Cara untuk mengawal kawal gyla dalam badan bagi pengidap kencing manis. Program PERCUMA pemantauan kesihatan kepada pengidap kencing manis

hai assalammualaikum
 
Program Percuma Kawal Kencing Manis Secara Talian Anjuran kawalkencingmanis.com - Penyakit diabetes atau kencing manis bukan hanya dikesan dalam kalangan warga tua malah golongan muda pun ada. Diabetes adalah keadaan apabila paras gula atau glukosa dalam darah lebih tinggi daripada paras normal, disebabkan kekurangan hormon insulin dalam badan atau peningkatan rintangan badan terhadap insulin. 
 
 
Apakah punca kencing manis?
- Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
- Wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung.
- Menghidap Hipertensi
- Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
- Berat berlebihan atau Obesiti.
- Gaya hidup yang tidak sihat.
 

Antara simptom-simptom mereka yang menghidap kencing manis.
 
Kencing manis boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dalam tempoh jangka panjang. Sebab tu, pengidap kencing manis ni perlu sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan supaya dapat mengawal gula dalam badan. 


Program Percuma Kawal Kencing Manis Secara Talian Anjuran kawalkencingmanis.com

Sebuah  platform  sehenti  yang  diterajui ahli  professional kesihatan  telah  dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi  masalah  kencing  manis. 
 
Program secara  atas  talian  ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021 yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist  yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang  www.kawalkencingmanis.com 
 
Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.
 
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa  di  Malaysia  adalah  penghidap  Kencing  Manis  iaitu  terdiri  daripada  kira  kira  3.9juta rakyat  Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan  bahawa  Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Kajian  mendapati  bahawa  golongan  yang  berisiko  tinggi  mendapat  kencing  manis  adalah terdiri  daripada  mereka  yang  mempunyai  sejarah  ahli  keluarga  yang  menghidap  kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas.
 

Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan  jantung,  lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.
 

Kalau tengok pada situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober2020)
 
Dengang mengikuti program ini,  pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ni.


Antaranya termasuklah 
- jadual pemakanan bagi  menurunkan  tahap  bacaan  gula  dalam  darah, 
- akitiviti senaman tanpa perlu  keluar rumah, 
- latihan pengawalan stress, 
- kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan  ingin ke tandas setiap malam
- kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.
 
 

Ini adalah peluang terbaik bagi pengidap kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan daripada yang pakar. Penjagaan teliti mampu mengurangkan risiko serius termasuk komplikasi yang mengancam nyawa.
 
Kawal kencing manis dengan sertai Program 14 hari secara online ini dengan 100% PERCUMA! Hanya 150 orang sahaja.

Ya! Percuma! Tidak ada sebarang cas! Diulangi tiada sebarang cas!

Dengan syarat anda betul-betul komited dan bersedia untuk dipantau!!

Berminat, boleh daftar di :
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Disebabkan mak Ai ada diabetes, Ai memang risau kalau ada juga. Kawal makan itu ini tapi snek susahnya nak tinggalkan. Perlahan-lahan kena juga kurangkan sebab umur bukan makin muda.

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni. Tq for info :)

    ReplyDelete
  3. Memang baik kan inisiatif ni untuk membantu mereka yang memerlukanya.

    ReplyDelete
  4. Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.

    ReplyDelete
  5. Baru tau, orang pregnant mudah terkena kencing manis. Bila check terkejut juga. Sbb setahu takde kencing manis tali katanya lepas bersalin hilang tpnkena jaga makan juga

    ReplyDelete
  6. Bagus ni diorang buat servis online percuma macam ni. Nak nak musim pkp ni.

    ReplyDelete
  7. banyak penyakit dtg kalau tak cek awal2 kan.. nice sharing Nad..

    ReplyDelete
  8. Bagus program macam ni sangat membantu pesakit diabetes untuk kawal their sugar level.

    ReplyDelete
  9. Memang terbaik ada program online mcm ni utk pesakit2 diebetes

    ReplyDelete