Buat burncheesecake guna airfryer, mudah dan senang

 hai assalammualaikum

Burncheesecake Pertama Menggunakan Airfryer - Sejak ada airfryer, diri ini mula jejakkan diri masuk group resepi airfryer..hehehe. Macam-macam resepi ada, tapi buatnya idok lagi. Biasalah, mood datangnya tak menentu. Bila rasa nak buat, dia buat, bila taknak, takda la dia buat. Sebelum ni pernah buat kek milo guna 3 bahan sahaja. Ni pulak buat burncheesecake guna airfryer.

Setakat ni airfryer tu nad buat goreng makanan frozen je. Lepas tu, datang kerajinan nak buat burncheesecake. Puncanya sebab anak-anak dah rasa burncheesecake aunty Sally, terpaksa la mommynya kena buat..hehe.

Ramai je yang kongsi burncheesecake ni guna airfryer, nad ada simpan, tapi biasalah, lupa mana diletaknya pun tak ingat, terus mintak resepi dengan Sally. Mujur Sally simpan resepi dalam phone, terus dia bagi.

Nad ni kalau nak buat kek, bahan biar yang mudah dah sikit je. Kalau rumit tu memang tak la nak membuatnya, kita beli je..hehe. Yela, kalau nak buatnya, bahan guna sikit je, nanti lebihnya tu tak tau nak buat apa pulak.

Burncheesecake Pertama Menggunakan Airfryer

Macam burncheesecake, cuma 7 bahan yang digunakan. Bahan-bahannya pun ada pakai semua dan pakai sebahagian. Yang sebahagian tu nad ada guna untuk seharian, jadi tak rasa membazir. Ok jom kita tengok bahan dan cara buatnya.

Bahan-bahan Burncheesecake
- 250gm cream cheese
- 1/2 cup gula
- 3 biji telur
- 1/2 whipping cream
- 2 tbsp tepung gandum
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tbsp perahan lemon ( ni optional )

Cara membuatnya
- Blend semua bahan-bahan tersebut sampai sebati dengan blender, sampai sebati, betul-betul halus
- Kemudian letak dalam bekas yang dah dilapik dengan kertas baking
- Bakar dalam airfryer dengan suhu 180c - 25 minit
- Kalau rasa macam tak masak lagi, boleh bakar lagi kali kedua dengan suhu 160c - 15 minit.



Selamat mencuba. Senang je, blender semua bahan, masukkan dan bakar dalam airfryer. Sambil tunggu masak boleh buat kerja lain, update blog ke..hehee. Tu kita la..hehee. Senang masak dengan airfryer ni. Sebab tu berbaloi beli airfryer ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Nampak memang mudah kan untuk gunakkan air fryer untuk buat burnt cheese ni. :)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tu. Resepi pun mudah je.

    ReplyDelete