Kerabu Maggi Ketagih, sedap area Ampang dan salad roll yang lazat

 hai assalammualaikum

Dapat Juga Kerabu Maggi Dan Salad Roll - Pertama kali makan Kerabu Maggi dekat festival makanan thailand. Siapa je tak suka kalau ada festival makanan Thai macam tu. Masa tu dibuat dekat Tesco Ampang, dekat je dengan rumah. Memang macam-macam nad beli, ada nad buat entry, boleh baca Festival Makanan Thailand di Tesco Ampang. Antara nad beli ialah kerabu maggi. Ya waktu pertama kali nad rasa kerabu maghi tau. Pedas giler tali sedap. Lepas tu jatuh cinta dan teringat-ingat. Nak pergi Thailand entah bila. Sekarang nak ada festival makanan macam ni mana la boleh. Duduk rumah jela. Nak makan, kena la cari siapa boleh delivery area Ampang ni.

Tiba-tiba esoknya nampak pulak satu post dekat twitter. Dia jual kerabu maggi. Tengok pulak area mana, yeszzaaa..area Ampang. Tak cakap banyak, terus order wak. Tengah malam kita whatsup dia. Dia balas esok paginya.. Hahaha. Yela tengah malam mestila dia tidur. Tak kisahla, asalkan dia balas.

Antara menu kerabu meggi dia Kerabu Maggi Biasa, Kerabu Maggi Ayam, Kerabu Maggi Sotong, Kerabu Maggi Udang, Kerabu Maggi Special (Ayam + Udang), (Ayam + Sotong). Kerabu Maggi Extra Special ( Ayam + Udang + Sotong)




Nad order Kerabu Maggi Extra Special, Kerabu Maggi Sotong dan Salad Roll. Harga semua termasuk delivery RM46. Dah teringin sangat kan, harga pandang tepi. Sekali sekala. 



Bila sampai, uuuuuu, bau dia sedap. Selamat sampai tanpa cacat cela. 



Tengok isinya, penuh, tak kedekut. Nad nak buat sendiri malas, tak reti, so beli jela. 

Puas hati bila dapat. Rasa dia pun cukup, pedas mengaum. Sayur banyak, sotong, ayam udang semua sama rata banyak. Penuh dalam satu bekas. 





Salad roll pun sedap. Dalam bukan salad semata, ada ketam warna merah tu. Sos dia pun not bad. 

Alhamdulillah, dapat juga rasa kerabu maggi. Tapi ni dah ketagih lagi ni.. Hahahaha. Memang betul la dia cakap siapa dah rasa ketagih lagi. Nanti kita beli lagi ye.. Heehe. 

Korang kalau nak beli boleh tengok instagram Geestation_am atau contact je terus di nombor +60 16-365 2329
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Nampak sedap kerabu megi tu.siap ada sotong.Tapi harganya semua sekali boleh tahan mahal.Tak pe la..membantu ekonomi namanya nih/..haha

    ReplyDelete
  2. Wow semuanya nampak best-best lar. :D

    ReplyDelete
  3. Dah lama takde ekspo makanan thai kat sini. Kalau tak mesti cari kerabu maggie.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa. tak sabar nak buat nnti.
    Jemput tgk sini kalau sesiapa nk sewa forklift.
    forklift
    forklift malaysia
    forklift malaysia
    forklift rental malaysia

    ReplyDelete