hai assalammualaikum
 
Raya Tetap Raya, Demi Anak-Anak Walau PKP - Semalam telah diumukan Sambutan Hari Raya jatuh pada 13 Mei 2021 bersamaan Hari Khamis. Bila tunggu pengumuman macam ni sepatutnya kita gembira, tak sabar lagi dua sehari nak raya, tapi untuk tahun ni, suram sedikit disebabkan PKP telah diumumkan. Tapi, taknak bagi suram, demi anak-anak, raya tetap raya dan bagi kemeriahan raya tu dirasai.
 

 
Semua sedia maklum, haritu PKP telah dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 7 Jun. Kes makin hari makin meningkat, sepatutnya kes semakin turun, tapi disebabkan mereka yang tidak bertanggunjawab, menyebabkan kes makin menaik. Malas la nak sebuat siapa, sedar-sedarla wahai manusia yang menyebabkan kes naik, lepas tu buat rasa tak bersalah.
 
Sekarang muncul pulak virus baru yang datang katanya dari Africa, makin mengganas ya. Penat dengan sesetengah orang yang alpa dengan SOP, yang boleh rentas negeri sesuka hati, hati semua orang bagai direntap. Alasan yang sangat tidak munasabah. marah dengan orang kaya yang tidak beradap, gunakan kuasa, gunakan kekayaan, yakin boleh lakukan apa sahaja.


Dah PKP ni, duduk rumah je la raya ni, aktiviti ziarah tak boleh dilakukan. Sedih sangat. Raya dah tak sama macam dulu-dulu dah, semuanya kenangan. Paling sedih dekat anak-anak. Mereka membesar dengan suasana Covid, jarang keluar, jarang sosial. Segalanya berubah. Bolehkak kita akan dapat lagi suasana yang menggembirakan?
 

Untuk anak-anak, kita tetap bagi suasana raya tu ceria, gembira, supaya diaornag tak lupa meriahnya Hari Raya. Tetap sediakan juadah hari raya, biskut hari raya, baju hari raya dan duit raya. Bergambar, bersalaman semua. Walau tak boleh kunjung mengunjungi, beraya sesama keluarga pun menyeronokkan, walau hakikatnya bagi kita yang dah besar ni, paham-paham jela..huhuu. Jadi aktiviti Hari Raya, makan, tengok tv jela..hahaha.

Korang pun, jangan sedih-sedih ok. Raya tetap raya, gembira selalu ok. Sentiasa patuhi SOP. Selamat Hari Raya korang, nad mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Selamat Hari Raya.. walaupun tak dapat sambut secara besar, namun kita masih dapat bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete
  2. Salam aidilftri . Stay safe . Stay at home

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut raya dengan mematuhi SOP

    ReplyDelete
  4. Ya kenalah raya untuk si kecil kan.

    ReplyDelete
  5. betul juga tu.. raya tetap raya walaupun berjauhan dgn yg tersayang..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2