hai assalammualaikum
 
Pekerja JNT Mogok, Tapi Barang Peniaga Dan Pelanggan Jadi Mangsa - Isu pekerja JNT mogok dah beberapa hari berlaku. Tak kira la kat Facebook , Instagram atau twitter, kisah pekerja JNT mogok masih ada. Dikatakan pekerja JNT mogok disebabkan komisyen diaorang terlalu sedikit tidak setimpal dengan kerja yang diaorang lakukan. Kalau diikutkan memang kesian, yela, kerja penat-penat, kadang tak rehat, tapi komisen dapat sikit. Dengar kata berapa sen sahaja diaorang dapat.
 
 
Syarikat penghantaran JNT sebelum ni ok je dekat tempat nad. Tapi ada juga beberapa isu barang yang dihantar banyak problem. Biasalah, kawasan tak sama, pekerja hati lain-lain..huhu
 

Pekerja JNT Mogok, Tapi Barang Peniaga Dan Pelanggan Jadi Mangsa

Dan baru-baru ni, viral pulak, video pekerja JNT baling barang peniaga dan pelanggan tanpa rasa serba salah disebabkan terlalu marah dengan pihak atasan. Tapi wajarkah, marah dekat pihak atasan barang peniaga dan pelanggan menjadi mangsa? Memang tak wajar ye, dah orang yang lakukan ni fikiran sangat sempit.

Ya, tau marah sebab komisen sikit, tapi barang peniaga dan pelanggan tidak bersalah ye. Bagi pekerja JNT, korang boleh je mogok, mogok macam tak datang kerja, kalau datang pun mogok ngular la tak buat kerja, dah kenapa perlu baling barang peniaga dan pelanggan. Nampak ye barang fragile pun dibalingnya. 

Cuba bayangkan, barang tu kaca, atau laptop, yang memang susah nak dapat, yang pelanggan kumpul duit nak sangat barang tu, sekali dapat hancur berkecai. Ada beberapa orang post dapat barang hancur bila JNT hantar. Tak kesian ke. Peniaga balut elok2, untuk dihantar ke pelanggan dengan baik, tapi sudahnya terima dalam keadaan yang tak sempurna. kemudian pelanggan akan salahkan peniaga. Pelanggan bayar duit penghantaran, tapi JNT buat macam ni..haishh geram tau bila tengok video tu.

Nad ada baca seorang member ni, boleh je pergi ke Jabatan Buruh report ni smeua beramai-ramai, yang penting bukti atau apa sahaja. Ya, mungkin lambat proses, tapi mestila, diaorang akan bantu, lagi-lagi waktu sekarang.Dari benda senang, sekarang pekerja JNT tu dah masalah.

Dah hancurkan barang peniaga dan pelanggan, silap-silap, korang kene denda atau kene bayar lagi. Dah jadi masalah lain.


Ada kawan, dia post twitter, masa pekerja JNT hantar barang dia , dia borak dengan pekerja tu, dia cakap pasal komisen tu. Pekerja tu cakap ya, komisen dia kene potong RM1500 bulan ni. Banyak betul kan. Yes kesian sangat, kerja penat-penat, hantar barang banyak, tapi kene potong. Tapi tindakan pekerja JNT lain yang mogok sambil baling barang tu memang tak patut.



Disebsabkan satu pekerja JNT buat hal, habis semua kurier JNT terbabit sekali. Padahal ada je yang eloknya bekerja, susun barang elok-elok. 

Semoga dapat selesai isu syarikat penghantaran JNT ni. Semoga pekerja terbela nasib mereka. Kerja dengan ikhlas dan amanah. Waktu sekarang, nak cari kerja lain dah susah. Semoga dipermudakan pekerja JNT.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Those who destroyed other people's products are low class creature who should be jailed. What a shame!

    ReplyDelete
  2. perangaiiiii sangatttttt nak lepas kat barang kenapa ,gi la hempuk pala bos tu huhuuu

    ReplyDelete
  3. Aduhhh habislah brg org² tu. Tapi tu la masing² ada masalah dan emosinya.. harap² diaorg ok la nanti..

    ReplyDelete
  4. taksuka pekerja jenis camni. tak pro. nasib baik kat sini servis elok je

    ReplyDelete
  5. hahhaa nasib baik tak de buat pembelian baru baru ni. sakit hati tgk

    ReplyDelete
  6. Ni la orang kata marah nyamuk, kelambu dibakar

    ReplyDelete
  7. Saya tak boleh faham kenapa nak buat kecoh macam ni..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2