hai assalammualaikum

Kek Milo Tiga Bahan, Kukus Sahaja, Mudah Dan Senang - Sejak PKP ni, banyak la yang tunjukkan skill memasak. Daripada yang tak pernah buat, terus pandai buat ye. Bila dah viral, kita pun nak cuba. Tapi macam nad, tengok kerajinan juga. 

Kadang bahan dah ada semua, nak buatnya malas ya ampun. Semalam, terajin, hehehe..jadi kita pun cuba la buat kek Milo tiga bahan yang viral tu.



Sebelum ni nampak kawan buat, tapi dia buat tak jadi, jadi penyek. Tu yang nad rasa seram je nak buat, membazir pulak kang nanti. Milo dah la mahal..hahaa. Tapi takpe, cuba dulu, buat sikit dulu. Insyallah jadi..ehhee. sebelum start baca bismillah dulu.


Ok ni bahan-bahannya
- 2 cawan milo ( nad guna cawan minum kecik yang minum air teh tu )
- 4 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat

Cara membuatnya


Ni nad sertakan video, boleh tengok.
Ni nad terangkan satu-satu. Nad letak dalam mangkuk dulu sebelum blend, senang.


Masukkan 4 biji telur dalam milo. Milo 2 cawan ye tadi.


Kemudian masukkan 2 sudu susu pekat. Kacau semua dalam mangkuk


Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus



Masuk dalam bekas dan kukus selama 30 minit

Dah 30 minit boleh tengok..


Happy bila jadi cantik je, tak lembik ke apa. Jadi elok je..hehee..Maaf dah potong macam ni sebab anak-anak tak sabar.

Kek pertama dalam hidup..ahhaa..Selama ni tak pernah buat..ni la kek pertama..


Rasanya tak manis sangat, tak pahit sangat. Sedang elok je. Kalau letak coklat cair sedap juga ni..aumm..

Ok korang selamat mencuba.
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Nampak sedapp

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi resepi kek viral ni. Sedap plak nampak kek tu. Musim PKP ni nampak ramai yang dok buat kek ni. Nanti kena cuba juga buat kek ni

    ReplyDelete
  3. Bila baca tak manis sangat tu mula la rasa macam nak cuba jugak. Bg dorg ni makan. Heheh

    ReplyDelete
  4. Nampak mudah ni nak cuba la sbb semua bahan2 tu pun dah ada di dapor. Mesti anak2 suka.

    ReplyDelete
  5. Eh jadi plak yaa Nad buat...kalau Sis baca dan nengok ramai buat dan gambar kejadiannya, naik gelak sengsorang Sis dibuatnya Nad hahahaha adeiii...bolehlah nanti cuba resepi Nad ni...

    ReplyDelete
  6. Sepanjang PKP ni banyak resipi menarik boleh dicuba. Adik dah pernah cuba buat. Kakak dia je belum lagi. Hehe

    ReplyDelete
  7. Resepi ni tak guna banyak bahan pun... nak cuba juga lah time time PKP ni supaya boleh makan untuk minum petang.

    ReplyDelete
  8. mudahnya nak buat! menyesal pula tak beli milo siap-siap kat rumah. ok, kena wajib save ni. rindu nak makan kek kat luar. ;(

    ReplyDelete
  9. tahniah sebab menjadi. tengok kat fb ramai buat tak jadi so agak seram nak cuba haha

    ReplyDelete
  10. ini resepi kek viral ni. Wah boleh try resepi nad pula lepas ni. Nampak macam sedap je kek milo tu. Selalu kalau nak buat, buat kek batik memang fully guna milo. Ok lepas ni try resepi kek milo by nad pula. Thanks nad share resepi

    ReplyDelete
  11. Wah mudahnya nak buat. Bahan pun senang 4 aje. Buat sis berkobar nak cuba Kek Milo kukus ni. Selama ni tak pernah tau pun Kek Milo ni. Tq share esok dah buat nanti Bella post ya.

    ReplyDelete
  12. Senang je nak buat dia ekk, nak cuba gak lah nanti, teloq ada, milo ada..nampak gaya kena jugak buat ni...hehehe

    ReplyDelete
  13. Waktu2 PKP ni, memang semua jenis desserts keluar dari dapur, kan kan!😝

    ReplyDelete
  14. Rawlins dah try dan menjadi dengan jayanya. Dan dah habis pun dah kek tu untuk minum petang hehe. Tq share resipi tu. Adik pun nak try sebab mudah katanya

    ReplyDelete
  15. Lembut ke macam padat nad..
    Nak try jugak. Tapi kalau dia jadi macam bantat, padat takmo la. Hahaha
    Anak anak confirm takmo makan nanti.

    ReplyDelete
  16. Oh yummmsss... senang nyer nak buat. Nanti sis nak cuba juga.

    ReplyDelete
  17. Memang sennag saja nak buatkan tiga bahan saja. Nanti nak try tapi kena beli milo.. Sebab milo dah habis pulak

    ReplyDelete
  18. Ramai juga yg share ada wat kek milo ni tapi tak pernah cuba. Nanti boleh la guna resepi nad bila nk wat. Tq.

    ReplyDelete
  19. Senang dan tak banyak bahan.. Kak Sue baru nak cuba-cuba balik buat kek nie.. nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  20. Lapar pulak tgk kek..kek paling ringkas sekali.. Ok nanti nak try buat

    ReplyDelete
  21. masa PKP ni Laaa Muncul segala kek viral kan.
    Antara jadi dengan tak je membuatnya. Hihihi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2