Makan di Marrybrown menu baru Sos Smokey BBQ drummette combo set di Hari Merdeka

hai assalammualaikum

Marrybrown Drummette Sos BBQ Dan Bubur Pedas - Nad sampai terlupa yang nad ada voucher Marrybrown tamat harini. Nasib baik nampak dan terus ajak mr mafia pergi Marrybrown. Rugi tak guna oo.. Lama tak makan dekat Marrybrown last makan egg stra padu egg dia je. So harini, Hari Merdeka kan, kita relaks-relaks, makan kat luar la. Terus pergi Marrybrown Melawati Mall.


Haritu, nampak kawan-kawan makan Smokey sos, ada burger combo, drummet  dan apa lupa lagi satu. Nad tengok drummet dia macam sedap je, macam ala korea, so orderla Sos  Smokey BBQ Drummet, nak rasalah kan. Menu baru keluar jadi mestila cuba
Untuk mr mafia, dia nak bubur pedas dengan ayam goreng 1 ketul. Anak-anak ambil churros.


Harga untuk Set Drummette Smokey Sos BBQ ni RM17.90, bubur pedas RM13 lbih macam tu. Churros RM5. 90 untuk tiga ketul.. Hehee..

Biasalah hari Merdeka, orang cuti, mestila shopping mall yang dituju. Ramai juga la tadi tapi takdela bersesak, dapatla tempat duduk untuk makan.

Order mr mafia siap awal sebab dia punya bubur, ayam, anak-anak punya churros pun siap, cuma nad punya order tak siap lagi. Jadi duduk dulu bagi suami dan anak-anak makan. Kadang ada menu yang lambat sikit siap.

Bubur pedas Marrybrown sedap. Ni pertama kali rasa bubur dia.. Sampai pulak panas-panas, sedap.. Kalah juga bubur McD.. Ehhehe.. Lepas ni kalau rasa nak makan bubur boleh pilih Marrybrown.. Heehe. Bubur ni ada isi ketam agaknya panjang2 tu, bawnag goreng, sayur bawang dan chili flakes. 

Lepas anak-anak dan suami habis makan, drummet nad tak sampai-sampai juga. Lama betul. Nad tengok servis diaorang macam lambat sikit. Memang lama juga nak tunggu drummet sos bbq sampai. Terpaksa makan bubur mr mafia dulu bagi hilang rasa lapar. Dahla tengah lapar.. Huhu.



Dekat setengah jam kot baru siap. Dah dapat tu terus makan. Rasanya drummet sedap, garing, sos dia manis macam tu. Ayam jela sedap, sos kureng sikit. Drummet Sos Smokey BBQ ni didatangkan dengan ayam drummet, onion ring, kentang dan air teh limau ais. Ramai cakap burger sos bbq dia sedap.. Lain kali la kita try makan.

Ok korang bolehla try menu baru Marrybrown ni.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. IT LOOKKS SO YUMMY !!! dah lama tak makan marrybrown actually hm

    ReplyDelete
  2. Marrybrown sedap sebab ayam dia pedas2 sikit. Rasa lain dari yg lain

    ReplyDelete
  3. Looks really yummy if you ask me. :D

    ReplyDelete
  4. Akak dah lama tak makan Marry Brown ni. Wiken ni ak cari lah

    ReplyDelete
  5. Selalu keluar menu baru marry brown ni.

    ReplyDelete