Sandwich Daging Cheese yang mudah dan sedap.

 hai assalammualaikum
 
Sandwich Daging Cheese Yang Mudah Dan Sedap - Haritu nampak daging kisar dalam peti ais, terfikir nakbuat apa dengan daging kisar ni. Selalu masak spagetti guna daging kisar ni, tapi haritu tak berapa rajin nak buat spagetti, sos prego pun takda. Jadi fikir punya fikir, dapat idea buat sandwich daging. Tapi daging sahaja macam tak best, ternampak pulak kepingan cheese tu..hehee. Hah!!, terus dapat idea nak buat apa. Kita buat sandwich daging bercheese..hehee.
 


Sebut pasal cheese, ramai yang suka kan. Lagi kalau letak banyak-banyak, lagi sedap. Boleh tarik-tarik lagi cheese tu. Nad nak je buat macam tu, tapi takut anak tak suka, jadi kita bubuh cheese sikit je. Tapi tak sangka pulak, lepas dah siap, diaorang suka. Fariza siap cakap lagi "sedap mommy "..mr mafia pun cakap sedap..Haha!, lepas ni boleh buat lagi. Fariza pun suruh buat lagi. Nasib daging kisar ada lagi baki haritu, boleh habiskan, boleh letak cheese banyak..ehhee.
 



Daging kisar nad beli daging kisar Ramly. Senang daging kisar dah siap ni.Macam-macam boleh masak dengan daging kisar.
 
Bahannya sikit sahaja, dan cara membuatnya pun mudah.
 
Bahan-bahan
- Roti
- Bawang merah 3 biji (dicincang )
- Bawang putih 3 ulas ( dicincang )
- Daging kisar
- Serbuk kari ayam satu sudu besar
- Garam
- Cheese cheddar ( rasa nak banyak cheese boleh pakai cheese lain )
- Pembakar roti
 

 
Cara membuatnya. Ada video nad sertakan kalau nak faham lagi.
- Bubuh satu sudu serbuk kari ayam ke dalam daging kisar kemudian gaul sama rata
- Tumis bawang merah danbawang putih sehingga naik bau. 
- Kemudian masukkan daging kisar tadi ke dalam bahan tumisan. Kacau sehingga daging masak.
- Kemudian masukkan garam dan gaul lagi.
- Bila dah masak, angkat dan letak ke dalam pinggan
- Ambil roti, dan letakkan daging ke dalam roti
-  Kemudian letakkan cheese cheddar.
- Kemudian tutup roti dengan roti lagi, siap
- Masukkan roti dlam pembakar roti dan tekapkan dia. Tunggu sehingga masak. Boleh je masak dengan cara goreng dengan kuali, tapi nad suka guna pembakar roti sebab dia jadi nipis.Senang makan..



Siap sudah, boleh dimakan. Nad daging kisar letak sikit dulu, sebab ni nak bereskperimen, jadi ke tak..ehhee. Bila jadi, lepas ni boleh buat lagi, kita bubuh daging kisar banyak-banyak, cheese banyak-banyak..ehhee. 

Ok, selamat mencuba.

 
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Simple dan sedap. Masuk dalam list menu ni. ^^

    ReplyDelete
  2. Comelnya kejadian sandwich daging cheese tu. Kalau saya, nak makan 3 keping!

    ReplyDelete
  3. Kalau anak-anak akak pun suka roti macam ni. Diaorang cuma makan cheese dalam roti macam pizza atau sandwich je. Dalam kuih ke, kek ke, pasta semua tu diaorang tak suka. jadi memang banyak la akak simpan resepi2 roti macam ni.

    ReplyDelete
  4. Senang ni nak buat. Thanks nad bagu idea breakfast pagi ni 😍

    ReplyDelete
  5. ok juga kalau guna daging cincang dalm peti tuuu buat roti cmni... mesti anak2 suka

    ReplyDelete
  6. Senang nak buat. Boleh try buat ni.

    ReplyDelete