hai assalammualaikum

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's : Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad. - Guru, mereka inilah yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa kita supaya terus mendapat ilmu pengetahuan sama ada ilmu aqli atau naqli. 

 

Bila kita cakap berkenaan guru, kita anggap guru dengan murid, tapi sebenarnya peranan guru sebagai pendidik bukan sahaja murid-muridnya sahaja, malah guru juga merupakan penyebar atau yang boleh membekalkakn nilai-nilai luhur kepada masyarakat. Guru boleh memainkan peranan ini dengan melibatkan diri dalam apa sahaja kegiatan kemasyarakatan setempat supaya dapat menjadi contoh teladan serta panduan bagi mereka.

Seperti salah seorang guru yang telah dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dengan kisahnya yang menarik ini kerana kepimpinan yang dibuat dan ketulusan hati budi yang melangkaui sempadan.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's : Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad.

Kepimpinan melalui teladan, ketulusan hati budi melangkaui sempadan. Itulah frasa kata yang mungkin sesuai untuk menggambarkan kewibawaan ikgu Aidil Azahar ini. Cikgu Aidil adalah seorang guru yang cukup memberi inspirasi kepada salah seorang anak muridnya untuk turut berjaya dan menjadi seorang guru hebat seperti beliau. 

Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad, merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di SK Kampong Bharu Kuala Lumpur. Berasal dari Terengganu, lahir pada 3 Disember 1974. Memilih untuk menjadi cikgu sebagai kerjaya kerana minatnya dalam bidang perguruan dari alam persekolahan lagi. Beliau menyambung pelajaran di Perguruan di Maktab Perguruan Batu Pahat, kemudian sambung ke Ijazah Perguran Islam Bangi secara PJJ.

Pendidikan
Rendah : 
SK Felda Neram Satu, Kemaman (1981-1986)

Menengah
SMA Al-Falah Kemaman (1987-1991)
SMA(A) Sultan Zainal Abidin, KTrg (1992-1993)

Ikhtisas
Sijil Perguruan
Maktab Perguruan Batu Pahat (1995-1997)

Ijazah Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Islam Bangi secara PJJ (2012-2016)

Sekolah yg pernah berkhidmat
1. SK Jalan Sungai Besi 1
2. SK Wangsa Maju Seksyen 1
3. SJK(C) Jinjang Selatan
4. SK Wangsa Jaya
5. SK Taman Maluri - PK Kokurikulum
6. SK Danau Kota - PK Kokurikulum
7. SK Datok Keramat 1 - PK Kokurikulum
8. SK Danau Kota 2 - PK Hal Ehwal Murid
9. SK Kampong Bharu - PK Pentadbiran

Minat Dengan Subjek Matematik

Mula berkhidmat sebagai guru terlatih pada tahun 1998 dan sebelum masuk maktab, beliau mengajar di Institut Semai Kluang. Sangat berminat dalam subjek Matematik sehingga beliau menjadi guru Matematik. 

Beliau merupakan guru yang telah berkhidmat selama 23 tahun. Pernah dinobatkan sebagai guru terbaik matematik apabila berjaya melonjakkan pencapaian UPSR bagi murid-murid kelas belakang. Beliau pernah terlibat sebagai penceramah teknik menjawab Matematik UPSR dan juga pernah terlibat dalam penulisan Buku Aktiviti Matematik 

Cekap Dalam Mengendalikan Pentadbiran Sekolah

Cikgu Aidil juga merupakan bekas pentadbir suatu ketika dahulu iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Kehebatan beliau mengendalikan tampuk pentadbiran  dan mengendalikan setiap permasalahan yang timbul di kalangan murid amat mengagumkan. Sikap dan toleransi yang dimiliki beliau membuatkan beliau dihormati oleh semua lapisan komuniti termasuklah pekebun sekolah dan juga pengawal keselamatan di pagar hadapan sekolah.

Disiplin diri yang tinggi dalam kerjaya beliau selaku pentadbir sekolah membuatkan beliau dicontohi oleh guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah. Keperibadian yang dimiliki dalam diri beliau menjadikan beliau sebagai role model bukan sekadar murid-murid di sekolah, malah rakan-rakan sejawat dari sekolah luar juga turut menjadikan beliau sebagai role model dalam pelbagai aspek. 

