hai assalammualaikum

Episod akhir Takdir Yang Tertulis Yang Mengejutkan, Plot Twist Sungguh - Pergh, ramai juga ya yang layan drama Takdir Yang Tertulis ni, kihkih. Habis penuh timeline facebook, twitter dengan episod akhir drama ni. Masing-masing terkejut, masing-masing tak percaya dengan episod akhir Takdir Yang Tertulis ni, plot twist sungguh. Ya, semalam tamatla sudah, drama Takdir Yang Tertulis. Memang semua menantikan apa yang berlaku pada episod akhir. 
 
 
Semalam, memang siap-siap duduk depan TV ye. Pukul 10 malam menanti penuh debaran drama Takdir Yang Tertulis. Nad layan dari episod 1 lagi, sampaila episod akhir drama ni. Taknak ketinggalan, sebab nak tau drama ni satu persatu. Dari mula lagi drama ni banyak plot twist yang buat kita tertanya-tanya. Sebab tu tak boleh tinggal satu episod pun..huhu. Mana yang tak tengok tu bolehla tengok dekat IQIYI..hehe.

Apa yang terjadi dengan episod akhir? Mika anak kepada Hakim, peguam Cik Salmah oii. Macam mana terjadi? Mana yang tengok taula, yang tak tengok, meh nad bagitau. 


Sinopsis Takdir Yang Tertulis

Drama ni, kisahnya, Juwita berkahwin dengan Azlan, tapi perkahwinan tak berapa bahagia, disebabkan perangai Juwita yang terlalu ego dan selalu memalukan suaminya. Pada masa sama, dalam diam-diam, Azlan telah berkahwin dengan perempuan lain, iaitu Ruhila. Disebabkan campur tangan mak Ruhila, Cik Salmah, rumatangga mereka menjadi kucar kacir, dan Azlan ikut je apa yang mak mertua dia suruh.
 

Episod awal-awal memang tak percaya Azlan kawin dengann Ruhila, sebab diaorang pun buat macam biasa je. Pastu lama-lama Juwita tau masa Azlan nak takeover ambil office Juwita, dia perkenalkan isteri kedua dia. Masa tu Azlan dengan Juwita nak bercerai tapi belum bercerai. Ruhila tak suka apa yang Azlan buat, dia tak nak aniaya kawan baik dia, tapi Azlan dah tak tahan dengan perangai Juwita yang selalu malukan dia, tak hormat dia sebagai suami.
 

Cik Salmah , mak Ruhila upah peguam, Hakim namanya untuk usir Juwita. Cik Salmah sebenarnya yang gila harta, sebab tu dia buat macam-macam. kemudian dalam keadaan kucar kacir, Juwita dah diusir dari pejabat, dari rumah, muncul pulak Ean. Siapa dia?

Sebenarnya, Azlan, Juwita, Ruhila dan Ean ni satu kawan dekat kolej. Ruhila dengan Ean bercinta, tapi Cik Salmah tak setuju. Azlan pulak suka Ruhila, Juwita pulak suka Azlan. Lepas Ruhila rejek Azlan, Azlan pergi ke Juwita, tu yang ajak kawin. 

Masa tu pulak, ada kejadian tak diingini, di mana Ean dan Ruhila ni mabuk dan buat benda tak senonoh sampai Ruhila mengandung. Ruhila bingung tak tau nak buat apa, Cik Salmah pun dah mengamuk. Ruhila nak bagitau Ean, tapi bila datang rumah nampak Ean dengan perempuan lain. Tapi tus emua perangkap untuk memisahkan mereka berdua. Tu sebab Ruhila bila jumpa Azlan, terus ajak kawin sebab nak tutup yang dia mengandung. 

Berkahwin senyap-senyap selama 7 tahun, Juwita sendiri tak tau Azlan kawin. 

Mika pulak siapa? Hah!!, Ruhila pun melahirkan mika, tapi dia meroyan masa tu. Jadi Cik Salmah suruh buang anak tu. Tapi Azlan tak sampai hati bawak balik mika ke rumah Juwita. Jadi diaorang la jaga Mika sampai besar.
 
Dalam keadaan kucar kacir tu, Ean datang bantu Juwita. Ean pun seorang peguam. Masa ni la sikit-sikit perkara terbongkar. Yang sebenarnya Ean bukan curang tapi diperangkap. Mika anak Ean bukan anak Azlan..macam-macam ye.


