Kunyah-kunyah sambal tempe Afiq punya, sedap , cuku rasa semuanya

 hai assalammualaikum
 
Kunyah-Kunyah Homemade Sambal Tempe Afiq - Orang jawa dengan tempe tak dapat dipisahkan ye. Banyak khasiat tempat, nad pernah kongsikan dalam blog. Boleh baca khasiat tempe yang perlu anda tahu. Tempe ni boleh buat macam-macam, boleh goreng, boleh buat sambal sayur jawa dan pelbagai jenis menu boleh buat. Lagi satu yang orang suka makan ialah sambal tempe. Makan begitu sahaja pun ok buat kudap-kudapan. Ni buat sendiri pun boleh, tapi kalau malas, nak rasa orang lain punya kita belila..heehee.
 


Bila kau tengah relaks-relaks, petang-petang, santai, kunyah-kunyah sambal tempe yang nad beli dengan Afiq, kawan nad ni. Lepas tu datang sorang-sorang duk kacau makan. Haishh mujur kita beli dua botol tau. Lalai makan sampai dah setengah botol habis. 


Sambal tempe ni rasanya pedas, tapi bagi nad tak berapa pedas. Tapi nad baca feedback ada yang kata pedas tak tahan. Yang penting rasanya memang sedap. Ada tempe dan ikan bilis yang digoreng rangup dan disalut sambal yang sekata. Nad suka meratah-ratah macam ni. Bolehla makan dengan roti atau bubur ke, tapi nad lebih suka ratah..hehehe.


Harga sambal tempe ni RM15 sebotol untuk 250gram.

Korang kalau nak boleh order dengan Afiq, contact je no 019 282 2654. Dekat shopee tak berapa pasti ada ke tak. Mana yang jauh, boleh je delivery. Setakat ni nad tengok dia dah deliver dekat beberapa kawan yang luar dari Selangor. Sampai dalam keadaan baik. 

Hah!!, apa lagi boleh order denagan dia sekarang.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours