Sebelum ni, banyak nad nampak blog kawan -kawan nad dah berubah ke new interface, dashboard blog berubah ke baharu. Ramai kata, pening dengan new interface ni. Tapia da sesetangah blogger, ok je dengan new interface blog ni. Nad ada baca, memang blog akan bertukar baru pada bulan Julai tak silap. Tapi waktu ni, dashboard nad masih lama. Tiba-tiba, 31 Julay haritu, nak update blog, eh bertukar dah dashboard blog. So nad ingat memang dah memang bertukar baru, jadi kita pakai jela.

hai assalammualaikum

New Interface Blog, Semua Ok, Cuma Part Gambar Tak Ok - Sebelum ni, banyak nad nampak blog kawan -kawan nad dah berubah ke new interface, dashboard blog berubah ke baharu. Ramai kata, pening dengan new interface ni. Tapia da sesetangah blogger, ok je dengan new interface blog ni. Nad ada baca, memang blog akan bertukar baru pada bulan Julai tak silap. Tapi waktu ni, dashboard nad masih lama. Tiba-tiba, 31 Julay haritu, nak update blog, eh bertukar dah dashboard blog. So nad ingat memang dah memang bertukar baru, jadi kita pakai jela.


New Interface Blog, Semua Ok, Cuma Part Gambar Tak Ok

Masa mula-mula tukar tu, nad tengok ok je. Semuanya tersusun elok je. Takda masalah bila nad nak update. Ada beberapa button yang berlainan sedikit. Tapi takda la pening atau terkial-kial nak guna dia. Nad pun update dengan laptop. Tak cuba lagi dekat phone waktu tu.

Bila dah update, dah masukkan gambar, yang menjadi masalah sekarang ialah part gambar. Kalau dashboard sebelum ni, hanya guna "Large", " X Large, " Original size "..tapi yang baru, dia guna simbol " + " dan " - "..jadi tak boleh agak, size berapa ok.


Biasalah, nad cuba-cuba buat size besar, macam sebelum-sebelum ni, sekali bila publish, gambar jadi penyek dan memanjang. Sangatla tak cantik. Memang banyak kali adjust part gambar, stress, fade up..Ingat nak balik kampung dengan tenang, sekali jadi macam ni, terus rasa down.



Lepas tu, ada kawan blogger, kak Azni bagitau, gambar dekat home, blur, ada pulak gambar yang hilang. Arghh sudah!!. Tengok-tengok ya, memang blur dan ada yang hilang. Disebabkan berlaku 31 Julai, jadi hanya dua entry yang macam tu. Gambar mainkan peranan penting dalam entry. Ornag suka tengok gambar. Tapi terjadi masa dekat home je, bila buka entry tu, gamabr elok je. Cumabila baca dekat phone, gamabr jadi tak cantik. Lepas tu nad tak update blog sepanjang cuti dekat kampung, nak tenang dulu..hahaa.


Ada godek juga buka dengan phone, ok, semua. Lepas tu masalah lain, dekat html, memang tak sama macam sebelum ni. Macam lagi kucar kacir. Fuh, jenuh oii..Kot la kita nak update size video ke apa, nak mencari tu..pening..


Benda ni jadi sama macam blogger lisa. Tag la nama dia dekat facebook. Ramai yang komen. Ramai rupanya cakap dashboard blog baru tak best..huhu..Bagi nad dashboard baru ni ok, cuma kebanyakan masalah dekat gambar..haishh..Kebanyakan mereka masih menggunakan yang lama. Yela, ramai yang update guna phone. Bila banyak bertukar, jadi rumit.



Sifu Hasrul Hassan sendiri berubah ke lama. Nad ingat memang dah tetap dashboard baru ni. Nasib boleh tukar, maka kita pun revert semula ke asal. Hah, selesai masalah.



Gambar yang hilang, kita upload semula, dan ia pun kembali pulih.


Tapi katanya, new interface ni akan jadi juga. Jadi, nak taknak kene terima,dan kene cari penyelesaian untuk gambar ni. Kata boleh bagi feedback dekat Google. Jomla kita bagitau. Kalau tak, hancur gambar kita kat blog.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. thanks nad.. sbb blog atie pun..sometimes ada gmbr yg hilang.... this is good tips

    ReplyDelete
  2. Gmabar kat blog ena pon jadi lebar. Hahaha sabar jela. Alaa satu hal plak nak masuk gambar balik. Banyak plak tu 😂

    ReplyDelete
  3. ohh baru tahu boleh revert balik ehh..so far part nak edit balik tu yg x fhm lg..kena publish dua kali ke mcm mn tah hahah x fhm lg

    ReplyDelete
  4. saya pun revert balik.. sebab masih terkial-kial lagi guna yang baru ni

    ReplyDelete
  5. Ya saya tak nak lah pakai versi baru ni. Terlalu banyak problem lar.

    ReplyDelete
  6. Fiza pun mula2 tukar juga, last2 back to asal.. mls la nk pening kepala..

    ReplyDelete
  7. Nad dah boleh pelan-pelan edit gambar ikut saiz thumbnail. Rasanya saiz square gambar mereka set sekarang ni. Hahaha. Bila la ruby nak start edit tu. Busy sungguh.

    ReplyDelete
  8. oo baru tau boleh revert. tak perasan pulak. thanks sharing. memang jadi susah nak adjust gambar new interface ni

    ReplyDelete
  9. Ha’ah.....me pun x suka the new blogger. So complicated dan memeningkan ok. I pun dah revert ke blogger lama. Tapi I dengar citer blogger nak tukar permanent to the new one starting end of this month. Harap depa x jadilah sebab ramai yg complain.

    ReplyDelete
  10. murung kejap semalam bila tengok interface blog baru ni. habis semua lari bila update entri. nasib baik baca entri ni boleh back to normal.. eh tak suka la templete blogger baru ni

    ReplyDelete
  11. dah try guna tapi tak suka sebab susah nak update entry yang ada edit html lepastu macam makan space. Loading pun lama. Dua kali dah meroyan lepastu revert balik legacy blogger

    ReplyDelete
  12. bila ada interface baru ni, jadi terkial-kial pula dan menulis. cari tools tak jumpa lah. HAHAHAH boleh hilang mood nak menulis

    ReplyDelete
  13. Betul interface baharu ni keliru sikit setiap kali nak update kena revert dan baru bole publish... kita lebih suka yg lama.

    ReplyDelete
  14. Akak pun masih guna templates lama. Yang baru tu macam kekeliruan sikit. Kena study fungsi setiap tools yang ada.

    ReplyDelete
  15. AM pun alami masalah yg sama.. Pening bab gambar tue.. Tapi masih cuba guna gak yg baru.. Jenuh scroll n try n error sampai 5 pagi semata2 nak siapkan satu entri.. Aduhh..

    ReplyDelete
  16. ha'ah nad !! akak punya pun problem kat gambar tapi kena post dulu dan edit semula baru gambar keluar.. em.. dah jadi dua kali keje ha.. hee~

    ReplyDelete
  17. Ai punya pun dah bertukar. Tapi tukar balik pada yang lama. Malas nak explore dulu.

    ReplyDelete
  18. Dah 2x cuba interface baru, 2x juga benda sama berlaku...so Sis revert gak ke lamaa... ingat konon nak try le serasikan dulu, ehhhh jadi lagu tu, terus tukar balik...

    ReplyDelete