Kesiannya, pada Azlan, sebab dia dari mula tak tau Mika tu bukan anak dia. Episod akhir baru dia tau, tu pun Mika bagitau. Weii!! memang kesian sungguh.

Dahla tak tau Mika bukan anak dia, kene tipu pulak dnegan Ruhila. Jauh di sudut hati Ruhila dia sedar yang dia sebenarnya tidak menyintai Azlan. Tetapi, dia sedar dia tiada pilihan lain selain dari terus berlakon di hadapan Azlan. Dia cuba menerima Azlan sebagai suaminya namun bayangan Ean tetap hadir.
 
Akhirnya Ruhila diceraikan. Pastu berkawan semual dengan Ean. Masing-masing bahagia jugala. Mika ada dua ibu dan dua bapa.


Oh lupa, dua orang ni juga membantu Juwita. Yang gigi jongang tu pembantu Juwita, Kak Jo tapi dipecat oleh Ruhila lepas Ruhila satu keluarga ambik alih rumah Juwita tu. Yang seorang lagi tu cleaner pejabat Juwita. Diala yang mendengar perbualan Cik Salmah, Hakim dan Azlan dalam meruntuhkan Juwita. Dia juga penyelamat merekod perbualan Hakim, dan Cik Salmah, jadi ada bukti untuk menjatuhkan Hakim dan Cik Salmah pulak. Part diaorang memang lawak la.

Episod akhir Takdir Yang Tertulis Yang Mengejutkan, Plot Twist Sungguh

Episod akhir pulak, ya, ni la orang semua tak sangka oii. Betul-betul part tamat tu, Hakim dalam penjara tiba-tiba cerita recall balik dia tunjuk, kau tau dia tunjuk apa. Tunjuk Hakim yang masukkan ubat dalam minuman Ean dan Ruhila, buat diaorang pengsan. Kemudian dimasukakn dua-dua dalam bilik, dan Hakim masuk, buka baju dan tutup pintu..Weii!!!! kau rasaaaaaaa. Dia rogol Ruhila, dan rupanya Mika anak Hakim lol!!, tapi betul ke. Arrghh tak puas hati sungguh..rupa tak sama laa..hahaaha..Geram oiiii!!!..
 
Jadi Mika ada dua ibu dan 3 bapa..hah!!
 

Oh ada seorang lagi, adik Ruhila, bengong-bengong sikit tapi baik juga orangnya..hahaha. Part dia pun kelakar juga la.

Drama ni dari mula tau banyak buat orang tertanya..gila sungguh!! Ada Takdir Yang Tertulis 2 ke. Haiah, semua tertipu ye. Ada nampak kat twitter, pelakon sendiri tak percaya ending dia macam tu..hahahha. Macam Nad Zainal ( Juwita ) kata, kalau tau anak Hakim, takda aku penat-penat jaga..hahaha..Gila!!..hahaha.

Masing-masing dapat Kifarah
 
Cerita ni memang nad bagi 5 bintang, kalau 10, 10 bintang..hahaha. Cerita ni masing-masing dapat kifarah. Mana perangai ego, sombong, bajet paling bagus dalam dunia, kesudahan, satu-satu ditarik nikmat dia. Mujur ada orang nak bantu kau dalam masalah, kalau tak, tepai jalan kau duduk, jadi orang gila agaknya. Yang menipu, simpan rahsia, ambil hak orang, akhirnya kecundang juga. Rasa nikmat sekejap sahaja. Ya kene rogol, belajar kesilapan sendiri. Yang di perangkap ada pengajaran dia sendiri. Yang tamak haloba macam Cik Salmah pun akhirnya jatuh. 

Jadi kita hidup dalam sederhana jela ye. 
 
Pelakon Takdir Yang Tertulis

Pelakon Takdir Yang Tertulis memang semua mantop dan terbaik..
Nazim Othman sebagai Azlan
Nad Zainal sebagai Juwita
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Cik Salmah
Iman Suhana sebagai Ruzita 
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Isaac Iman sebagai Mika

Semua pelakon ni memang berlakon dengan terbaikk, sampai semua orang naik bengang ye. Lagi-lagi Nad Zainal, memang berlakon, fuh, menusuk. Macam tu la kesudahan cerita ni.
 
TAPI MASIH TAK PUAS HATI!!!..CEPAT KELUARKAN TAKDIR YANG TERTULIS 2!!
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Wah betul ke rating tinggi macam ni, nanti nak check out this drama juga.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2