hai assalammualaikum

Papan Tanda Ikonik ' Mekdi ' Dipaparkan Di Beberapa Restoran McDonald's Di Seluruh Malaysia Sempena Sambutan Merdeka 2020 Dan Hari Malaysia

" Beb, nak lepak mana? Jom Mekdi "
" Sayang, kita makan Mekdi nak "
" Ayah, ibu, dah lama kita tak makan Mekdi "


Ni la ayat yang diguna bila kita dah buntu nak makan apa, tiba-tiba teringat McDonald's Malaysia. Ya, restoran quick service yang cukup sinonim untuk seisi keluarga, tak kira usia, tua atau muda mahupun pangkat. Makan santai bersama keluarga atau rakan-rakan, tempat yang selesa untuk berkumpul. Sambut harijadi atau buat event dekat McDonald's pun best. Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's Malaysia, eh rasanya banyak yang jadi favourite hehe..


Selalunya sebutan yang kita sebut singkatan untuk McDonald's Malaysia ialah McD, tapi kalau ditukar kepada panggilan tempatan, jadi 'Mekdi ', betul kan. Hah, perkataan ni nampak lebih Malaysian, lokal gitu!!. Kalau korang nak tau perkataan 'Mekdi' ni akan dipaparkan di beberapa restoran McDonald's di seluruh Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan 2020 dan Hari Malaysia ni.


Papan Tanda Ikonik ' Mekdi ' Dipaparkan Di Beberapa Restoran McDonald's Di Seluruh Malaysia Sempena Sambutan Merdeka 2020

McDonald's Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi ni di restoran-restoran terpilih di seluruh negara dan ia  juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s Malaysia pertama di Bukit Bintang.


Tahun lepas, papan tanda ikonik - Mekdi hanya dipaparkan di restoran McDonald's Bukit Bintang, dan telah mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai. Kali ni, McDonald's Malaysia telah memutuskan untuk memperluas inisiatif ini dan meraikan dengan lebih ramai rakyat Malaysia di mana perkataan 'Mekdi' akan dipaparkan di 16 restoran di seluruh Malaysia. Apa yang menarik, 16 restoran McDonald's ni la yang dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia dalam undian yang dilakukan.


Ni la antara Restoran McDonald's Malaysia yang terpilih untuk Papar Papan Tanda 'Mekdi'
1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah


Hah sesiapa yang berdekatan, boleh pergi restoran terpilih ni, makan dan jangan lupa bergambar depan papan tanda 'Mekdi' ni..hehee.. Nad dah ambil depan McDonald’s Putrajaya, Presint 2.


"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.


Jom tengok video ni.

Hidangan Sampingan Baharu Nasi Lemak McD

Nad dah rasa dah nasi lemak McDonald's, memang sedap gila, sambal dia yang pedas, rasa ngam betul. Banyak kali juga nad makan..heehe. Sebelum ni, korang boleh order Nasi Lemak sahaja atau Nasi Lemak dengan ayam goreng McD, kali ni, sempena sambutan bulan kemerdekaan 2020 dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia memberi sentuhan baharu untuk Nasi Lemak McD yang digemari ramai.


Setiap Nasi lemak McD, disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi baunya, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal yang sangat sedap. Bagi sentuhan baharu, korang boleh tambah hidangan sampingan bersama Rendang Ayam.



Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

Harga untuk Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau ialah dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger ( GCB ) beserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99


Set Nasi Lemak McD  ni, korang dah boleh cuba rasa dan  boleh dapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara.

Bukan tu jer tau, pencuci mulut pun McDonald's Malaysia buat citarasa tempatan. Mesti kene cuba guys!!


Ada juga McFlurry Cendol baharu, dengan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. Rasa keunikan McFlurry cendol ni, manis dan kenyal-kenyal jeli cendol tu. Sedap!!


Pai Jagung dan aiskrim berperisa cendol turut dikeluarkan semula.

McDonald's Malaysia - Jenama global terkenal berjiwa Malaysia

Kagum nad dengan McDonald's Malaysia, kerana banyak inisiatif yang dilakukan untuk lebih kearah tempatan. McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan, sehinggalah kepada warga kerjanya, dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.


