hai assalammualaikum

Beriadah, BerBBQ dan Bermalam Di KV Kemensah Valley - Minggu lepas nad sekeluarga dan family ipar duai pergi beriadah, bermalam dan berbbq di Kemensah Valley. Ini pun rancangan daripada adik ipar. Kitaorang pun tak pernah bercuti bersama, jadi lepas Selangor Kuala Lumpur dah boleh rentas, terus adik ipar ajak pergi bercuti. Tempat ni pun dia yang cari. 

Buat masa ni, cari tempat yang dekat-dekat dulu, jauh nanti kemudian. Lagipun, orang tengah berpusu-pusu keluar selepas bertahan lama duduk di rumah. Kitaorang relaks-relaks dulu. Kitaorang pergi pun hari Jumaat, sebab waktu tak ramai orang, bermalam satu malam dan esoknya Sabtu balik. 





Beriadah, BerBBQ dan Bermalam Di KV Kemensah Valley

Sebelum ni, nad sekeluarga pernah beriadah di Kemensah Celi Chalet, Kemensah Valley ni depan lagi. 

Pilihan chalet mestila dekat dengan sungai, senang. Lepas makan, boleh terus mandi. Hehehee. 

Nak bagitau awal la, dekat sini line internet memang takda. Kadang ada kadang takda. Jadi nak berehat sepenuhnya tanpa gangguan, sesuai sangatla ke sini.. Hehehe. 


Chalet dia biasa-biasa je. Biasalah, bukan tempat mewah macam lain.. Heehe. Tapi selesa la, besar juga. Disediakan tilam dan bantal sahaja. Harga tak pasti sebab yang belanja adik ipar. 

Dekat sini ada pondok juga, dan boleh pasang khemah. 

Ni la antara lauk yang kitaorang bawak. Ni makanan untuk siang. Kene isi perut dulu sebelum mandi.. Hehehe










Kawasan ni ada tempat cetek dan tempat dalam. Ok sangat tempat dia. Dahla masa kitaorang datang tak ramai pun orang, yela weekdays kan, jadi kitaorang mandi puas-puas. Tempat mandi tu kitaorang punya.. Hehehe. 





Ni bahagian dalam, syok weiii. Siap ada roda tergantung, boleh buat aksi terjunan..hahaha.


Siap ada air terjun,syok. Walauoun air terjun kecik je.. Hahaha. Memang seharian mandi jela. Yela esoknya dah nak balik. Baik mandi puas-puas kan. 

BerBBQ di Waktu Malam




Malam pulak kitaorang berbbq. Tempat bbq disediakan, tapi, arang kene beli rasanya. 

Menu biasala, ayam, daging, hotdog, sayuran, jagung, keledek. Hah makan puas-puas. 

anak-anak happy la ada geng-geng dia. 

Untuk cerita ni memang banyak gambar je.. Hehehe. Kenangan kami semua beriadah. 

Korang kalau nak pergi Kemensah, boleh bercuti di Kemensah Valley ni. Booking dulu, senang sikit. 

Ni jela cerita yang nad boleh kongsi. Selamat bercuti. 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2