HLB Pocket Connect, khas untuk anak-anak belajar, menyimpan, mencari dan menggunakan duit dengan lebih tersusun

 hai assalammualaikum
 
Didik Anak urus Kewangan Dengan DuitSmart HLB Pocket Connect - Orang cakap, simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ingat lagi, dulu nad kecil-kecil jarang simpan duit. Biasalah, masa tu ada je keinginan nak membeli, menyimpan takda langsung. Bila dah dewasa ni, baru sedar betapa pentingnya menyimpan dan mengurus wang dengan baik. Kesedaran ni, nad terapkan dekat anak-anak, didik mereka untuk menyimpan dan urus kewangan dengan "smart". Jangan jadi macam nad, dah tua baru nak belajar mengurus menyimpan.

Zaman sekarang hidup dalam dunia digital, berlainan dengan cara hidup dahulu. Zaman makin canggih, makin mencabar, jadi, amat penting untuk menerapkan anak dalam soal pengurusan kewangan. Ibu bapa pada masa kini cenderung lebih fokus untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dari segi akademik. Walau bagaimanapun, mengajar mereka kemahiran wang adalah sama pentingnya.


Membantu mereka memahami bahawa mereka perlu belajar kerja keras, kesabaran dan disiplin untuk mendapatkan wang dan memahami tanggunjawab, dalam pengurusan wang. Dari kecil kita ajar, mereka akan faham selamanya apa itu simpan, belanja dan mencari duit. 
 
Dengan keadaan pandemik sekarang, lagi kita perlu bersedia dari segi penyimpanan duit. Sebagai ibu bapa, perlu menerangkan betapa pentingnya menyimpan duit bermula dari sekarang.

Didik Anak urus Kewangan Dengan DuitSmart HLB Pocket Connect

Baru-baru ni nad ada join webinar anjuran Hong Leong Bank, berkenaan " Raising DuitSmart Kids In A Digital Age ". Webniar ni bukan sekadar berkongsi cara bagaimana ajar anak urus kewangan, tapi, memperkenalkan juga satu app iaitu HLB Pocket Connect, khas untuk anak-anak belajar, menyimpan, mencari dan menggunakan duit dengan pembukaan 3 in 1 Junior Account.
 



3 in 1 Junior Account, akaun bank untuk memupuk tabiat penyimpanan duit yang baik pada anak-anak. Satu-satunya akaun junior yang dilengkapi dengan akaun simpanan, kad debit yang boleh diisi semula dan akaun FD dengan faedah tinggi.
 
HLB Pocket Connect merupakan aplikasi duit poket pertama di Malaysia yang direka untuk membantu ibu bapa mengajar anak tabiat penyimpanan duit yang baik, membantu ibu bapa mengajar anak-anak pintar dari segi kewangan dalam era digital ini  dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Anak-anak akan belajar memperolehi, membelanjakan dan menyimpan dengan lebih tersusun semasa mereka menguruskan duit poket mereka di Aplikasi HLB Pocket Connect.
 
Menarik bukan!! Masa untuk didik anak urus kewangan dengan bijak!!
 
Dengan 3 in 1 Junior Account ni anak-anak boleh Earn ( memperolehi ), Spend ( membelanjakan ) dan Save ( menyimpan ) membolehkan anak-anak belajar bertanggungjawab secara kewangan dengan bantuan ibu bapa 
 

Cara anak perolehi duit atau " earn money ", mestila perlu buat sesuatu kerja. Tapi bukan kerja berat perlu pergi ofis ke apa, hahaha, berikan kerja rumah atau cabaran melalui HLB Pocket Connect dan minta anak menyelesaikannya supaya memperolehi duit poket. Dari mana datang duit poket tu, dari ibu bapa sendiri la kemudian duit yang dapat boleh disimpan. Cara sebegini dapat mengajar anak, bahawa duit tidak mudah diperolehi. Selama ni anak-anak meminta je kan, hah, diaorang fikir duit tumbuh dekat pokok atau ajaib muncul dalam dompet..heehe. 


Akaun ni didatangkan dengan kad debit prebayar dimana ia lebih selamat daripada duit tunai. Dengan Aplikasi HLB Pocket Connect, anak anda dapat memantau duit poket dan perbelanjaan mereka, semasa mempunyai kebebasan untuk berbelanja tanpa tunai dengan Kad Debit Junior HLB. 
 


