Fariza mula jaga pokok bunga

hai assalammualaikum

Fariza Mula Belajar Jaga Pokok Bunga - Orang sekarang mula dah hias rumah dengan pokok indoor, outdoor tu. Kat rumah nad ni banyak juga, tapi yang jaga husband.hahaa.Nad ni sukan suasana hijau semua tapi kalau disuruh jaga, siram semua memang kadang tak sempat, dengan keadaan rumah tepi jalan, malu ler nak menyiram semua tu. Kalau pokok tu dalam kawasan ruang rumah ok lagi la nak menyiram. Sebab tu semua, mr mafia yang jaga, yang tambah tanah la, potong la sampai jadi cantik. Tangan mr mafia sejuk, tangan nad tak sejuk, mesti mati.. Kahkah..

Orang lain beria dengan pokok indoor, nad tak boleh, mesti mati.Pastu nak kena siram satu-satu, oh bukan kerja nad. Kalau nad, nak pokok ni, kene cari pokok sennag jaga, maksudnya pokok yang boleh kene panas dan tak perlu siram selalu. Pastu kalau boleh pokok tu, kalau disuruh siram, siram je macam tu.. Hahahaa..

Fariza pulak ikut rentak daddy dia. Rajin siram pokok, rajin belai pokok dan rajin sayang pokok.

Dah lama tak pergi nursery, harini mr mafia ajak pergi Nursery Ampang depan Tesco


Mr mafia nak cari pokok cili, jadi belila. Senang lepas ni takyah beli cili sangat. Selama ni tak beli pokok cili sebab takde ruang. Lepas kitaorangvkemas-kemas bahagian ruang luar, adala ruang sikit.

Masa beli, Fariza pulak nampak pokok bunga, warna merah. Mula dia nampak warna kuning, dia nak kuning. Lepas tu nad tunjuk warna merah, dia cakap ' lawa mommy, Fariza nak ni'.. Merayu-rayu nak ' lol ease mommy, please.. Fariza nak bunga merah ni, cantik'..

Tanya orangnya berapa, dia cakap RM6 je. Hah okla murah.. Beli la untuk dia..


Siap cakap, Fariza jaga ye bunga ni, mommy taknak jaga. Dia cakap 'ok'.

Balik tu masa turun kereta, dia cakap ' mana bunga fariza'.. Risau kau bunga dia hilang.. Hahaha. Nad cakap la 'nanti daddy bawa keluar'



Lepas tu dia dengan daddynya uruskan la pokok tu semua.

Suka dia dapat letakkan pokok dia dalam pasu cantik. Dibelai-belai pokok tu.

Nanti kita tengok Fariza jaga pokok ye.. Hehehe..

Orang tu kata pokok ni takde membesar sangat. Ok la sesuai dengan dia. Harap selalu segar bugar pokok ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Ha :D Comelnya. Bagus juga memupuk cinta terhadap alam semula jadi dari usia kecil.

    ReplyDelete
  2. kalau dari kecil dah minat benda2 mcm ni.. boleh dah nantiii besaq.. sure rumah dia cantik and hijauuuuu

    ReplyDelete
  3. Pandainya dia. Bagus kecik-kecik dah ada minat dengan pokok-pokok.

    ReplyDelete
  4. Kecik-kecik dah suka pokok. nanti esar boleh buka nursery.

    ReplyDelete