"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita,” kata Hajjah Melati.


Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara – bermula pada bulan Mac tahun ini – sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. McDonald's Malaysia merancang untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025. Selaras dengan perancangan itu, McDonald's Malaysia menyasarkan untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.

McDonald's Malaysia juga meningkatkan taraf pembangunan modal insan di Malaysia dengan memupuk bakat muda dan membantu mereka membina kerjaya yang bermakna. Memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru, bantuan mangsa banjir dan tajaan makanan untuk barisan hadapan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).


Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

#Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s sempena bulan Merdeka ini, sila lawati www.mcdonalds.com.my.
SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Teringin pula.nasi lemak.mcd...mengidam

    ReplyDelete
  2. klasiknya... lum p lg mekdi... terus lapar ni

    ReplyDelete
  3. Kalau jumpa nnt boleh la amik gambar

    ReplyDelete
  4. I want to eat Cendol McFlurry....tetapi...takde!

    ReplyDelete
  5. wahhhh sedapnyaa

    jom join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete
  6. sedapnya nampak nasi lemak tu..yummy. rasa nak makan pula..gambar depan signboard tu mesti..haha. bukan selalu pun.

    ReplyDelete
  7. I went to their Putrajaya outlet too.

    ReplyDelete
  8. Macasm tak percaya je sekarang papan tanda Mekdi tu terpampang kat semua tempat.. dasyat gak kan.. sape lah yang mula-mula guna ayat Mekdi tu kan.. alahai.. lapar pulak tengok gambar2 nad

    ReplyDelete
  9. kat terengganu ada 2 mcd tapi satu cawangan je tukar jd mekdi. nasi lemak yang baru tu memang sedap gila laaa

    ReplyDelete
  10. I like this campaign. This is something to promote to foreign friends.

    ReplyDelete
  11. mekdi sounds so cool. sebut mcd terus terasa nak makan nasi lemak mcd. sedap yakmat

    ReplyDelete
  12. Jauh plak nak g bergambar ngn signboard Mekdi tu..tapi kena cari nanti buat kenangan kan..

    ReplyDelete
  13. Menariknya rebranding McDonald dengan tulisan "Mekdi", nama yang sangat dekat di hati kita semua. Menu2 kali ni pun sangat memenuhi citarasa rakyat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  14. Hartu pergi yang Stulang tu lepa plak nak ootd sebab dah malam ..nanti laaa nak gak ootd depan Mekdi ni..hehehehe

    ReplyDelete
  15. Nasi.lemak.mekdi mmg sedap. Esp ayam goreng dia besar dan berbaloi

    ReplyDelete
  16. Sedapnya McFlurry Cendol tu kak. Selalu habis je kat area sini. Eh dah banyak la cawangan yang ada signboard Mekdi ni. Boleh gi terjah sambil makan Mekdi nanti

    ReplyDelete
  17. Melaka pun ada tapi jauh pula nak ootd cam nad. huhuhu.

    ReplyDelete
  18. Nak makan jugak nasi pemak rendang. Aduh memalam buta ni lapar lagi pulak

    ReplyDelete
  19. Wah, kebanyakannya restoran yang ada Drive-Thru ya... memang dari zaman sekolah dok panggil Mekdi... akhirnya, termakbul juga gelaran itu digunakan betul-betul... hehehehe... nanti nak singgah amik gambar jugaklah... buat kenangan gitu...

    ReplyDelete
  20. Mekdi is so localise for us. nice move for the brand. I every week also visit it haha

    ReplyDelete
  21. Wah terus hipster nama mekdi hehe. menarik perhatian betul. thanks for sharing

    ReplyDelete
  22. mekdi..sejak zaman sekolah lagi femes dengan sebutan ni..hehe.
    finally 2020 betul2 tertulis MEKDI tu lat restaurant :-)

    ReplyDelete
  23. Dengan nama MEKDI terus nampak macam melayu sikit. Hahah. Nice lah !

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2