hai assalammualaikum

Pesta Makanan Thai Di Tesco Ampang - Akhirnya, dapat juga nad rasa makanan Thailand. Pesta makanan Thailand ni mesti ada, tapi kena tau la lokasi. Macam nad tau dari instagram, nampak seorang kenalan instagram post gambar aiskrim gulung, lepas tu dia bubuh lokasi. Bila tengok lokasi, terus senyum dan happy sebab dah dekat sangt dengan rumah. Tempat tu pulak memang kerap pergi,mana lagu kalau bukan Tesco Ampang..hehehe..

Bila tau, terus cakap dengan mr mafia. Nad bagitau dia ada Pesta Makanan Thailand dekat Tesco Ampang. Mula tu tengok macam takde, esoknya, jiran cakap, ada makanan Thailand dekat Tesco. Dia pun bagitau lokasi dekat mana. Memang kena pergila. Dah dua kali melepas Pesta Makanan Thailand ni. Pertama masa dia.buat dekat depan Sogo, tak dapat pergi. Kedua,buat dekat Meru Klang, pergi tapi tak dapat makan sebab baru sebulan habis pantang..hahaha. Kali ni dapat, memang akan rasa mana yang kita rasa unik.


Suka nad dapat terjah Pesta Makanan Thailand ni. Macam-macam ada dekat sini. Semua bau makanan memang sedapla..hahaha.


Pertama kali nad rasa Kerabu Maggi ni. Nampak post kawan sebelum ni, nad pun tertanya apa rasa kerabu maggi ni. Selalu rasa kerabu sayur je kan, tak pernah pulak makan kerabu maggi. Apa lagi, cubalah makan. Tak sangka rasa dia sedap betul. Dahla macam-macam dia letak. Rasa macam tomyam sikit, masam-masam sikit, dan best sebab pedas..perghh!! buat teringat balik la..sedap ya amat.



Pastu nad makan cucuk-cucum ni. Teringat dulu makanan ni masa belajar dekat UUM. Nad paling suka empat segi tu. Bila makan, teringat UUM..eh..hehehe..Kuah dia pun sedap sangat..pedas..




Makanan yang teringin nak, cuba juga, aiskrim gulung ni. Walaupun rasa macam aiskrim biasa kita makan, tapi sebab cara buat dia unik sangat, kita pun nak makan..hehehe.


Lagi satu aiskrim kelapa. Dulu pernah makan, masa pergi expo baby anak pertama. Sedap betul.


Pulut mangga oiiii...nyumnyum..




Nampak sotong, macam sedap. Takleh tahan, kena rasa ni. Harga ikut saiz sotong. Sotong ni dibakar, dan diletak kuah. Memang tak menyesal beli..sedap..hahaha







Memang pergi Pesta Makanan Thai ni buat rambang mata. Rasa nak makan semua je. Tapi dut tak cukup..hahha. Makan mana teringin je, nak maka. Memang semuanya sedap. Okla dah dapat merasa. Lepas ni, jomla kita travel ke Thailand..hahahha.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

27 comments so far,Add yours

  1. kat kelantan selalu ada pesta makanan thai ni tp Cik Nor jer yg xde duit..haha

    ReplyDelete
  2. Wahh dekat ampang . Kalau dekat confirm akan terjah punya . Pesta food thai ni xpernah tak sedap tau.makanan2 semua nampak terliur

    ReplyDelete
  3. Kat sini pun pernah buat..Tapi harga makanan dia mak oi..cekik darah..lepas tu depa buat kali kedua tak dapat sambutan pun...hahah

    ReplyDelete
  4. Mmg rambang nak beli makaman kalau thai food festival ni..kena pilih2 betul nk rasa sbb kdg2 mahal nau harga tu..