Mahir Dalam Semua Bidang

Bukan setakat itu sahaja, semasa negara perlu ikut norma baharu di sekolah, Cikgu Aidil membantu pihak sekolah dengan menghasilkan QR Code untuk imbasan suhu disertakan dengan perisian maklumat yang dihasilkan kepada setiap murid lengkap dengan maklumat peribadi murid amat memudahkan pihak sekolah dalam menghadapi norma baharu pandemik Covid-19. 

Beliau seringkali memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan guru berkaitan dengan penggunaan bahan teknologi untuk PDPR, penyediaan "green screen”, pen digital, penghasilan poster melalui canva, pengajaran secara online menggunakan pelbagai perisian terkini dan sebagainya.Sangat hebat Cikgu Aidil ni.

Beliau juga pernah menjadi jurulatih bola sepak pernah melatih murid-murid untuk mewakili sekolah.

Kejayaan beliau dalam bidang robotik juga menyuntik semangat guru-guru muda untuk menceburi bidang STEM dan Revolusi Industri 4.0. Kepakaran beliau dalam bidang ini tidak dapat disangkal lagi dalam meletakkan beliau sebaris dengan guru-guru ikon dalam bidang ini dan wajar dicontohi.  

Seorang yang sangat mulia, dengan membantu anak-anak murid yang susah dan daif. Beliau pernah berjaya mengesan kedaifan muridnya yang tinggal 6 isi serumah dalam satu bilik yang sempit di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur biarpun murid tersebut datang ke sekolah dengan berpakaian bersih tanpa menunjukkan sedikitpun kemiskinannya apabila berada di sekolah. 


Keadaan ini telah membuka mata banyak pihak dalam membantu murid beliau tersebut. Seterusnya, beliau turut aktif dalam kegiatan memberi makanan kepada golongan gelandangan bersama pertubuhan NGO di sekitar Kuala Lumpur

Keterlibatan beliau dalam dunia kebajikan melangkaui usaha beliau membantu murid yang daif yang terjejas ketika banjir, masalah kewangan, masalah keluarga, ponteng sekolah, terjejas pendidikan sehingga ke negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Terengganu. Malah, beliau turut pernah mengikuti program menyantuni Suku Kaum Bateq Orang Asli di Sungai Sekin, Lipis. 


Memiliki saluran Youtube  “Aidil Ahmad” di mana beliau sering berkongsi pengalaman beliau dalam dunia kebajikan melalui penghasilan video. Ia juga merupakan salah satu medium yang berupaya mengajak orang ramai untuk turut serta dalam dunia kebajikan. 

Gerobok Rezeki

Di samping itu, Cikgu Aidil yang telah berkhidmat di 9 buah sekolah sepanjang perkhidmatan beliau sehingga kini, turut menubuhkan Gerobok Rezeki di mana Gerobok Rezeki merupakan platform membantu keluarga yang memerlukan bantuan yang berupa barangan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya. 

Penubuhan Gerobok Rezeki pula dibantu oleh pelbagai pertubuhan NGO, warga sekolah dan juga ibu bapa.

Kehebatan beliau mengimbangi urusan pentadbiran sekolah, kepakaran dalam bidang matematik, kehebatan dalam teknologi maklumat dan pengabdian diri dalam dunia kebajikan tanpa mengira masa serta tenaga merupakan elemen yang cukup signifikan dalam melayakkan beliau menjadi guru inspirasi yang amat mengagumkan dan wajar dicontohi.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's anjuran McDonald's Malaysia

Bila nad membaca kisahnya, memang layakla beliau dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's.  Nad ada menemuramah Cikgu Aidil, dan bertanyakan apakah hasrat cikgu kepada anak murid di luar sana? Sebagai cikgu, semestinya nak melihat ank-anak muridnya berjaya lebih dari dia. Berjaya bukan dalam pelajaran semata-mata, malah dari segala segi, iaitu akhlak, menghormati orang lain tidak kira tua atau muda. 

Semoga pencalonan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad bagi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu mengangkat beliau selaku “Unsung Hero" yang bertungkus-lumus dalam dunia kebajikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Yang pasti segala gerak kerja beliau yang ikhlas sudah tentunya akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat, rezeki yang halal serta melimpah-ruah, dipanjang umur dalam penuh keberkatan dan kehidupan beliau sentiasa diberkati serta dikelilingi oleh insan-insan yang baik.


