tengok, taula sebab apa. Ibu jari kaki dia kene cengkam. Boleh tau rupa bila kene cengkam, kuku menekan isi di tepi jari. Bila kena memang sakit sangat, apa pun tak dapat buat. Semua serba tak kena. Mula dia boleh tahan lagi, tapi lama-lama tak boleh tahan. Terus dia ajak pergi klinik.



Ada beberapa punca yang boleh sebabkan cagu. 

- Kasut terlalu ketat dan tirus di bahagian hadapan
- Potong kuku terlalu pendek dan membulat di bahagian kiri dan kanan kuku
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kuman di isi (tisu) kuku

Mula suami taknak pergi klinik, sebab dia kata, mesti kene potong kuku dia tu. Dia pun dah terbayang macam-macam. Sebab tu sebelum tu dia liat nak pergi klinik. Sebab apa dia fikir macam tu?, biasalah dia akan baca dulu dekat google, dan mesti la ada cerita pasal cengkam ni. Tapi sebab dah tak tahan, lagi anak kerap terpijak kuku dia tu..dia pergi juga klinik. Biarla apa kene buat dekat kuku cengkam dia tu, asalkan baik.

Kitaorang pergi Klinik Kita dekat Pandan Indah. Memang klinik tu dari nad pregnant, anak demam, nad demam, situla klinik dituju. Kaki nad kene kaca, pun jahit dekat klinik ni. 

Masa suami masuk dalam jumpa doktor, dia siap ambil gambar. 

Malam tu juga, kene potong kuku dia tu, dekat Klinik tu juga. Nad dengan anak-anak tunggu jela dekat luar.

Suami cakap, kuku cengkam suami ni elok lagi, tak teruk mana, ada orang tu, dah bernanah, berulat baru datang klinik. Nad pun, selalu nasihatkan suami, pergi klinik untuk cek, biasalah,laki kadang datang degil dia. Tapi nasib baik lama-lama dia berubah fikiran. 


 

Suami hantar gambar,doktor tengah siap-siap nak potong kuku..hehee..Masa ni dia cakap, debar semua. 

Masa kene potong kuku tu dia taknak tengok..hahaa. Ingat lagi masa nad nak kene jahit, dia juga cakap takde apa-apa, macam berani sangat. Sekali kena kat dia, dia pun taknak tengok..hahaa.

Nah, ni la dia, kuku yang dipotong tu. Huishh..seram..


 

Tengok bila dah dipotong..Aduh nad tengok pun ngeri. 

Selesai potong kuku. Kuku tu dibalut, takde dibiarkan terbuka macam dalam gambar tu..hehee. Dalam beberapa hari, pergi klinik lagi, untuk tengok. 

Alhamdulillah, sekarang dah elok dah kuku dia. Takda sakit cengkam ni. 

Cara untuk cegah cagu

1. Potong kuku dengan betul

Cara potongan kuku main peranan sangat penting. Kalau salah potong, ia boleh sebabkan kuku baru akan tumbuh ke sisi dan menekan isi pada jari.

2. Jaga kebersihan kaki

Bila kebersihan kaki tak jaga, possibility untuk jangkitan kulat dan kuman berlaku adalah tinggi. Tak susah pun actually nak jaga kebersihan kaki. Tukar stoking every day dan jangan pakai kasut basah.

Hah, kaki penting untuk dijaga, sebab kita jalan seharian menggunakan kaki. Kalau kaki sakit macam mana nak buat kerja semua. Bila kena cagu, kalau boleh buat sendiri untuk hilangkan sakit tu, bolehla buat sendiri, tapi kalau dah teruk, jangan dibiarkan sampai bernanah, terus pergi klinik.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. huaaa sakit nyaaaa :( tapi cekam mmg sakit.. hmmmm boleh bernanah

    ReplyDelete
  2. saya pernah tengok video depa potong kuku tu..depa bius takla sakit..better potong buang sebelum infection

    ReplyDelete
  3. Baru 1st time tgk kuku cengkam dipotong...alhamdulillah semua ok

    ReplyDelete
  4. OMG...sampai kena pergi doktor. Moga-moga semua baik.

    ReplyDelete
  5. Sakitnya.... Lagi2 kalau kena kat kaki susah jalan

    ReplyDelete
  6. hehehe ibu min selalu kena macam tuuu kak. dia ada pakai emetrik ehh namanya. entah apa tahh lupa ejaanya

    ReplyDelete