Pergi ikea selepas setahun lebih tak jejak. Beli Trofast untuk kemas mainan anak

 hai assalammualaikum
 
Setahun Lebih Tak Pergi Ikea, 2021 Baru Dapat Jejak Ikea - Mesti tertanya-tanya, kenapa 2020 tak pergi Ikea, kan boleh pergi? Hah!!, masa tu kan kes banyak, lagi ada dekat Mytown, pastu dengar macam ada dekat Ikea juga. Pastu sekejap PKP, sekejap PKPP, eh banyakla. Pastu tengok dekat media sosial, ramai orang pergi, sesak, dengan kena beraturnya. Hah!, masa tu nad masih lagi was-was nak pergi. Jadi, memang setahun lebih juga tak pergi Ikea, tahan diri ni.

Tahun 2021 baru kita berani jejak ye. Itu pun sebab nak beli barang untuk kemaskan mainan anak. Tengok website, ingat nak suruh delivery je, sebab orang cakap haritu delivery ikea RM10 je. Tapi bila tengok-tengok, barang tu tak dapat delivery. Tu yang ajak mr mafia, pergi juga Ikea Cheras. Tengok pun macam dah ok je kan. Kita jaga diri sendiri, ikut SOP.




Sebelum ni, memang tengok ramai orang beratur, sampai panjang gila, tu malas nak pergi sebelum ni. Tapi kali ni pergi, beratur, tapi alhamdulillah, beratur bawah bumbung, takdela panas. Tu pun kitaorang pergi dalam pukul 2 petang. Beratur pun takda lama sangat. Sambil-sambil beratur bergambar la..hahaha.

Bila turn masuk, hah, terus tak sabar. Macam pertama kali masuk Ikea..hehee. Nak jalan lenggang kangkung sanagt pun tak boleh. Singgah-singgah juga tengok barang lain, tapi sekejap-sekejap. Sebab datang sini nak cari satu barang je.

Dah jumpa, dah ambil gambar rak dia, sebelum ambil kita makan dekat restoran Ikea. Lama gila tak makan meatball semua.

Jadi, mr mafia yang pergi beli order, nad cari tempat duduk.




Ni la kitaorang order, meatbal mesti wajib, hehee. Lepas tu kepak ayam, salmon dan mushroom sup serta roti.

Selalu kitaorang makan sini tak habis, tapau lagi, tapi kali ni licin ye..hahaa. Gila memang gila sebab lama tak makan, setahun lebih kot. Bila dapat makan, rasa lain tau. Semua habis..hahaha.Macam sedap gila meatball tu, eh bukanmeatball je, semua sedap..hahaha.


Dah kenyang, ambil barang yang nak dibeli, terus balik. Barang nad beli, almari Trofast ni untuk kemas mainan anak. Nad beli yang tiga tingkat punya. Penat tengok mainan anak dekat ruang tamu, bersepah manjang. Tu kira-kira, ada duit lebih, bolehla beli. Harga Trofast 3 tingkat ni RM146. Okla, tahan lama nak guna kan.


Masa balik, masalah lain, kereta nak datang ke tempat nad nak keluar. Dahla jauh parking dari Ikea, sebab waktu nad pergi ramai gila keluar. Jadi mr mafia pergi sendiri ke kereta, ambil kereta dan bawak ke tempat Ikea, kitaornag tunggu. Masalah lain, dia buka jalan ke parking B1. Nad turun B2, jadi kenala naik ke B1.

Macam tu la bila dah lama tak pergi Ikea, Mytown ni, blur kejap..hehee. Tapi semuanya ok je.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Wow memang kena beratur panjang kan? Tak jadi pergi lar macam ni. :D

    ReplyDelete
  2. nak gi jugakkkkkk tapi tu la maira sekolah dah hahahah biasa mmg berjalan hari org kerja huhuuuu tak ramai sgt.

    ReplyDelete
  3. Nad mesti riso nak pegi kan sbb sana lg crowded orang. Ok la setahun. Kita rasanya 3tahun 🤣🤣 so tak pernah la merasa meatball. Sbb xsnggup nak tggu

    ReplyDelete