hai assalammualaikum

Cara Edit Gambar Guna Picsart, Mudah Dan Senang - Ramai suka edit gambar kan, dari warna gelap boleh jadi cerah. Lepas tu edit gambar boleh tambah pokok, tambah laut, tambah apa-apa yang nak ditambah. Boleh crop background, letak dekat tempat lain. Edit nampak gambar tu jadi real, jad cantik dan tak perlu susah-susah nak buat. 

Banyak app edit sekarang, tapi nad suka pakai Picsart untuk edit gambar. Nad memang tak suka pakai banyak app, nad cuma ada lightroom dan picsart je. Video ade inshot dan capcut je. Sekarang nad nak kongsi cara nad edit satu gambar ni guna picsart.



Gambar ni sebenarnya untuk post job, tema "mimpi ganjil". Bayangkan, esok nak hantar draft, siang tu baru dapat idea..hahaha. Biasanya memnag begitu la, last minute baru dapat idea. Lepas hantar draft, syukur gambar tu diterima dan client suka..heehe. Lepas tu ada beberapa orang tanya, jadi nad pun kongsi. Sebab dah ramai tanya, kita share je la dalam blog.


Ni la gambar "mimpi ganjil " tu..hahaa. Kalau yang dah pro mesti cakap "ala setakat gambar macam ni bukannya susah pun, letak-letak dah siap". Ya, tapi nad nak kongsi, mungkin ada yang tak tau kan nak edit macam ni, jadi kita tunjukkan la. Buat apa nak kedekut, sharing benda bermanfaat, kan bagus. 

App Picsart ni kalau pandai guna, banyak gambar kita boleh edit. Kalau beli sebulan atau setahun dapatla guna banyak dalam app tu, tapi macam nad percuma je, dapatla apa yang boleh diguna.

Ok, takyah cakap banyak, ni cara nad edit gambar guna Picsart dan Remove.bg.


Cara Edit Gambar Guna Picsart Dan Remove bg

Bawah ni nad cerita satu-satu.


1) Mula-mula sekali nad ambil gambar berdiri. Sebab bayangkan kau tengah bermimpi, buat la muka dan gaya terkejut ke apa ke. Kalau kau nak letak diri kau dekat laut, buatla gambar tersenyum, ala-ala tepi laut, hah gitu. Tapi nad punya sebab mimpi, jadi buat la ala-ala macam dalam gambar.






2) Kemudian nad akan remove background guna remove.bg ( https://www.remove.bg/ ). Remove bg ni untuk remove background, jadi tinggal kau jela gambar tu. Lepas dah remove, download gambar tu.


3) Ambil gambar tidur pulak. Gambar ni takyah buang background sebab nak guna gambar ni sebagai utama.

4) Buka Picsart, ambil gambar tidur tadi.


5) Pergi ke sticker, search moon ke, galaxy ke. Macam nad pilih galaxy, dapatla gambar bulan, awan-awan sikit macam tu. letak dekat atas, nampak la mimpi kan..ehhee



6) Pilih add photo, masukkan gambar kita berdiri tadi yang dah buang background tu. Letakla dekat atas. Bagi kurangkan bayang tu, nampak macam mimpi. Letak sebelah tepi sikit

7) Klik sticker lagi, cari ship. dah jumpa letakla belah kanan pulak

8) Klik sticker lagi, carila orang laki, taip "men"..keluarla macam-macam men. Pilihla mana yang sesuai..hehee.

Sticker ni ko taip je la apa-apa nanti keluar. Macam nak letak kopi ke, tangan ke, bunga ke,apa-apa la.


9) dah siap dah gambar mimpi ganjil kita..hehee

Senang kan.

Picsart dan remove bg ni korang boleh guna untuk edit gambar raya juga. Caranya sama sahaja.

Cara Edit Gambar Raya



1) Ambil gambar korang sekeluarga atau sendiri, gambar berbaju raya, pergi ke remove bg untuk remove background. Lepas tu download. 


2) Mula-mula masukkan gambar background raya. Google background gambar raya. Taip je background raya, hah banyakla keluar nanti. Pilih mana yang sesuai. 

3) Pergi Picsart, pilih gambar background raya tu.


4) Tekan add photo, pilih gambar yang dah diremove bg tadi letak dekat gambar background raya.




5) Siap, mudah kan.

Tapi kadang gambar tu pecah, atau blur,  masa remove background guna remove bg, jadi tak lawa. Ada cara lain nad jumpa untuk remove background. Edit dekat Picsart juga. 

1) Mula-mula buka app Picsart dan pilih background raya, masukkan gambar tu dalam Picsart. 


2) Lepas tu add photo gambar raya sekeluarga. 


3) Akan keluar seperti ini. Nampak perkataan shape, tekan shape segitiga tu. 


4) Tekan bentuk orang tu, dan tekan person. Nanti dia crop orang jela.. Hehhee.. 



Lepas tu adjustla nak letak mana gambar tu ikut background raya. Belah kiri ke, kanan ke, atas ke, bawah ke.. Huhu.. 

Antara gambar yang nad edit guna Picsart.


Ni gambar cawan kosong, nad tekan sticker, cari coffee. Kemudian letak dalam cawan kosong tu.


Ni konon-konon tepi pantai.. Hahaha. Kalau pro boleh nampak real gambar ni. 

Selamat mencuba.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Nice edit indeed. Thanks for sharing with us. I do use picsart from time to time.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2