Articles by "kek"
Showing posts with label kek. Show all posts
 hai assalammualaikum

Burncheesecake Pertama Menggunakan Airfryer - Sejak ada airfryer, diri ini mula jejakkan diri masuk group resepi airfryer..hehehe. Macam-macam resepi ada, tapi buatnya idok lagi. Biasalah, mood datangnya tak menentu. Bila rasa nak buat, dia buat, bila taknak, takda la dia buat. Sebelum ni pernah buat kek milo guna 3 bahan sahaja. Ni pulak buat burncheesecake guna airfryer.

Setakat ni airfryer tu nad buat goreng makanan frozen je. Lepas tu, datang kerajinan nak buat burncheesecake. Puncanya sebab anak-anak dah rasa burncheesecake aunty Sally, terpaksa la mommynya kena buat..hehe.

Ramai je yang kongsi burncheesecake ni guna airfryer, nad ada simpan, tapi biasalah, lupa mana diletaknya pun tak ingat, terus mintak resepi dengan Sally. Mujur Sally simpan resepi dalam phone, terus dia bagi.

Nad ni kalau nak buat kek, bahan biar yang mudah dah sikit je. Kalau rumit tu memang tak la nak membuatnya, kita beli je..hehe. Yela, kalau nak buatnya, bahan guna sikit je, nanti lebihnya tu tak tau nak buat apa pulak.

Burncheesecake Pertama Menggunakan Airfryer

Macam burncheesecake, cuma 7 bahan yang digunakan. Bahan-bahannya pun ada pakai semua dan pakai sebahagian. Yang sebahagian tu nad ada guna untuk seharian, jadi tak rasa membazir. Ok jom kita tengok bahan dan cara buatnya.

Bahan-bahan Burncheesecake
- 250gm cream cheese
- 1/2 cup gula
- 3 biji telur
- 1/2 whipping cream
- 2 tbsp tepung gandum
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tbsp perahan lemon ( ni optional )

Cara membuatnya
- Blend semua bahan-bahan tersebut sampai sebati dengan blender, sampai sebati, betul-betul halus
- Kemudian letak dalam bekas yang dah dilapik dengan kertas baking
- Bakar dalam airfryer dengan suhu 180c - 25 minit
- Kalau rasa macam tak masak lagi, boleh bakar lagi kali kedua dengan suhu 160c - 15 minit.



Selamat mencuba. Senang je, blender semua bahan, masukkan dan bakar dalam airfryer. Sambil tunggu masak boleh buat kerja lain, update blog ke..hehee. Tu kita la..hehee. Senang masak dengan airfryer ni. Sebab tu berbaloi beli airfryer ni.
hai assalammualaikum

Kek Milo Tiga Bahan, Kukus Sahaja, Mudah Dan Senang - Sejak PKP ni, banyak la yang tunjukkan skill memasak. Daripada yang tak pernah buat, terus pandai buat ye. Bila dah viral, kita pun nak cuba. Tapi macam nad, tengok kerajinan juga. 

Kadang bahan dah ada semua, nak buatnya malas ya ampun. Semalam, terajin, hehehe..jadi kita pun cuba la buat kek Milo tiga bahan yang viral tu.


Sebelum ni nampak kawan buat, tapi dia buat tak jadi, jadi penyek. Tu yang nad rasa seram je nak buat, membazir pulak kang nanti. Milo dah la mahal..hahaa. Tapi takpe, cuba dulu, buat sikit dulu. Insyallah jadi..ehhee. sebelum start baca bismillah dulu.


Ok ni bahan-bahannya
- 2 cawan milo ( nad guna cawan minum kecik yang minum air teh tu )
- 4 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat

Cara membuatnya


Ni nad sertakan video, boleh tengok.
Ni nad terangkan satu-satu. Nad letak dalam mangkuk dulu sebelum blend, senang.


Masukkan 4 biji telur dalam milo. Milo 2 cawan ye tadi.


Kemudian masukkan 2 sudu susu pekat. Kacau semua dalam mangkuk


Kemudian masukkan dalam blender dan blend sehingga halus



Masuk dalam bekas dan kukus selama 30 minit

Dah 30 minit boleh tengok..


Happy bila jadi cantik je, tak lembik ke apa. Jadi elok je..hehee..Maaf dah potong macam ni sebab anak-anak tak sabar.

Kek pertama dalam hidup..ahhaa..Selama ni tak pernah buat..ni la kek pertama..


Rasanya tak manis sangat, tak pahit sangat. Sedang elok je. Kalau letak coklat cair sedap juga ni..aumm..

Ok korang selamat mencuba.
hai assalammualaikum

Kek Batik Cheese Dan Coklat - Nak buat kek batik bukannya susah macam buat kain batik tu, tapi nad tak sempat nak buat, beli jele.. Tengok bahan-bahannya memang mudah je, cuma kena buat betul-betul baru dapat yang elok, kalau tak nanti ada yang lembik, keras tak pun terlebih manis. Lagi satu kek batik ni tak payah bakar, adun semua bahan, lepas tu letak dalam dulang dan simpan dalam peti ais..siapp..

Macam nad cakapla, tak mampu nak buat, jadi beli jela..hehe. Kek batik selalu kita tengok coklat je kan, ada yang rajin bubuh coklat cair tu sebagai toping dia, tapi yang nad beli ni ada cheese..yummyy!!!..


Ni saiz paling besar. Nad mintak special sikit..hahaa..Sebelah toping coklat kecik-kecik tu, sebelah lagi cheese..Kek ni nad makan sorang..hahaa..Takdela, kongsi dengan mr mafia dan Fariza..sekarang nad kena berkongsi, Fariza pun suka kek batik ni..

Sebenarnya kek batik ni dijual saiz segiempat tepat macam nad punya satu jenis je, sama ada Cheese atau Coklat, tapi kalau korang nak mintak special macam nad ni, kenala contact penjualnya ye..kot dia boleh buat. Hasilnya pun cantik je, tak comot. Harga saiz macam ni, RM55. Ada saiz kecik panjang tu harga RM15 tak silap..


Bagi dekat sikit..aummm..hehee. Nampak tak isi dia yang padat, dipotong pun tak rapuh. Nak tunjuk lagi cheese dia tu..bukan sikit, banyakk oo..Sekali masuk mulut, mmpphh..sedap sangat..Masuk peti ais berapa kali pun tetap cantik.

Hah! jangan termimpi pulak, cepat-cepat order. Korang boleh order dengan Azlina contact di 0179880752. COD area Klang. Kos penghantaran ikut tempat..hehe..apa-apa silalah whatsup nak tau ye.. Cepat-cepat order, rugi tak rasa.