Kepala air, tanda tanda awal kepala air

hai assalammualaikum

Fenomena Kepala Air, Gelombang Air Datang Secara Mengejut - Harini dah beberapa kes nad baca tentang kepala air. 4 orang terperangkap dalam kepala air dan berjaya diselamatkan, satu lagi kesa 4 orang juga rasanya, terperangkap tapi seorang meninggal melibtakan kanak-kanak 6 tahun. Bila ditengok macam mana fenomena kepala air ni, memmag menakutkan.

Kepala air, gelombang air datang secara mengejut dalam kuantiti yang banyak. Nad baca ia terjadi bila kawasan hulu atau ada tempat tu hujan kemudian air sungai akan jadi kepala air. Senang cerita ia terjadi sebab hujan.

Kepala air ni datang tanpaa kita sedar. Yela, siapa tak seronok tengah mandi manda dekat sungai, dengan keadaan air yang tenang, tanpa kita fikir akan terjafi kepala air ni. Mana yag tau tanda-tanda kepala air ni, ok la, yang tak tau, terperangkap dalam kepala air.


Tanda - tanda awal kepala air 

Nad ada tengok video tadi, tanda-tanda awal kepala air yang korang kene tahu ketika mandi sungai.
- Permukaan air mula berbuih halus
- Terdapat banyak daun-daun segar mengikut aliran sungai
- Air bertukar warna dari warna asal
-  Terdengar seperti bunyi berlanggar-langgar, geseran

Nad pun mulanya tak tau macam mana kepala air ni, tapi lepas tengok video, sangatla menyeramkan. Mana taknay, kepala air ni dia boleh hanyutkan pokok besar semua tau.

Kalau hari mendung atau hujan, seeloknya tak perlu la mandi air sungai. Kita tak tau bahagian hulu mungkin dah hujan.

Kalau mandi air sungai, jangan pergi ke tempat dalam dan jauh dari batu. Memang best bahagian dalam, tapi tu la takut jadi kepala air, dah terperangkap. Lagi-lagi budak kecik, janganla bawak bahagian dalam.

Kalau boleh cari tempat yang ramai pengunjung.

Itu jela antaranya. Lebih elok sekarang tak yah mandi sungai, sebab sekarang pun musim hujan. Kita mandi dekat rumah jela, guna pelampung besar tu.. Hehehe.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Dah bertahun tak mandi sungai. Seram jadi macam kes ni la. Moga kita semua dilindungi Allah. Aminn

    ReplyDelete
  2. Ya. Kadang kala bahaya juga. Mungkin akan tiba-tiba datang kan.

    ReplyDelete
  3. baca ni teringat masa tsunami dulu ...

    ReplyDelete
  4. Bahaya jugaa sebab kita tak boleh jangka sangat bila dia datang

    ReplyDelete
  5. Last week ai pergi mandi sungai kat batangkali lepas bertahun tak g mandi sungai. Sehai lepas balik, dengar kest kepala air kat batangkali. Walaupun bukan kat tempat ai pergi, tapi seram wooo.

    ReplyDelete