Drama Ayahanda, kisah seorang ayah yang degil tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Sedangkan ayah kaya dengan kasih sayang dan

 hai assalammualaikum

Drama Ayahanda Menusuk Dalam Jiwa - Akhirnya tamat sudah drama Ayahanda di TV3. Jalan cerita yang sanagt menarik ditonton, yang banyak pengajaran dan banyak yang disampaikan. Jalan cerita yang menusuk jiwa hati semua rakyat Malaysia. Siapa yang tengok memang akan mennagis, pada yang belum tengok, silalah tengok. 

Drama ni adaptasi dari sebuah novel Ayahanda, yang ditulis oleh Azizi Haji Abdullah. Nad tak pernah tau pasal novel ni, dan ini merupakan cerita yang menyayat hati yang patut banyak ditontonkan. Ni tak sudah-sudah cerita cintan cintun, kawin anak orang kaya la, itu la inila..huhu. Jalan cerita , pembawa watak semua terbaik. Penghakhiran yang bukan menyedihkan tapi menggembirakan.

Drama Ayahanda Menusuk Dalam Jiwa 

" Seorang bapa boleh memahami perasaan empat orang anak, tetapi amat malang empat orang anak tak boleh memahami perasaan seroang bapa " Ayahanda.

Tak sangka, cerita ni dari cerita sebenar yang dialami penulis itu sendiri. Di akhir cerita, menzahirkan penghargaan kepada pengarang novelnya Almarhum Ustaz Azizi Haji Abdullah. Ditunjukkan juga Ayahanda, Bonda dan adik beradik lain. Terharu dan bangga, Tahniah!!







Seorang ayah memang pendiam, tapi dalam hatinya dia akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Tak pernah menunjukkan perasaan gembira, perasaan sedih depan anak-anak. Tapi mereka tidaka akan abaikan anak-anak. Korang mesti paham kan seorang ayah macam mana?

Setiap kali tengok cerita Ayahanda ni teringat ayah nad kat kampung. Lama tak balik kampung disebabkan covid. Sedih sangat, kalau boleh rentas, akan terus peluk, cium ayah. Tak akan ada lelaki lain selain ayah. 










Sinopsis Ayahanda

Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut.

Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.

Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung.

Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.

Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.

Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.

Haji Abdullah, akhirnya letak jawatan sebagai Imam dan ingin bersama anak-anak. Haji Abdullah terdengar Aziz ingin mengahwini Rahayu ( Mimi Emida ), cinta pertamanya. Rahayu janda anak satu, pernah di tolak oleh Haji Abdullah kerana pada waktu itu Aziz masih lagi belajar. Rahayu dulu sudah berbeza, sekarang dia dah banyak berubah, membuatkan Haji Abdullah ingin membuatkan Rahayu menjadi isteri kepada Aziz. 

Aziz berkahwin satu lagi dengan Rahayu, dan berlaku pentengkaran antara Aziz dan Mazni. Semuanya kembali seperti sedia kala apabila Haji Abdullah menceritakan apa yang berlaku. 

Tahniah Team Ayahanda. 

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Sama kita nangis giler bila dua tiga episode terakhir. Sedih sangat. Rajin pulak screenshot semua kredit tu. Nice!

    ReplyDelete
  2. หน้าสล็อต
    PGSLOT สล็อตออนไลน์
    เกมส์สล็อต มาใหม่ มากกว่า 100 เกมส์
    PG SLOT เกมส์สล็อตออนไลน์ ครบวงจร
    pgslot
    สล็อตออนไลน์ ที่มาในรูปแบบใหม่ ปี 2021
    เกมส์ได้รับความนิยม ได้มีการอัพเดท ระบบเกมส์
    ให้มีความมีประสิทธิภาพ ที่เล่นแล้วไม่สะดุด หลื่นไหล อย่างกะสายน้ำ
    เนื่องจากพวกเราพิจารณาถึงความสบาย ความเพลิดเพลินของเหล่า
    สมาชิกพวกเราเลยต้องการมอบสิ่งที่ดี ให้กับคุณ จะต้องตรงนี้ สมัครสมาชิก
    ได้เลย วันนี้ รับโบนัส 50% ฟรี

    ReplyDelete