    ReplyDelete
  5. Bila ni nad, sabtu baru ni petgi tesco ampang tapi x perasan pulak. Bestnye dpt pergi sbb dekat dgn umah ni

    ReplyDelete
  6. adoii.. macam2 makanan thai ada yea. TB paling geram tengok pulut mangga tu.. sedapnya alahaii . tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  7. wow! banyaknya makanan.. boleh lah makan sampai kenyang kenyang.. great to hv pesta makanan thai di tesco.. boleh makan thai tanpa pergi thai.. hehehe~

    ReplyDelete
  8. Kita selalu sangat pergi pesta makanan ni hari tu kat area Kelana Jaya tapi satu jer tak best kat sini adalah harga mereka tak kawal dan ada yang tak munasabah mahal sangat tak tahu kenapa. Tapi boleh lah kebanyakan sedap dan menarik...

    ReplyDelete
  9. Ya allah...ya allah..kenapa la akak terjah entry ni..dah la blom makan tengahari lagi..aduhai..semuanya sedap2 ha...bila ni sebenarnya..kenapa akak x tau..hahahahaa....kejammmmmm

    ReplyDelete
  10. Aduhhh!!! tak boleh tengok Thai food siap nanti nak makan som tam.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya makanan dari thailand, ibu suka sangat makan tom yam. Tomyam ketam poktek tu rasa dia sedap sangat. Tak cukup makan semangkun

    ReplyDelete
  12. mkanan thai ni boleh tahan sedap dia kan..tapi pelik gak, bila ada expo makanan thai kat sini, harga dia dabel drp yg beli kt Siam haha

    ReplyDelete
  13. Emi pun suka sangatt makanan thai. Tapi emi perasan klu kat thai festival mcm ni, harga kemain mencekik. Rindu nak balik kelantan, nak makan makanan thai puas2.

    ReplyDelete
  14. hari tu ada juga pesta makan thai ni, memang dekat lokasinya dengan rumah. kurang dapat sambutan nampaknya. mungkin sebab harganya atau penduduk yang tak berapa minat cuba makanan thai :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Makanan thai mmg fav sis ni. Ada jugak lah beli kat expo2 yg diadakan, selalu beli pulut mangga n tomyam..mmg sodappp

    ReplyDelete
  16. Bagus tesco ampang buat event macam ni kan sis mis rokers. Mama pulak memang suka makanan dari thailand. tom yam asli belah sana lain sedapnya

    ReplyDelete
  17. Adoi nad..semuanya fav akak ni nad...
    Aduhhhhh dan2 rasa nak buat kerabu megi satgi

    ReplyDelete
  18. memang macam2 variasi makanan thai kan kak nadia. suka saya datang eskpo makanan thai kalau ada. suka dengan ais krim roll dia. serious best. n durian dorg besau2. takut tgok. nak singgah lah tesco ampang nanti kalau masih ada

    ReplyDelete
  19. Suka gak pergi pesta Thai ni , mesti cari kerabu megi , somtam and ais krim nyor hehe tp targa makin mahal jeee

    ReplyDelete
  20. Saya mmg suka attend pesta makanan thai. Makanan die best2. Paling suka dgn kerabu mangga.. Tiba2 teringin makanan thai pulak ni. Aduhhh

    ReplyDelete
  21. sedap gila tengok kerabu maggi denga ais krim scroll tu, rasa macam nak pergi la sebab dekat je dengan rumah I Ampang ni, 20 minit juga la.. huhuh

    ReplyDelete
  22. Makanan Thai memang favorite Lia. Kalau ada festival makanan Thai mesti akan serbu kat penang Area. Sebab bila ada event mcm ni semua jenis makanan ada. beli semua kat satu tempat je.

    ReplyDelete
  23. Uikss sedapnya..akak memang suka sangat thai food. Ni kalo tau awal u dah lama serbu hahahah..thai food taj pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  24. kita penah rambang mata nk plh kt festa makanan thai kt tmpt kita dlu.. last2 pilih yg ada dpn mata je.. haha..tp aiskrim dlm tempurung kelapa dia sedap... dgn kerabu meggi dia...

    ReplyDelete
  25. Terus terasa laparrr tgk gambar makanan nie.. makanan thai yg lain AM dah penah try.. cuma ais krim gulung tue je belum lg.. hujung mggu nnti leh la bawa anak2 jenjln ke sana..

    ReplyDelete
  26. alaaaa asal tak tahu ada fest thai ni

    ReplyDelete