hai assalammualaikum

Cover Buku Rekod Kesihatan Anak Dan Buku Pink, Dengan Design Menarik Dan Murah - Siapa ada nak kecil yang masih pergi check up, mesti ada buku warna pink tu. Buku tu la wajib dibawa kehulur hilir pergi klinik. Buku menunjukkan kesihatan anak dari semasa ke semasa. Dah bila setiap hari bawa, lepas tu main letak je, lama-lama buku pun jadi tak kemas,kadang terlipat la bahagian tepi, comot sana sini. Sama jugala dengan buku pink kesiahtan ibu mengandung.  Benda kadang nampak baisa, simple, tapi entah kadang sakit mata tengok buku macam tu.
 

Lepas tu, nad scroll la dekat instagram, masa tu cari barang anak-anak. Biasalah, dah scroll, jumpa barang tu, pastu taip lain lagi jumpa barang ni. Sekali ternampak satu ni, buku cover rekod kesihatan anak. Terus tekan, tengok instagram tu. Wah!!, ada macam-macam design cover buku untuk buku rekod kesihatan anak. Comel pulak tu design dia. 

Cover Buku Rekod Kesihatan Anak Dan Buku Pink, Dengan Design Menarik Dan Murah

Selalu kalau pergi checkup anak, tunggu no giliran, mesti no giliran tu distapler..yela taknak bagi hilang. Nurse buat macam tu sebab mommy nak pegang anak lagi, mesti tercicir punya. Bila lama-lama buat macam tu, rosak pulak buku tu. Tak pun, selit kad temujanji dekat buku, bila kelam kabut habis jatuh buku dan bersepah. Dahla stress dengana nak, tambah stress lagi dengan buku macam tu. Nasib jumpa cover buku rekod ni. 

Harga buku ni RM27 sahaja.













Ni dia, ada macam-macam design. Ada kartun, ada bunga, ada binatang, semua ada, pilih je. Masa nad tengok, aduh rambang mata nak pilih yang mana..hehee. Cover buku ni dibuat dari fabrik kapas, jadi takkan rosak, dan terletak elok je.




Cover buku ni senang je nak guna, tinggal masukkan je, kemudian klip butang. Ada poket belakang untuk letak kad temujanji je, atau apa-apa kad. Ada juga penanda buku, senang bila waktu next checkup, tanda bahagian mana dengan buku tu. Takdela kita lipat-lipat kertas dalam tu kan. Bahagian depan lutsinar, jadi boleh nampak la bahgian nama tu semua.
 
Cantik je bila bawa pergi klinik kan. Nurse atau doktor tengok pun terus puji, gitu. Bila ada cover buku yang comel macam ni, takdela buku rekod kesihatan anak kita nampak lusuh, koyak dan macam-macam lagi kan.
 
Cover Buku, Boleh Digunakan Pelbagai Jenis Buku

Sebenarnya, cover buku ni bukan sahaja untuk buku rekod kesihatan anak, tapi boleh juga guna untuk buku pink mommy yang mengandung atau buku log hrian sekolah anak-anak. Kiranya, mana-mana buku yang bersesuaian boleh guna cover ni.
 

Bagus juga guna cover buku ni. Bila simpan tu nampak kemas dan cantik je..hehee.

 
Cover buku ni boleh juga dijadikan hadiah dekat kawan yang baru menimang cahaya mata atau kawan yang mengandung. Mesti happy je tengok.

Ok pada yang berminat, korang boleh dapatkan di
SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Comelnya design2 cover buku pink ni ha.....sis ada cover passport ajer. Hehe. Rasa cantik pulak ada cover macam tu. Sis kalau pilih design cover....suka corak bunga2.

    ReplyDelete
  2. comel la design ni. boleh juga terhasil kan benda macam ni..kreatif la. kalau pandai design.menjahit, apa pun boleh buat kan

    ReplyDelete
  3. These covers are really good right to protect the book which of course holds all the important information inside.

    ReplyDelete
  4. aloh aloh comelnya cover buku pink ni, lagi semangat para ibu kalau guna cover buku ni, menanti si kecil hehe

    ReplyDelete
  5. aaa banyaknya design cover yang cantik2! Geram je tengok. Berbaloi la kalau beli cover ni siap ada bookmark lagi

    ReplyDelete
  6. Lawa gak ye pakai cover buku. Okla pakai cover tkde buku pink cepat lunyai rosak. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Akak ni, dah tulis comel gini. Mana harganyaaaaaa. Buat geram je scroll atas bawah cari harga. Hahaha. Comel la kak cover ni. Saya nak beli utk simpan buku pink Adam dan Alif. Bleh simpan rapi. Imunisasi dah habis. Bleh masuk dalam box memori anak-anak. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. Perghhh menarik betul yaaa siap ada cover buku pink tu.. Sis punya tersimpan aje dalam peti, takut nak bukak, kang sawan plak takut berjangkit hahahaha..

    ReplyDelete
  9. Comel la ada cover macam ni.. :) good idea juga kan jadikan hadiah kat my friends and SIL, mother to be soon. :)

    ReplyDelete
  10. Omg this book cover is so lovely, i like the rainbow one.

    ReplyDelete
  11. Hahaha. Comel buku ni suka tgk. Mak pun mesti excited setiap kali bawa nak check doctor

    ReplyDelete
  12. Wowo...All the book covers so nicely designed & colourful, sure all mummies love to carry it everytime babies/ kids check up :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Ala comelnye cover buku dia. Cantik cantik design dia

    ReplyDelete
  14. Comelnya! Memang perlu buku pink ada cover dan dijaga baik. Nanti anak nak masuk sekolah rendah, buku ni kena rujuk semula nak isi borang imunisasi masuk sekolah

    ReplyDelete
  15. Comel betul. Paling suka and tertarik dengan yang building tu.

    ReplyDelete
  16. Comelnya semua. Buku anak pun masih fikir macam mana nak jaga. Memang menarik guna cara macam ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2