Di zaman kepuasan sementara ini, jangan lupa yang perkara baik memerlukan masa dan usaha. Ajarkan anak anda tentang nilai wang dengan meminta mereka menetapkan matlamat simpanan mereka sendiri (dari sepasang kasut baru hingga permainan video terbaru), dan secara beransur-ansur menyimpannya. Didik anak berjimat cermat dalam menggunakan wang. Anak-anak juga boleh bertanggungjawab untuk perbelanjaan mereka dengan belajar di mana dan bagaimana membelanjakan wang hasil susah payah mereka dengan bimbingan ibu bapa.
 
Bagus kan aplikasi ni, anak-anak boleh tau bagaimana nak mencari, menyimpan dan mengurus duit dari usia muda membantu mereka membina pemahaman yang sihat tentang nilai wang yang sebenarnya - membolehkan mereka berkembang menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab, berdikari dan mandiri dengan kebaikan memahami kewangan mereka.
 
Ibu bapa juga boleh memantau perbelanjaan anak anda melalui HLB Connect, tentukan tempat perbelanjaan, sekat atau bekukan kad yang hilang dengan segera dan tambah baki dan tetapkan had perbelanjaan.
 
Bagi ibu bapa yang berminat untuk membuka Akaun Junior 3 in 1 boleh kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong atau secara talian. Kanak-kanak yang layak untuk akaun Junior 3 in 1 adalah dibawah umur 18 tahun. Ibu bapa perlu membawa mykad/ pasport ibu bapa dan mykid/mykad dan sijil kelahiran anak. Proses untuk membuka akaun hanya RM1.
 

 
HLB Pocket Connect adalah kaedah inovatif untuk memperkasakan anak-anak untuk menjalin hubungan yang sihat dengan kewangan mereka dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Ibu bapa juga mempunyai ketenangan kerana mengetahui bahawa mereka dapat memeriksa kewangan anak mereka dengan lancar dari aplikasi HLB Connect mereka.
 

Dapatkan baucar Shopee bernilai RM38 bila membuka akaun 3-in-Junior Account di Shopee ataupun RM30 cashback via Hong Leong Bank. Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan HLP PCket Connect, Akaun Junior 3 in 1 ni boleh layari https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/deposits/savings-account/3-in-1-junior-account.html
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. Yes, menabung tu biarlah dri kecil kan? :)

    ReplyDelete
  2. Haaa, samalah. Dah besar baru mau menyimpan 😅😅😅

    ReplyDelete
  3. bagus nie, boleh ajar anak menabung sejak kecil.. kad dia pun cantik lah

    ReplyDelete
  4. budaya suka menabung memang harus dipupuk dari kecil agar anak-anak pandai mengatur perbelanjaan dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  5. Yes this is good, train the children to save and manage finance from young.

    ReplyDelete
  6. Bagus ajar anak menabung dari sekarang.. Atleast ank2 belajar utk berjimat cermat

    ReplyDelete
  7. bagusnya.. didik anak dari kecil.. dah besar mesti pandai jimat cermat

    ReplyDelete
  8. Nanti nak buka akaun HL pulak lah hehe

    ReplyDelete
  9. Memang bagus ajar anak menabung dr kecik. Aeysha pun sis dah ajar dia menabung

    ReplyDelete
  10. Bagus ada program macam ni. Didik anak menabung dari kecil lagi.

    ReplyDelete
  11. Bagus fidik mereka dari kecil utk menabung dgn adanya urus Kewangan Dengan DuitSmart HLB Pocket Connect fptlah mereka fhm tentang menabung

    ReplyDelete
  12. satu platform yang bagus untik ajar anak2 menabung. biar ajar dari kecik. senang diorang faham

    ReplyDelete
  13. Menabung tu memang Rawlins dah ajar anak-anak saudara dari kecil. Nie ada platform gini, lagi senang nak pantau simpanan diorang kan.

    ReplyDelete
  14. Bagus kan kecik2 dah mengajar menabung. Nanti bila dah besar senang la meneruskan tabiat yang baik ini.

    ReplyDelete