Selamat Hari Lahir anak mommy

 hai assalammualaikum

Happy Birthday Fariza Yang ke 5 Tahun - Ya anak sulung mommy dah semakin membesar. Pejam celik pejam celik dah masuk 5 tahun sekarang ye. Anak mommy yang dulu ada dalam rahim mommy, yang mommy kandungkan 9 bulan. Sewaktu jaga kamu, mommy pertama kali pengalamn menjadi ibu. Tak sama ye jaga anak buah dan anak sendiri. Baru mommy tau bukan senang, dengan waktu tu awak menangis tak henti, tidur tak lena. Waktu tu, mommy diuji kesabaran dalam menjaga kamu. Kadang stress, kadang ok..huhu.



Tapi, sekarang, awak dah besar  di mata mommy. Ya, awak suka tolong mommy, awak rajin. Awak nak kan perhatian selalu. Mommy buat yang terbaik untuk awak ye Fariza.

Sepatutnya tahun ni, mommy plan nak sambut birthday awak dekat sekolah. Sambut dengan kawan-kawan, biar meriah. Tapi disebabkan covid, semua rancangan tu tak dapat. Maaf sayang, kita sambut dekat rumah jela dengan daddy dan adik. Fariza tetap happy apa mommy buat, asalkan ada kek..hehee.

Hadiah untuk birthday kali ni, cadang nak belikan basikal untuk Fariza. Kesian dia, kalau balik kampung berebut nak naik basikal sepupu dia. Tu pun dapat main sekejap. Nanti kita pergi kedai, kita beli basikal ye. Mainla puas-puas.

Sekali lagi, mommy doakan Fariza membesar denagn sihat, jadi anak yang solehah, jadi anak yang baik, dan semua yang baik-baik la. Mommy dan daddy akan didik Fariza sebaik mungkin. Happy Birthday to you.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Waahh happy birthday si comel!! Moga membesar jadi anak yang sihat, solehah dan rajin membantu ibubapa!!

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Fariza. Semoga membesar menjadi anak yang solehah! Aamiin.

    ReplyDelete
  3. sekejap je pejam celik dab 5 tahun ye. Selamat ulang tahun kelahiran Fariza. Moga membesar jadi anak solehah dan pandai jaga hati orang tua. :)

    ReplyDelete