hai assalammualaikum
 
RMHC Malaysia Menyumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim - Alhamdulillah, tahun lepas, banyak inisiatif RMHC Malaysia telah dilaksanakan, antaranya Program Pek Kembali Ke Sekolah, Program Komuniti, Program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir, pembinaan Rumah Ronald McDonald dan banyak lagi.
 
 

RMHC Malaysia Menyumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim


Untuk tahun baru 2021 ni, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald ( RMHC Malaysia ) telah menyumbang RM100,000 kepada 50 rumah anak yatim di seluruh negara. Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusannya menyokong kebajikan kanak-kanak di negara ini. Sedikit sebanyak, sumbangan ini dapat menggembirakan hati anak-anak yatim tu.

Kalau korang nak tau, sumbangan itu diperoleh daripada pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menyumbang melalui kotak duit syiling atau lebih dikenali sebagai " Tabung Merah " RMHC Malaysia dan Kios Pesanan Sendiri (SOK ) di lebih 300 restoran di seluruh negara serta sumbangan daripada rakan niaga, pekerja dan francaisi McDonald’s.

Bagus kan, tanpa kita sedar, kita membeli tu, kita sebenarnya menyumbang juga. Lepas ni, rajin-rajinkan beri sumbangan, masukkan duit sedikit dalam " Tabung Merah " RMHC Malaysia di kaunter restaurant McDonal's tu, sebab semua duit tu akan memberi kebahagian kepada anak-anak yang memerlukan. Mana yang membeli di kaunter tu, jangan lupa beri sumbangan sedikit walaupun RM0.50. Nampak sedikit tapi kalau banyak pembeli, RM0.50 boleh jadi beribu.
 
“Kami percaya setiap kanak-kanak berhak menikmati zaman kanak-kanak mereka yang gembira serta membesar dengan sihat dan kuat. RMHC Malaysia komited untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan anak-anak Malaysia dan kami berhasrat untuk memberi impak positif kepada kehidupan anak-anak yang sememangnya mereka layak untuk diterima,” kata Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia

Majlis penyampaian cek sumbangan itu disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun di Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM ).

Datuk Seri Rina berkata " Saya gembira melihat organisasi seperti RMHC Malysia tampil dan memberikan sumbangan kepada masyarakat , lagi-lagi pada waktu sekarang. Bagi pihak kementerian, kami berterima kasih untuk sokongan RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia kerana sikap ini benar-benar melambangkan semangat negara #kitajagakita "

Matlamat RMHC Malaysia adalah untuk memberikan impak positif kepada kehidupan kanak-kanak dengan memberikan apa yang sepatutnya mereka layak terima. Selain menderma di " Tabung Merah : RMHC Malaysia di kaunter McDonald's, korang juga boleh membuat sumbangan secara persendirian. Mungkin nak derma lebih kan, guna cara transfer ke, atau korang sukarela nak jadi sukarelawan, korang boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau lawati https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah..semoga kebajikan anak-anak yatim ini terus terpelihara

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah McD buat inosiatif macam ni. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC setiap tahun. Bantuan dihulurkan pd insan yang amat memerlukan

    ReplyDelete
  4. tahniah RMHC ! semoga sedikit banyak boleh menyumbang kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah terima ksh rmhc sebab dari tahun2 lalu selalu bantu pd mereka yg perlu.. semoga Allah merahmati mereka.ameen 🧡

    ReplyDelete
  6. dalam rezeki kita ada rezeki org lain, mmg terbaik la usaha mereka ini !

    ReplyDelete
  7. Awesome. Hopefully more companies will be like this to help those who are in need.

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah.. bagus McD buat program macam nie kan Nad..

    ReplyDelete
  9. Bagus usaha RMHC ni bantu org yg memerlukan kan.... Moga bermanfaat

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah satu usaha yang bagus dilakukan RMHC untuk membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. RMHC mmg selalu bagi sumbangan kepada yg memerlukan..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... Bagusnya usaha RMHC yang sentiasa prihatin!

    ReplyDelete
  13. Satu initiatif yang baik daripada RMHC ni malah pengguna yg membeli pun dapat pahala.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..tahniah rmhc. kurang beban anak2 yatim ..malah pembeli pun boleh dapat pahala jugak

    ReplyDelete
  15. inisiatif yang bagus yang perlu di contohi oleh syarikat besar. moga manfaat pada lebih ramai orang lagi

    ReplyDelete
  16. Bagusnya inisiatif sumbangan macam ni..banyak rumah anak yatim yang dapat merasa kan..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih RMHC sudi sumbangkan sejumlah wang yang sangat banyak.

    ReplyDelete
  18. Bagus inisiatif RMHC ni, berkongsi rezeki dengan kanak-kanak yang memerlukan. Semoga usaha ini dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulilah, tahniah buat mereka yang terlibat.. moga ada lagi banyak pihak lain yang tampil kedepan membantu sama kan..

    ReplyDelete
  20. Bagus la initiative RMHC ni.. rasanya setiap tahun pun mereka buat sumbangan kan...ni yang teruskan untuk support brand so that lebih ramai yang memerlukan dapat nikmati sumbangan ini secara tidak langsung..

    ReplyDelete
  21. What a beautiful initiative to help those people and communities in need. Hopefully this article spreads the awareness among Malaysians to keep giving and paying forward! :)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulilah, banyak tu jumlah sumbangan yang diberikan. Semoga lebih banyak sumbangan diberikan oelh orang ramai dan lebih ramai yang dapat terima sumbangan tersebut. :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, sekecil-kecil pemberian kita dalam tabung merah kecil tu bagi makna besar kepada yang memerlukan. Bila nampak sumbangan macam ni rasa lagi rajin nak masukkan dalam tabung tu hihi

    ReplyDelete
  24. Good job RMHC, bgus ada aktiviti gini

    ReplyDelete
  25. Bagus initiative macam ni, kena sentiasa prihatan dan bantu golongan kurang upaya.

    ReplyDelete
  26. Bagus initiative macam ni, RMHC sentiasa prihatin and membantu yang kurang berupaya.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2