McDonald's Malaysia akan memberi pengiktirafan guru menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's sempena Hari Guru nanti. Anugerah ini diwujudkan sebagai menghormati dan menghargai jasa pendidik seluruh negara  Ini adalah tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini. Seramai 25 guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, trofi, dan sijil penghargaan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena dengan Hari Guru.

McDonald's Malaysia akan mengumumkan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's2021 pada akhir Mei ini.

Sempena Hari Guru 16 Mei ni, hargailah hasil usaha kerja guru yang telah mereka buat demi anak bangsa dan negara. Mereka telah bertungkus lumus berkorban dalam mendidik generasi muda kita. Terima kasih untuk semua jasa dan kebaikan cikgu selama ini. Semoga Tuhan selalu mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada cikgu. 

SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Serba talented Cikgu Aidil ni. Semoga Cikgu Aidil sentiasa dalam rahmat Allah asbab dari tugas mendidik anak2 muridnya

    ReplyDelete
  2. Hebatnya! Semoga cikgu Aidil terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Tahniah McD juga di atas inisiatif ini.

    ReplyDelete
  3. Guru sebegini yang kita perlukan - especially di kala pandemik ini yang mana semuanya perlu pantas dan tidak berkira kerja. Tahniah Cikgu - teruskan menyebarkan kebaikan dan didiklah anak bangsa mengikut keindahan budi dan budayamu

    ReplyDelete
  4. Congratulations Cikgu Aidil on winning McDonalds Inspirational Teacher award. You deserve it! Thank you for sharing this cute story, Nadia.

    ReplyDelete
  5. seronok baca kisah guru inspirasi gini. terus teringat kenangan cikgu sendiri. cikgu ni kita kena hormat, sbb banyak jasa mereka

    ReplyDelete
  6. Bagus ada anugerah begini, terasa cikgu di hargai kan.. tahniah buat semua dan syabas buat McD.. moga usaha begini memberi inspirasi buat semua guru sedunia..

    ReplyDelete
  7. Moga Cikgu Aidil Azahar bakal dinobatkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's bagi tahun 2021. Sure banyak persaingan kan? Jasa guru amat bermakna demi melihat anak bangsa berjaya demi masa hadapan Negara terjamin dari segi kemakmuran dan kesejahteraan

    ReplyDelete
  8. Bagusnya Cikgu ni!Oh yes, memang selayak layaknya dia dapat anugerah ni.. guru-guru muda harus made Cikgu Aidil ni as their role model to give the best not only in education but more!

    ReplyDelete
  9. Congratulations to the awesome teacher who has inspired so many others.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada Cikgu Aidil dan Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik di luar sana.

    ReplyDelete
  11. Bagus jgk mcd bt anugerah ni..menghargai jasa2 guru..apa pun tahniah buat guru yg akan terpilih nanti..♥️

    ReplyDelete
  12. Mekdi tak pernah mengecewakan, selalu bg pengiktirafan dekat guru-guru hebat ni saban tahun, selalu excited tunggu Hari Guru sbb nak baca kisah-kisah guru hebat ni!

    ReplyDelete
  13. Tahniah cikgu. Pengorbanan cikgu sangat besar. Memang layak dapat anugerah dari McDonalds.

    ReplyDelete
  14. Tahniah cikgu Aidil kerana tercalon. Mana tahu rezeki utk hari guru nie boleh dapat anugerah dr McD.. mmg banyak jasa beliau.. patutlah tercalon

    ReplyDelete
  15. Tahniah di atas pencalonan ini Cikgu Aidil... Membaca rentetan perjalanan sebagai guru yang dilalui beliau memang menginspirasikan... Sungguh berjasa tanpa meminta sebarang balasan pun... Memang selayaknya beliau dicalonkan...

    ReplyDelete
  16. Lately ni byk kes viral ttg cikgu. Bagus mekdi atas inisiatif ni

    ReplyDelete
  17. fuhh! power cikgu ni. betul2 terinspirasi. untuk jadi anak didik dia kan

    ReplyDelete
  18. Banyak sekolah yang dia pernah berkhidmat.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS